Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)

Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)

By:  Miss Noi  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
4 ratings
15Chapters
3.0Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Dibesarkan oleh ibu tunggal membuatkan Falisha membesar menjadi seorang gadis yang kuat dan bertanggungjawab. Fokusnya cuma satu, iaitu membahagiakan ibu dan adiknya, Fariha. Untuk itu, dia bekerja keras demi masa depan mereka sekeluarga. Soal jodoh, biarlah masa yang menentukan. Perkenalan dengan Haziq dan Zarif membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Falisha. Dia mula belajar menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, kerana sebuah rahsia, dia melamar Zarif untuk menjadi suaminya. Keputusan Falisha membuatkan Haziq kecewa. Saat bahagia mula dirasa, rahsia yang selama ini ditutup rapi terungkai jua. Menghancurkan hati yang baru mula belajar mencinta. "You janji nak bagi peluang untuk I, untuk kita. Tapi, kenapa you mungkir janji?"-Haziq "Sorry... let me explain."-Falisha "Aku tak perlukan penjelasan daripada penipu macam kau."-Zarif Apakah rahsia yang Falisha simpan sebenarnya? Abandoned promise, apakah benar janji tinggal janji? Atau ia cuma sebuah akad yang tertangguh?

View More
Abandoned Promise (Bahasa Malaysia) Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
Nuuna Mohd
Cepat sambung!!! Hahahh best ...️...️
2021-10-10 13:17:22
0
user avatar
RIDZWANDA
Best you.. ...
2021-09-30 13:03:14
0
user avatar
Fiza Afiza
best, akhirnya jumpa juga story Miss.....️...️
2021-09-29 18:59:48
0
user avatar
NurFatiha MohtGani
Best baca novel... I peminat setia karya Miss Noi...
2021-09-25 12:14:09
0
15 Chapters
Bab 1
"ZARIF! Kau pergi mana ha? Kau tau tak sekarang dah jam berapa? Kau ingat cafe ni bapak kau punya?" Suara lantang wanita yang duduk di kaunter bayaran itu menyapa telingaku. Untuk seketika, mataku dan Zara saling berbalas pandang. Sedikit terganggu dengan suara lantang wanita itu."Maaf kak... aku-""Siapa kakak kau? Miss B, panggil aku Miss B!" Kulihat tangan Miss B menepuk kuat dadanya."Maaf Miss B... aku tak sengaja.""Banyak kau punya tak sengaja? Harini dah hari ketiga kau lambat. Dah, pergi buat kerja. Gaji kau aku potong lagi harini."Aku nampak jejaka yang dipanggil Zarif itu terus berlalu ke arah dapur. Tidak lama kemudian, dia keluar semula dengan apron merah di badan. Uniform rasmi pekerja Jebat Cafe. Mukanya masih selamba, seolah-olah kemarahan Miss B langsung tidak memberi kesan kepadanya."Psst… Fish... boleh tahan garang Miss B ni." Zara bersuara sambil menahan gelak. Kelakar agaknya melihat
Read more
Bab 2
“FISH!”Terkejut aku melihat figura yang sedang elok berjalan menghampiriku.“Ya Allah, teacher! Lamanya tak jumpa kau. Apa khabar?” Ramah aku menegur Misha, rakan satu rumah sewaku dan Zara semasa zaman degree dulu. Dia dipanggil teacher kerana dia mengambil jurusan Teaching of English as a Second Language (TESL) semasa di universiti dulu. Aku dan Zara pula sama-sama mengambil jurusan Business Management.“Tu lah… lamanya tak jumpa kau. Makin cantik kau sekarang.” Tergelak aku mendengar kata-kata Misha.“Alhamdulillah, terima kasih. Kau pun apa kurangnya. Kau sekarang kerja kat mana? Lepas konvo haritu terus kau hilang. Puas aku dan Zara cari kau. Si Zara tu, siap stalk lagi semua FB kawan-kawan uni kita. Tak jumpa langsung jejak kau.” Ha, punya panjang omelan aku. Excited sangat dapat jumpa Misha semula.Misha tergelak besar, mena
Read more
Bab 3
