Share

BAB 4

Helena menapak ke kelas 5 GENIUS. Perjalanan yang biasanya hanya memakan 10 minit itu berubah menjadi setengah jam bilamana di pertengahan jalan Helena terserempak dengan Geng 4 Flat. 

Geng 4 Flat ialah antara kumpulan yang paling popular di SMK SERI MULIA. Ahlinya terdiri daripada 4 orang. Mereka berempat terkenal dengan otak genius sekaligus pelajar bermasalah. 

Hampir setiap tahun nama mereka pasti naik dengan megahnya kerana perbuatan mereka yang tidak bermoral itu. 

Mereka terkenal dengan sikap suka membuli pelajar lain, kurang ajar dengan cikgu dan melanggar peraturan sekolah. 

{Mari author perkenalan dekat korang ahli-ahlinya.} 

Ahli pertama kumpulan 4 Flat ialah Tuan Adam Daniel bin Tuan Ahmad Effendi. Adam merupakan anak bongsu kepada pasangan Tuan Ahmad Effendi dan Puan Damia Mikayla.

Adam dianugerahkan dengan otak yang genius. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam batchnya setiap kali exam. Tetapi dia hanya lah seorang yang cerdik pada akal fikirannya tetapi tidak pada perbuatannya. Dia adalah ketua segala syaitan yang ada di atas muka bumi ini. 

Akhlaknya zero!

Bapa Adam, Tuan Effendi merupakan seorang ahli perniagaan kosmetik. Beliau digelar sebagai jutawan kosmetik kerana kekayaannya mendapat tempat yang keempat di seluruh pelusuk Asia Tenggara. 

Puan Damia Mikayla pula seorang pereka designer yang terkenal. Dia memiliki beberapa buat aset kedai di Malaysia dan juga luar negara. Namanya di agung-agungkan oleh orang ramai terutamanya kaum wanita. Nama butiknya beliau ialah "MIKAYLA'S BOUTIQUE". Namanya sering kali meletup dan mendapat liputan yang hangat setiap tahun. 

.

.

.

Ahli yang kedua ialah Engku Emran bin Engku Ismail. Emran memiliki daya ketahanan yang sangat baik. Dia sangat bijak dalam subjek yang berkaitan dengan sains. Setiap kali exam dia akan mendapat full marks dalam subjek sains, kimia, biologi dan fizik. 

Emran merupakan anak kepada pasangan Engku Ismail dan Engku Aleesya. Kedua-dua orang tuanya adalah doctor. 

Engku Ismail merupakan seorang doktor pakar dalam bidang Neurologi. Engku Ismail ialah doktor Pakar Bedah Saraf. Engku Ismail pernah dinobatkan sebagai doktor Terbaik Pakar Bedah Saraf di Malaysia.

Engku Aleesya pula merupakan doktor Pakar Bedah Sakit Puan. Engku Aleesya sering dijadikan tempat rujukan kepada doktor-doktor pakar yang lain. Kenyataan tersebut menjadikan ahli keluarga Engku Ismail dipandang tinggi darjatnya. 

.

.

.

Ahli yang ketiga ialah Asyraff Ammar bin Dato' Sheikh Qodir. Asyraff bijak dalam memanipulasi sesuatu perkara itu sehingga menjadikan mereka tidak bersalah sama sekali. 

Asyraff merupakan pelajar malas tapi mempunyai otak yang cerdik. Dia sering kali tidur di dalam kelas tetapi setiap kali exam hampir kesemua subjek mendapat markah tidak kurang daripada 90/100. 

Ayahnya Dato' Sheikh Qodir merupakan seorang profesor matematik. Ayahnya sering dinobatkan sebagai profesor yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif.

Ibu Asyraff, Datin Aliya pula seorang ahli arkeologi yang berwawasan tinggi.

.

.

.

Ahli terakhir kumpulan 4 Flat ialah Nik Mohd Shahrul bin Nik Mohd Aziz. Nik merupakan seorang yang pendiam. Tapi diamnya hanya di mulut semata-mata saja. Otak dan tangannya seringkali berjalan dan memproses. 

Nik merupakan ahli yang sangat tangkas. Sekali dia mengeluarkan kata-kata semuanya hanya lah pedas, berbisa dan menyakitkan saja. 

