Share

BAB 24

AMIR melonjak keriangan selepas menerima panggilan dari Malaysia. Bob Imran yang sedang minum hampir tersedak melihatkan gelagat sahabatya itu.

“Hoi, kau ni dah kenapa? Pinangan kau pada Puteri Gunung Ledang dah diterima ke?” Bob Imran kehairanan melihat Amir begitu gembira.

“Minggu depan kita mula cuti semestakan? Kebetulan Ah Cheng pun cuti juga. Jadi dia orang sekeluarga nak datang dan bercuti kat sini. Wah seronoknya! Rindu betul aku dengan dia orang semua.” Amir tersenyum gembira.

Bob Imran mencebikkan bibirnya, “Ala, seronoklah kau. Aku pun memendam rindu juga pada famili aku. Kalau aku ni orang yang ‘ado-ado’, dah lama aku ‘pos’ famili aku ke sini tau.” Bob Imran mencurahkan segala apa yang tersimpul dalam hatinya tika itu.

“Ala kau ni, itupun nak merajuk. Macamlah kau tak pernah berhubung dengan famili kau. Asyiklah buat video call memanjang. Tahulah ada awek comel menyelit

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status