AKU bersandar di dinding melihat Zarif membasuh semua perkakas selepas membuat kek. Aku tidak menyangka permintaan Zarif tempoh hari adalah untuk bekerja di bahagian dapur. Memang aku masih tidak mempunyai pekerja yang ramai di dapur. Cuma ada dua orang tukang masak Zul dan Nina, dua orang pembuat kek Laili dan Fatin, serta dua orang barista Solehin dan Alia. Selebihnya, empat orang pelayan termasuk Ayu. Ayu, selain pembantu pemasaran, dia akan menjalankan tugas pelayan. Ayu juga akan bersilih ganti dengan Solehin untuk menjaga kaunter bayaran.Kehadiran Zarif di dapur sedikit sebanyak meringankan beban mereka. Aku akui, Zarif seorang yang ringan tangan dan cekap di dapur. Dapur aku lebih bersih dan tersusun selepas seminggu dia bekerja.Oh ya, satu lagi permintaan Zarif adalah untuk mengizinkan dia balik ke rumah pada jam tiga setengah petang hingga jam lima petang. Memang asalnya satu permintaan. Tapi, bila aku bersetuju untuk dia bekerja di dapur, dia buat
Read more
Bab 4
AKU bangun seawal jam lima pagi. Sejak semalam aku sukar melelapkan mata. Bukan sebab gelisah atau susah hati, tapi sebab rasa teruja. Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran ku yang ke-27. Juga ulang tahun pertama SS Cafe.Sejak seminggu yang lalu pelbagai promosi yang kami lancarkan. Selain Happy Hour, turut diadakan peraduan swafoto di SS Cafe, pertandingan meneka berat kek dan pertandingan memberi nama puding terbaharu keluaran SS Cafe.Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan hari ini merupakan hari kemuncak sambutan ulang tahun pertama cafeku. Hari ini, senarai pemenang akan diumumkan menerusi IG live yang akan dikendalikan oleh Ayu. Bertuah aku ada pekerja cekap seperti Ayu dan yang lain.Gambar yang terletak di atas meja solek aku capai. Ada arwah papa, mama, aku dan Fariha. One happy family. Gambar terakhir bersama arwah papa. Gambar semasa kami bercuti di Langkawi. Masa itu aku berumur
Read more
Bab 5
AKU berdiri tegak menghadap almari pakaianku. Sedang berfikir nak pakai baju apa harini. Isnin, hari cuti cafeku. Seminggu sekali saja kami cuti. Sengaja aku pilih Isnin sebagai hari cuti sebab kononnya nak elakkan Monday blues. Blouse berwarna hitam aku capai dan acukan ke tubuhku. Erm... nampak suram pula pakai warna gelap ni. Okay, tukar merah jambu. Ha, barulah nampak ceria. Harini kena terlebih ceria sebab nak jumpa Zarif. Eh, bukan... nak belajar buat puding raja dengan Zarif. Hihihi. Banyak betul syarat Zarif sebelum dia setuju untuk membuka kelas mengajarku. Syarat pertama kena belajar semasa hari cuti. Aku dah bagitahu yang aku boss, jadi dia kena ikut arahanku. Tapi, dia balas hari kerja dia tak nak susahkan rakan-rakan yang terpaksa cover kerja dia. Bila difikirkan, betul juga. Nanti apa kata staff yang lain? Orang lain sibuk bekerja, aku dengan dia sibuk buka kelas buat puding raja. Lagipun itu bukanny
Read more
Bab 6
WAJAH ceria mak cik Salmah aku perhatikan dengan penuh minat. Wanita seusia mama itu nampak tenang saja wajahnya. Kalau diperhatikan, wajah Zarif tidak banyak persamaan dengan ibunya. Lagi-lagi hidungnya. Mak cik Salmah berhidung jambu, hidung kebanyakkan orang Melayu, berbeza dengan Zarif yang berhidung mancung. Mungkin Zarif banyak ikut muka arwah ayahnya kot. Aku perhatikan pula Zafirah, adik Zarif yang duduk di hadapanku. Dia juga nampak tenang menyuap nasi ke dalam mulut. Mukanya menyerupai mak cik Salmah, cuma versi lebih muda. Manis orangnya. Zafirah mengangkat wajahnya dan mata kami saling berlaga. Aku senyum dan meneruskan suapanku. Zafirah juga membalas senyumanku. Sesekali dia mengerling Zarif yang duduk di sebelahku. Selepas insiden air panas terpercik di tanganku, aku diarahkan duduk sahaja sambil Zafirah menuam tanganku dengan kain tuala yang direndam dengan air sejuk. Takut benar Zarif tanganku akan berparut akibat kejadian tadi. Bagiku, perkara terseb
Read more
Bab 7