Ayahnya Nik merupakan seorang peguam yang berkaliber dan tegas. Banyak kes yang dihandle oleh Nik Aziz menang pada akhirnya. Ini kerana Nik Aziz merupakan seorang yang sangat detail dalam membuat sesuatu pekerjaan dan sangat bijak. Banyak pihak yang sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang ditonjolkan oleh Nik Aziz. 

Perangai Nik Aziz jatuh kepada anak bongsunya Nik Shahrul. Bak kata pepatah ' bapa borek anak rintik.'

Ibu Nik, Puan Elina pula merupakan seorang Doktor Pakar autisme. Banyak cawangan klinik miliknya dibuka hampir di setiap negeri-negeri yang ada di Malaysia. 

.

.

.

~ let's continue the story ~ 

"Ish... Ni gara-gara mamat setan tu lah. Kalau tak dah lama aku sampai kat kelas. Hish, Menyebalkan!" Omel Helena sambil kakinya menghentak ke tanah. 

Ofkoslah kat tanah. Tak kan lah nak hentakan kaki dekat atmosfera pula kan, iya dok?!

Saat diri Helena hampir sampai ke pintu kelas. Perasaan Helena menjadi berdebar-debar. Tika ini, Neuron-neuron di kepala Helena sedang menghantar kan isyarat akan ada perkara yang tidak baik bakal berlaku. 

Saat tangan kanan Helena memegang tombol pintu automatik suasana hinggar- binggar itu menjadi sunyi sepi seketika. 

Klack! 

Satu langkah Helena maju kedepan saat itu juga Helena merasakan di atas kepalanya saat ini akan ada benda yang jatuh mengena kepalanya. 

Bush! 

Tidak sampai satu minit apa yang ada difikirkan Helena itu betul-betul terjadi. 

Sebuah baldi yang di dalamnya berisi tepung gandum dan telur mentah jatuh tepat mengenai seluruh badan Helena. 

Perasaan Helena tika ini bercampur aduk. 

Malu? Yes! 

Sedih? Yes! 

Geram? Yes! 

Kecewa? Yes! 

Marah? Ofkos,Yes! 

Helena pasti ini semua angkara budak setan itu! Siapa lagi kalau bukan Adam Daniel. 

' I hate you Adam!' Getus Helena dalam hati. 

Suara tepukan tangan kedengaran dari arah belakang badan Helena. 

" Hahaha... Tengok ni guys. Ada anak gajah datang kelas kita. Sekali dengan package tepung dan telur busuk. Eeuuu! " Adam menghampiri tubuh Helena. 

" What if kalau aku tambahkan sedikit air dekat badan gajah ni? Korang rasa okay tak?" 

Adam membuka penutup botol mineralnya. Dia berura-ura untuk menuangkan air tersebut ke tubuh Helena. 

Kedengaran beberapa orang pelajar lelaki yang menyokong tindakan Adam sekaligus sapport perbuatan itu sekali.

" Yes, dam. Buat je."

" Anak gajah memang layak dapat macam tu pon." 

" Budak miskin." 

Inilah antara bunyi suara-suara sumbang yang menyokong perbuatan Adam.

Tidak sampai seminit mereka berkata begitu Helena merasakan ada satu cairan yang mengalir tepat di atas kepalanya. 

" Rasakan. Goodjob Adam!" Ucap Emran. 

" Ini balasan untuk kau budak miskin sebab dah halang laluan masuk aku tadi." Ucap Adam tepat ke muka Helena diikuti dengan air ludahnya.

" Hakk... Puih!" Air lidah itu terkena tepat di atas kepala Helena. 

Bunyi tepukan gemuruh memenuhi seisi kelas. 

" Yes, ini yang kita mahukan!" Ucap Asyraff sambil memeluk erat bahu sahabatnya itu, Adam Daniel. 

Nik hanya menjadi pemerhati dari jauh saja. Nik lah antara manusia yang menyusun strategi ini semua. 

*** IMBAS KEMBALI *** 

" Yow." Adam berjabat tangan dengan ahli gengnya. 

" Weh, aku geramlah dengan anak gajah tu. Ada ke patut dia pergi halang laluan aku tadi. Perghh, layak dapat makian je daripada aku tadi. Nasib mood aku tadi okay." 

Adam mengeluarkan vape dari poket seluar rahsianya dan seterusnya menghisap benda haram itu. 

