Share

YES, AKU BUDAK COMOT ITU! (BAHASA MALAYSIA)
YES, AKU BUDAK COMOT ITU! (BAHASA MALAYSIA)
Author: Princess mawar

BAB 1

"Buk" 

Kedengaran gelak tawa memenuhi seisi kelas. 

"Hahaha, tak padan dengan gemok. Ada hati nak duduk dekat kerusi plastik." Ucap salah seorang daripada mereka diselangi dengan gelak ketawa yang lain. 

Helena cepat-cepat bangun daripada lantai. Dia mengibas-ngibas baju sekolahnya yang kotor itu. 

"Aip, tak baiklah kata begitu dengan dia. Seharusnya kita tolong dia. Tapi..." Bunyi tapak kaki seseorang melangkah mendekati Helena.

"Tapi tolong gelakkan dia sajalah." Justeru berkata begitu, Helena merasakan kepalanya basah akibat kepalanya di simbah air oleh seseorang. 

Helena pasti orang itu tak lain dan tak bukan ialah ketua segala ketua syaitanlah iaitu Adam Daniel. 

Helena mengerling tajam tepat ke wajah Adam

"Haa... Kenapa kau pandang muka aku macam tu. Kau ingat aku takut atau kau sebenarnya nak ajak aku lawan ke? Uwuu takutnya... Mehlah, budak gemok. " Adam sudah buka langkah kekuda-kudanya mengacah- acah Helena. 

Helena yang malas mahu melayan itu terus keluar daripada kelas. Dia menuju ke arah tandas. Dia sempat mendengar kata-kata ejekan daripada kawan- kawannya yang lain.

"Dasar gemok."

"Anak gajah."

"Eeuuu, tak sedar diri gemok." 

Sesampainya Helena di tandas. Dia mengambil tempat bilik air yang paling hujung yang jarang digunakan oleh pelajar-pelajar yang lain. 

Helena menghamburkan air matanya. Dia menangis teresak-esak.

"Umi... Helena... Helena rindu umi. Apa salah Helena umi sampai mereka hina Helena macam ni. Helena nak hidup macam orang lain. " Tutur Helena dengan bibirnya bergetar menuturkan kata-katanya itu. 

******

" Assalamualaikum, ayah... " laung Helena di depan muka pintu. 

Helena tanggalkan kasut sekolahnya dan bergerak masuk ke dalam rumah.

" Ayah ouh ayah... " Helena bergerak menuju ke belakang rumah apabila tiada sahutan daripada ayahnya.

'Mana ayah ni?' Monolog Helena sendirian apabila mendapati ayahnya tiada juga di belakang rumah.

Helena melihat Pak Seman dan Mak Limah , jiran sebelah rumahnya terkocoh-kocoh datang ke arahnya. 

"Helena... Helena oii... " Jerit Pak Seman dari arah jauh. 

" Iya Pak Seman Mak limah... "

Helena mengambil langkah menghampiri Pak Seman yang terlihat tercungap-cungap menyedut oksigen. Mak Limah yang berada di posisi belakang badan Pak Seman juga turut terlihat termengah-mengah.

"Helena... Pakcik..."

Pak Seman menghentikan bicaranya seketika bagi mengembalikan detak jantungnya supaya kembali normal sebelum  menyambung kembali ucapannya.

"Huh! Pakcik ada benda nak bagitau kamu ni Helena . Tapi..." Tutur Pak Seman perlahan. 

" Tapi apa dia tu pakcik?" Soal Helena. 

Mak Limah menepuk-nepuk perlahan belakang badan suaminya itu bagi memberikan sedikit kekuatan  sebelum menyambung kata-katanya semula. 

" Tapi pakcik harap kamu bersabar dulu ye, nak." Sambung Pak Seman kembali. 

" Baik, pakcik." 

Degup jantung Helena menjadi laju. Entah mengapa dia merasakan ketika ini akan ada satu khabar berita buruk yang bakal dia terima sekejap lagi. 

" Bapa kamu sebenarnya... Ermm..." 

" Kenapa dengan ayah, pakcik?" Helena menyoal dengan segera. Intonasi suara Helena sedikit meninggi. 

" Bapa kamu sekarang dekat hospital. Tapi kamu jangan risau. Sebab doctor yang rawat ayah kamu tu, dia kata tiada apa-apa yang serius pon." 

"Allahuakbar." Bertakbir Helena Seraya mendengar tutur kata yang diucapkan oleh Pak Seman sebentar tadi. 

Lemah gemalai saja lututnya sekarang ini. Dia merasakan tidak berdaya tika ini.

" Sabar nak... Ini semua dugaan... "

Mak Limah segera memeluk  Helena apabila melihat tubuh Helena yang sudah lembik itu. Mak Limah segera meggosok-gosok perlahan lengan Helena bagi menyalurkan sedikit kekuatan kepada anak muda itu. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status