Share

BAB 5

"Arghh!" Helena menjerit sekuat hatinya.

Helena sekarang berada di atas bumbung sekolahnya. Jika ditanya mengapa dia berada di situ. Pasti jawapannya dia ingin tamatkan saja riwayat hidupnya.

Jika disoal keadaannya gimana sekarang ini. Dia pasti akan jawab penat!

Penat? Yes, dia sangat penat untuk lalui semua benda ni. Dia dah tak kuat nak hadap semua benda ni lagi. Dia sangat berharap ini semua hanya mimpi semata-mata. Bila dia terjaga daripada tidur tidak berlaku lagi perkara ini.

'Mak ayah Helena minta maaf... Helena dah penat.' Getus Helena sebelum perlahan-lahan memejamkan matanya.

"Woi!" Seseorang menarik tangan Helena.

Helena perlahan-lahan membuka matanya.

"Ke... Kenapa?" Helena takut-takut bertanya.

"Kenapa apa?" Soal orang itu kembali kepada Helena.

"Kenapa awak selamatkan saya?" Soal Helena.

"Kau nak terjun bangunan ke?"Soal lelaki itu pula.

'Hish, bencilah! Soalan dibalas dengan soalan ni!' Omel Helena perlahan.

"Kau cakap apa? Kuat sikit. Aku tak dengar."

Tegur lelaki itu bila melihat Helena seperti sedang berkata sesuatu tetapi dia dapat mendengarnya kerana bicaranya terlalu perlahan.

"Ehh... Takde pape. Saya tak cakap apa-apa pun." Jawab Helena gugup.

"Whatever lah. Maybe aku yang salah dengar kot."

Helena mengangguk kepala mengiyakan kata-kata lelaki itu saja.

"Ni aku nak tanya dekat kau ni. Kenapa kau boleh berada dekat sini? Bukan ke sekarang ni waktu sekolah? Kau nak terjun bangunan eh?" Teka lelaki itu kembali.

"Ehh mana ada. Saya ambik angin jelah tadi. Lagipun cikgu yang mengajar subjek sekarang ni tak dapat datang. Dia tengah cuti bersalin." Terang Helena memback-up dirinya.

"Iyeke? Kalau cikgu tak datang sebab cuti bersalin. Ofkos akan ada cikgu ganti yang masukkan. So, kenapa kau tak masuk kelas? Kau malas eh." Provok lelaki itu kembali pada Helena.

"Taklah. Lagipun sekarang ni bukan waktu subjek penting pon. Subjek PJPK je. So malas lah saya nak masuk kelas." Balas Helena.

"Ooo... Bukan subjek penting. Tapi still ada cikgu masuk, kan? Ni, aku nak cakap sikit dekat kau ni. Kau kena ingat ni baik-baik. Sepandai mana pun kau tapi kalau adab kau ke laut, tak ada gunanya pun. Tapi kalau kau, belajar tak pandai tapi still beradab dengan semua orang. Dengan cikgu kau, kawan-kawan kau, aku berani janji hidup kau akan bahagia. Sebab apa? Sebab setiap orang akan doakan kau setiap kali kau buat kebaikkan pada orang lain." Tenang lelaki itu menuturkan kata-katanya.

Deep! Itu yang dirasakan oleh seketul Helena saat ini. Tapi ada sesuatu yang menganggu pemikiran Helena saat ini tentang lelaki itu. Helena sedikit curiga pada lelaki itu.

"Eleh, awak cakap orang. Awak tu kenapa boleh ada dekat sini pula? Entah-entah awak pon sama macam saya ponteng kelas, kannn..." Helena menundingkan jari telunjuknya ke arah lelaki itu.

"Cis! Aku tak macam kau ehh. Aku budak baru kebetulan pula waktu aku pergi pejabat tadi takde orang. So aku blah lah dari situ sebab aku dah tunggu dekat situ dekat setengah jam jugalah. So aku ambik keputusan pergilah ronda-ronda kawasan sekolah. Tu yang aku boleh sampai ke sini." Terang lelaki itu panjang lebar.

"Ooo" Helena mengangguk kepalanya tanda mengerti.

"Kau ni angguk-angguk dah macam burung belatuk pula. Tapikan.... Walaupun kau ni dah serupa burung belatuk tapi kau ni boleh tahan comel juga eh. Aku tak nak lah samakan kau dengan burung belatuk. Aku nak samakan kau dengan kucinglah. Comel!" Ucap lelaki itu sambil tersenyum nipis.