" So, kau nak buat apa dekat minah tu?" Soal Asyraff sambil menjongketkan sedikit keningnya ke atas. 

" Aku nak ajar dia sikit. Korang rasa macam mana, onzz tak?" 

Mereka bertiga berpandang sebelum mengangguk kepala. 

" Kau ada idea ke nak buat apa?" Giliran Nik pula bertanya kepada Adam. 

Kini semua orang  mengalih tumpuan  ke arah Nik. 

"Dah kenapa korang pandang aku macam tu,gila?" Masing-masing tersenyum smirk ke arah Nik. 

Nik yang faham maksud pandangan kawan-kawan nya itu segera menggelengkan kepalanya.

"No. Aku tak berminat nak main benda kotor ni eh." Ucap Nik sambil menggeleng kepala.

" Please Nik.... Kau je satu-satunya manusia yang boleh rangka idea dengan cepat. " Rayu Adam.

"Huh!" Keluhan berat meniti dari bibir Nik.  Ni lah benda paling Nik benci nak buat. 

"Boleh... Tapi dengan syarat korang kena alihkan perhatian Helena supaya tidak lalu laluan biasa. Aku memerlukan lebih daripada 10 minit untuk selesaikan benda ni. Kita kena pastikan Helena mengunakan laluan belakang bangunan baru. Perjalanannya mungkin memakan masa hampir 20 minit." Ujar Nik sambil tangannya menongkat dagu memikirkan sesuatu.  

" Okay, beres boss." Ucap mereka bertiga serentak. 

" Okay next aku perlukan bantuan kau, acap. Asyraff, aku minta kau pergi dekat bonet kereta aku amik box yang ada barang-barang machines. Then lepastu, pergi kantin minta Mak Kalsom dua paket tepung gandum pastikan beratnya 2 kilogram ye. Pastu pergi reban ayam yang ada dekat kebun belakang  sekolah ni. Pergi amik 4 biji telur. Faham tak?" Terang Nik panjang lebar.

" Faham boss. Tapi... kalau telur tu aku minta je dekat Mak Kalsom tak boleh ke? Nanti pandai-pandai lah aku goreng dia sampai dia kasi greenlight." Soal Asyraff 

" Sukahati kau lah acap. Asalkan tak kantoi. Okay next giliran Adam. Adam, aku nak minta kau pergi tandas sekolah pergi amik baldi yang bersaiz sederhana. Sebab kalau amik baldi yang besar dan berat berkemungkinan bila kita letak dekat atas pintu. Baldi itu tak dapat nak seimbangkan sekaligus pintu tu tak dapat nak menampung berat baldi yang kita guna tu. So mission kita bakal gagal. Jadi aku minta kau pergi cari baldi yang bersaiz sederhana. Aku anggarkan diameter saiz baldi tu dalam anggaran 20 cm. Boleh tak Adam kau carikan baldi itu?" Ucap Nik berjela sambil tersenyum sinis. 

Nik tahu pasti Adam akan berdegus sebal bila mendengar permintaan nya itu. 

" Ermm... Aduh leceh lah." Keluhan keluar dari bibir merah Adam. 

" Kalau tak boleh. Takpe, kita batalkan je lagipun aku macam malas nak teruskan mission kita ni. So terpulang pada kau nak ikut cara aku ni atau tak nak!"

Nik menjongketkan sedikit keningnya naik ke atas sambil tersenyum smirk memandang Adam. 

" Okay fine. Aku ikut rentak kau ni." Adam mengalah.

Terpaksa Adam ikutkan jua permintaan Nik yang menyuruhnya mencari baldi yang berdiameter 20 cm.

" Emran tugas kau follow aku untuk  pasang baldi ni dekat pintu kelas. Aku minta kau gunakan kepakaran otak kau tu dalam bidang sains. Boleh kan? And pastikan rakan kelas kita sepakat dengan plan kita ni. Kalau tak matilah kita semua nanti." Ucap Nik sambil jari telunjuk nya diletakkan di bawah dagunya itu.

" Aku onzz je. Pasal budak-budak kelas kita tu kau tak payah kisah sangat. Pandai-pandai lah nanti aku handle diorang." Balas Emran sambil mendabik dadanya. 

" Okay, let's go now to our mission,geng." Ucap Nik yang diikuti dengan anggukan daripada tiga orang kawannya. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status