Share

BAB 34

HARIS membelek kertas laporan yang telah disediakan oleh setiausahanya. Dia juga membandingkan beberapa perkara mela-lui komputernya. Akhir-akhir ini dia agak sibuk. Pelbagai perkara dia perlu selesaikan sendiri.

Dia tidak sampai hati pula untuk meminta bantuan ayahnya kerana ayahnya sendiri juga sibuk dengan projek terbarunya.

“Rehat dulu, bos.” Setiausahanya masuk membawa secangkir kopi. Haris menghela nafas sebelum menyambut huluran itu.

“Apa kata bos ambil seorang asisten untuk bantu bos dalam projek kali ini.” Tiba-tiba sahaja setia-usahanya membentangkan cadangan.

Haris termenung seketika. Ada betul juga cadangan setiausahanya itu. Projeknya kali ini adalah diluar skop kebiasaannya. Dia tiada penga-laman dan harus mencari lebih maklumat. Dia tersenyum lalu menerima cadangan setiausahanya.

“Baiklah saya setuju, tapi kamu kenalah bantu saya mencari calon yang sesuai, lebih baik lagi jika dia ada pengalaman.” Arahan dijatuhkan kepada Mimi, setiausahanya.

“Okey bos!” Mimi tersenyum.
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status