Share

Bab 2

“FISH!”

Terkejut aku melihat figura yang sedang elok berjalan menghampiriku.

“Ya Allah, teacher! Lamanya tak jumpa kau. Apa khabar?” Ramah aku menegur Misha, rakan satu rumah sewaku dan Zara semasa zaman degree dulu. Dia dipanggil teacher kerana dia mengambil jurusan Teaching of English as a Second Language (TESL) semasa di universiti dulu. Aku dan Zara pula sama-sama mengambil jurusan Business Management.

“Tu lah… lamanya tak jumpa kau. Makin cantik kau sekarang.” Tergelak aku mendengar kata-kata Misha.

“Alhamdulillah, terima kasih. Kau pun apa kurangnya. Kau sekarang kerja kat mana? Lepas konvo haritu terus kau hilang. Puas aku dan Zara cari kau. Si Zara tu, siap stalk lagi semua F* kawan-kawan uni kita. Tak jumpa langsung jejak kau.” Ha, punya panjang omelan aku. Excited sangat dapat jumpa Misha semula.

Misha tergelak besar, menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. “Sorrylah. Aku lost kejap masa tu. Almaklumlah, putus cinta dengan Rizal. Sampai semua orang pun aku nak buat musuh.”

Bulat mataku memandang wajah selamba Misha. Terangguk-angguk dia, tanda mengiyakan kata-katanya sebentar tadi. Siapa tak kenal Misha dan Rizal? Couple paling manis di universiti, sama cantik sama padan. Kedua-duanya anak orang berada.

“Dahlah… malas aku nak sebut nama mamat kurang akal tu. Jom, masuk… kita minum-minum. Aku ada benda nak cerita kat kau.”

Melihatkan signboard Jebat Café, aku teringat kembali tujuanku ke mari. Macam manalah aku boleh terlupa soal tabku yang kini dalam tawanan Miss B.

“Apa kata kita minum di café aku? Tapi, kau tunggu sini kejap. Aku ada hal dengan pengurus café ni,” cadangku kepada Misha. Tak ada selera dah aku nak menjamu selera di café Miss B gara-gara perangai tak semenggahnya.

“Wah, tercapai juga hasrat kau buka café ya. Boleh… aku tunggu kat sini.”

Aku tinggalkan Misha sebentar untuk berhadapan dengan Miss B. Kali ini aku ugut untuk buat laporan polis. Aku ada saksi yang Miss B ‘curi’ tab aku, Zarif. Bercakap pasal Zarif, menyesal pula aku tak ambil nombor telefon dia tadi. Dibuatnya dia segan nak contact aku atau datang café aku, macam mana aku nak ambil dia kerja?

*

TELEFON bimbitku sejak tadi tidak berhenti berbunyi. Nampaknya, banyak benar notifikasi W******p yang masuk. Kek yang sudah siap dilepa dan deco aku masukkan ke dalam chiller. Ada lima biji semuanya. Masih berbaki lima biji kek yang perlu aku lepa dan deco sebelum malam.

Mungkin aku patut berehat sebentar. Telefon bimbit aku keluarkan dari poket apronku. Ada banyak pesanan W******p daripada nombor yang tak dikenali. Biasanya pelanggan baharu hasil rekomendasi mereka yang rapat denganku. Kalau pelanggan baharu yang mengenali SS Cafe melalui media sosial, mereka akan dapat link terus ke nombor yang diuruskan oleh Ayu. 

‘Kak, Fa nak duit untuk bayar yuran, RM2,000.’ – Fariha

Dia dah mula dah. Baru sahaja bulan lepas dia minta seribu ringgit. Harini minta lagi dua ribu. Aku tinggalkan bluetick sahaja untuknya. Tunggulah mood aku dah okay sikit, baru aku reply.

‘Fish, jangan lupa malam ni tau. Daa…’ – Zara

Hurm… nampak gayanya aku kena minta tolong Solehin untuk tutup café malam ni. Solehih, selain barista di sini, dia juga aku lantik sebagai Pembantu Pengurusku. Pekerja paling lama dan setia denganku.

I ada kat depan. Kalau you tak busy, boleh kita jumpa?’ – Haziq

Aduh… ni lagi sorang. Nak jawab busy ke eh? Kalau nak jumpa fasal kerja aku dah mintak Ayu ambil alih semula. Takkan temu bual semalam tak selesai lagi? Nak keluar ke tak eh?

Dalam aku berfikir samada nak keluar atau tidak, muncul Ayu di sebalik pintu. “Cik Fish, ada mamat handsome datang nak jumpa.”

“Haziq?” Ayu angguk.

“Awak layanlah dia. Lagipun, mesti dia nak jumpa fasal interview semalam,” kataku sambil bersandar di kerusi. Baru terasa penat dan lapar selepas separuh hari di dapur. Aku memang ada dua orang staff yang buat kek. Cuma sesekali aku akan turun padang juga bila ada pelanggan rapat yang nakkan air tanganku. 

“Saya dah tanya dah. Dia kata bukan fasal tu.”

“Habis tu?”

“Dia kata hal personal.”

“Hurm… iyalah,” ujarku perlahan.

“Jangan biar jodoh tunggu lama-lama cik Fish.”  Serentak itu kedengaran gelak Ayu.

Aku menggeleng, malas nak melayan usikan Ayu. Nampaknya terpaksalah juga aku keluar berhadapan dengan Haziq.

Keluar sahaja dari dapur, kelihatan Haziq sedang duduk di meja paling hujung. Berkemeja kotak warna merah dan hitam tidak berbutang dengan tshirt hitam di dalamnya, dipadankan dengan seluar jeans denim. Berbeza dengan penampilannya semasa temu bual kami semalam.

