Share

BAB 35

MIMI membelek resume dari e-melnya selepas mengiklankan jawatan pembantu untuk projek terbaru Haris. Pelbagai respons telah diterima. Memang ramai yang berkelayakan, tetapi tidak ramai yang mempunyai pengalaman dalam bidang itu.

Mimi harus teliti dalam mencari calon kerana bosnya sendiri tiada pengalaman. Jadi bosnya pasti mengharap pembantunya dapat memberikan komi-tmen.

Mimi mencuba meninjau ke laman web MARA, mengintai-intai graduan tajaan MARA yang ber-kelayakan. Dalam beberapa nama yang tertera, ter-selit juga nama Amir. Mimi menyenaraikan bebe-rapa nama calon daripada resume yang diterima dan calon yang dicari daripada graduan-graduan yang telah tamat pengajian.

Mimi tersenyum, tugasnya sudah selesai. Seka-rang dia hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk dibentangkan kepada bosnya.

~

HARIS tekun membaca barisan resume yang diberikan oleh Mimi. Ada beberapa calon yang sesuai untuk dipanggil temu duga tetapi dia paling berminat dengan resume Amir bin Malik. Lepasan ijazah deng
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status