MERIAH sungguh majlis sambutan ulang tahun kelahiran aunty Maria, mommy Haziq. Meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan jiran terdekat mereka. Ada dua buah khemah dipasang di halaman rumah. Hampir keseluruhan ruang tamu rumah semi-D itu hingga ke halaman rumah digunakan. Ada sebuah gazebo terbuka dengan alat-alat permainan seperti gelongsor dan jongkang -jongket di tepi rumah.Mommy dan daddy Haziq cikgu sekolah rupanya. Mommynya Guru Besar manakala daddynya pula Pengetua. Haziq ada empat orang adik beradik. Dia yang paling bongsu dan satu-satunya anak lelaki aunty Maria dan uncle Hairul. Ketiga-tiga kakak Haziq masing-masing sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Ada tujuh orang semuanya anak buah Haziq. Comel semuanya. Geram pula tengok dorang berpakaian sedondon berwarna merah jambu bagi yang perempuan dan biru muda bagi yang lelaki.Ahli keluarga Haziq agak besar juga jika hendak dibandingka
Read more
Bab 8
SUDAH seminggu Fariha melancarkan perang dingin kepadaku dan mama. Sudah seminggu juga Fariha tidur di rumah sahabat baiknya, Suzi. Panggilan telefon daripadaku dan mama langsung tidak diendahkan olehnya. Dahsyat sungguh salah faham Fariha lantaran perbualanku dengan mama di dapur tempoh hari.Tangan kananku menatal telefon bimbit sambil kepala direbahkan di atas lengan kiri, di atas meja. Sakit kepala menyerang lagi. Aku baru sahaja meneliti semula laporan kewangan café. Aliran tunai café menyesakkan dadaku. Kenapa banyak sangat duit yang keluar bulan lepas? Duit masuk pula nampak menyusut berbanding bulan-bulan sebelum ini. Padahal rasanya bilangan pelanggan yang datang semakin bertambah.Dalam tempoh seminggu ini juga aku mengelak daripada Haziq. Malas mahu melayan lelaki bermulut manis itu. bukan aku bencikan dia, cuma aku tak selesa bila dia terang-terangan mahu memikatku sedangkan adikku sendiri meyukai dia. Sudah banyak kali Haziq datang k
Read more
Bab 9
AKU menolong Zarif mengemas perkakas yang digunakan untuk meniaga sebentar tadi. Rupanya sahabat Zarif, pemilik stall burger ni adalah kawan yang sama menjadi pemandu grab yang dia tempah untuk menjemput dan menghantarku pulang tempoh hari. Hari di mana Zarif memberi ‘hadiah hari jadi’ buatku. Patutlah dia mesra semacam dengan driver grab. Sudah jam 12 tengah malam. Inilah kali pertama aku berada di luar rumah sebegini lewat. Walaupun sudah hampir pagi, namun aku masih rasa segar. Mungkin kerana terhibur dengan telatah dan kerenah pembeli burger Zarif sepanjang malam ini. Selain daripada Minah dan kawannya si baju merah jambu, ada lagi gadis-gadis remaja yang datang ke stall burger Zarif dan membuat pesanan yang lebih kurang seperti Minah. Malah ada yang datang seolah-olah ingin menegur dan bersembang dengan Zarif. Tapi, Zarif tetap dengan muka datarnya. Yang datang bersembang pun dilayan acuh tak acuh. Ti
Read more
Bab 10
“FISH balik jam berapa semalam?” Serius muka mama memandangku.Selepas Subuh tadi aku tertidur. Sekarang, dah jam 10 pagi baru aku turun bersarapan. Fariha pula mama kata sudah keluar seawal jam 9 pagi. Keluar dengan siapa lagi kalau bukan Haziq.Aku kadang rasa pelik dengan Haziq. Dia meluahkan perasaan kepadaku, tapi dalam masa yang sama dia melayan Fariha. Apa motif dia sebenarnya?“Dua pagi macam tu.” Mama menggeleng mendengar jawapanku.“Fish tau tak bahaya Fish kat luar time macam tu? Sejak bila Fish jadi kutu rayau ni?” Kali pertama aku mendengar mama meninggikan nada suaranya kepadaku.Rasa tersekat mi goreng di tekakku. Cepat-cepat aku hirup air teh yang baru sahaja aku bancuh tadi.“Ma, Fish kan dah bagitau mama yang Fish teman Zarif je. Kami-”“Tengok tu. Mama dah cakap dah. Jangan bergaul dengan budak tu. Kenapa susah sangat Fish nak dengar cakap mama?
Read more
DMCA.com Protection Status