Share

Bab 8

SUDAH seminggu Fariha melancarkan perang dingin kepadaku dan mama. Sudah seminggu juga Fariha tidur di rumah sahabat baiknya, Suzi. Panggilan telefon daripadaku dan mama langsung tidak diendahkan olehnya. Dahsyat sungguh salah faham Fariha lantaran perbualanku dengan mama di dapur tempoh hari.

Tangan kananku menatal telefon bimbit sambil kepala direbahkan di atas lengan kiri, di atas meja. Sakit kepala menyerang lagi. Aku baru sahaja meneliti semula laporan kewangan café. Aliran tunai café menyesakkan dadaku. Kenapa banyak sangat duit yang keluar bulan lepas? Duit masuk pula nampak menyusut berbanding bulan-bulan sebelum ini. Padahal rasanya bilangan pelanggan yang datang semakin bertambah.

Dalam tempoh seminggu ini juga aku mengelak daripada Haziq. Malas mahu melayan lelaki bermulut manis itu. bukan aku bencikan dia, cuma aku tak selesa bila dia terang-terangan mahu memikatku sedangkan adikku sendiri meyukai dia. Sudah banyak kali Haziq datang k

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP
Comments (1)
goodnovel comment avatar
Nimzaron Azil
sentap lagi si fariha... adehhh oder burger siap dgn pick up line
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status