Helena yang mendengar ucapan lelaki itu terus jadi malu-malu kucing. Rona wajahnya yang putih itu bertukar menjadi pink-pink cair. Blusher!

"Okaylah. Aku nak pergi dulu. Ada jodoh nanti kita bertemu lagi." Ucap lelaki itu sambil mengenyitkan matanya.

"Ehh... Awak... Kita tak berkenalan lagi. Saya Helena. Awak??" Helena menghulurkan tangan kanannya ke arah lelaki itu.

"Nice name. My name is Rykal but you can call me hubby. By the way saya tak bersentuhan dengan yang bukan mahram."

Kata-kata lelaki itu buat Helena termalu sendiri dengan dirinya sendiri. Dulu lelaki dekat hospital memohon maaf sebab tidak pegang tangan perempuan. Sekarang giliran Rykal pula yang menegurnya tentang perkara ini. Perkara yang sama pula tu ditegur tentang isu bersentuhan. Haish, Malunyaaa!

"Kau takyah nak malulah. Aku faham je. By the way sebagai tanda salam perpisahan kita buat kali pertama ni. Aku just nak cakap kalau kau rasa sudah tiada bahu untuk bersandar ingatlah masih ada dahi untuk bersujud."

Lelaki itu melangkah pergi sesudah menghabiskan butir bicaranya.

'Deng! Lagi sekali kau terkena dengan Rykal, Helena oii.' Getus Helena perlahan.

"Yes, dia sangat sentap plus malu gila sekarang ini. Bukan malu biasa-biasa ye tapi malu yang teramat sangat! Seorang lelaki yang baru saja dikenalinya sekejap tadi menegurnya tentang batasan pergaulan dan memberikan dia nasihat kehidupan.Wow." Helena mengetuk-ngetuk perlahan kepalanya tika ini. 

******

"Goodjob Nik. Macam nilah member." Adam memeluk erat sisi badan Nik. 

"Hish. Aku berasa sebersalah lah dekat Helena." Setelah sekian lama berdiam akhirnya Nik membuka mulutnya. 

"Laa... Kenapa pula kau nak rasa sebersalah pula ni. Kau bukan bunuh dia pon. Kau just sentuh dia sikit je. Ala tu kira bergurau lah tu. Tak payah takut sangat lah weh. Rilek sudahlah." Giliran Asyraff pula menenangkan Nik. 

"Aku bukan apa. Aku cuma kesian dekat Helena je. Dia dah lah anak yatim. Baru-baru ni aku ada dengar bapa Helena tu jatuh sakit. Sekarang ni bapanya dekat hospital pula. Entahlah, aku cuma rasa tak tenteram je." Nik meluah apa yang dia rasa saat ini. 

"Itu perkara biasalah Nik. Kau takyah lah fikir sangat tentang perempuan tu. Ke... Entah-entah dalam diam kau suka dekat Helena. Kau suka Helena ke,bro?" Emran menyoal Nik dengan soalan yang tak masuk akal. 

Balasan soalan yang diterima oleh Emran hanyalah sekadar jelingan tajam saja.

Setelah beberapa minit keadaan menjadi sunyi sepi. Akhirnya ucapan yang dituturkan oleh Asyraff itu dapat mengembalikan keadaan seperti sedia kala.

"Haha tak mungkinlah kawan kita sorang ni minat dekat gajah tu. Haish, tak masuk akal langsunglah! Maybe betullah tu dia cuma rasa kesian je dekat Helena. Tak bermaksud yang si Nik ni nak suka dekat minah tu, kan weh!" Asyraff menyenggol badan Adam menggunakan tangannya. 

"Haa... Betullah tu kata Asyraff. Aku sokong kata kau, acap." Balas Adam menyokong kata-kata Asyraff itu. 

"Dahlah weh. Jomlah blah daripada sini. Duduk sini lama-lama buat apa je." Ajak Emran kepada mereka bertiga. 

Selepas selesai Emran berkata begitu. Masing-masing menghela nafas lega. Lega sebab dapat keluar daripada suasana tegang itu.

"Jom!" Masing-masing bergerak pergi dari situ dengan menggunakan kenderaan sendiri. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status