“Hai…” tegurku sebaik sahaja tiba di mejanya.

“Fish… sorry ganggu you,” ucapnya sambil tersenyum. Dia bangun menyambut kehadiranku. Gaya gentleman habis.

It’s okay. Lagipun sekarang dah lunch hour. You nak makan apa?” Aku mengambil tempat di hadapan Haziq. Logiklah soalan aku, kan? Dah datang café mestilah nak makan.

“Kat sini apa yang you paling suka makan?” Haziq bertanya sambil tangan kanannya menongkat dagu. Comel pula aku tengok.

Café I, I jual semua favourite I je.” Haziq gelak mendengar jawapanku.

“A’ah kan… kalau macam tu you pilihlah apa-apa untuk I.”

OkayCreamy Fettucine Carbonara dan Caramel latte, boleh? Lepas tu, untuk free cake pula, Pandan Gula Melaka, okay?”

Selepas mendapat persetujuan Haziq, aku segera menggamit Suzi, salah seorang pelayan yang kebetulan sedang memandang ke arahku. Sepanjang aku membuat pesanan, aku perasan yang mata Haziq melekat ke wajahku.

“Ada apa-apa isu dengan interview semalam?” Aku memulakan perbualan sementara menunggu pesanan tiba.

“Kalau fasal interview, I dah clarified dengan Ayu.” Aku angguk mendengar jawapan Haziq.

So… ada apa-apa yang I boleh tolong?” Haziq senyum.

Yes. Hanya you boleh tolong I.” Aku jongket kening ke arah Haziq. Dalam hati sudah tidak sabar untuk mengetahui bantuan yang Haziq maksudkan.

“Semalam I ada tapau few cakes bawa balik rumah. You know what?” Aku diam, menunggu kata-kata Haziq selanjutnya.

My mom really like it.”

Really?” Teruja pula bila dengar ada yang suka dengan kek di cafeku.

Yes. Kalau you nak tahu, my mom susah tau nak suka kek. Biasanya dia akan buat sendiri. Semalam pun I paksa dia rasa mulanya. Tak sangka boleh habis pula dia makan.” Semakin lebar aku senyum.

So, I nak request special cake for my mom’s birthday.”

Aku gelak. “Jadi, tu pertolongan yang you maksudkan?” Haziq angguk dengan senyuman manisnya.

“Kalau-”

Kedatangan Suzi bersama pesanan kami tadi menyebabkan aku tidak jadi meneruskan kata-kataku. Dua gelas Caramel Latte dan dua jenis pasta dihidangkan di atas meja. Elok sahaja Suzi meletakkan kek Pandan Gula Melaka untuk Haziq, serentak itu kami sama-sama tertawa.

Sorry…” ujarku dalam tawa yang masih bersisa. Perutku berjaya memalukan aku di hadapan Haziq. Kuat pula dia berbunyi.

“Kalau I tak datang, you akan skip lunch ke?” Aku hanya mengangkat bahu dan tersenyum. Pandai-pandailah Haziq tafsir sendiri jawapanku.

“Tak elok tau biar perut kosong. My mom selalu cakap, kalau kita lapar, nanti emosi jadi tak stabil, cepat marah.” Aku hanya mengangguk dan gelak mendengar kata-kata Haziq. Nampak benar jejaka di hadapanku ini sangat rapat dengan ibunya. Dari tadi semua pasal mom dia.

Aku dan Haziq makan sambil berborak-borak kosong. Nampak berselera dia menjamah pastanya. Aku juga laju sahaja menyumbat pasta ke dalam mulut, lapar punya fasal. Sesekali aku perasan Haziq yang tersenyum ke arahku. Agaknya terkejut melihat gayaku yang semacam orang kelaparan, seolah-olah tiga hari tidak makan.

You pandai main piano?” Soalan Haziq hanya aku balas dengan gelengan. Mulut penuh, tidak membenarkan aku bersuara saat ini.

River flows in you…” Haziq bersuara lagi sambil memejamkan matanya. Aku menghentikan suapanku. Tertanya-tanya apa maksud Haziq.

It could portray how love can grow between people.” Haziq gelak melihat aku yang hanya diam memandangnya.

You tak tau lagu ni?” Aku geleng. Aku suka dengar bunyi petikan piano. Sebab tu aku mainkan lagu-lagu sebegini di cafeku. Tapi, tajuk-tajuk lagunya aku sendiri tak tahu.

“Tadi tu you sebut tajuk lagu ni ke?” Haziq angguk sambil meneruskan suapannya.

You pandai main piano?” soalku teruja. Pasta di pinggan dilupakan buat seketika.

“Nak kata pandai tu, taklah. Bolehlah sikit-sikit. My mom hantar I belajar piano masa sekolah rendah dulu.” Mataku membulat tanda teruja. Aku selalu berangan untuk belajar bermain alat muzik, piano terutamanya. Tapi tu lah…

You minat muzik?” Soalan Haziq aku jawab dengan anggukkan.

“Nanti ada masa I ajar you.”

*

“AKU dengar ada orang dating kat café sendiri harini.” Suara petir Zara sudah berkumandang.

“Wah, tak sangka hati kerikil Fish dah terusik,” Misha pula menambah.

Malas melayan usikan mereka, aku buat-buat tak dengar. Air di tangan aku sedut sedikit rakus. Haus setelah puas menjerit menonton filem Munafik 2 sebentar tadi. Kisah seram yang berkisar tentang ajaran sesat dan roh jahat yang merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan kecil. Sudah lama kami tidak menghabiskan masa bertiga sebegini seperti zaman universiti dulu-dulu.

“Kita nak pergi karaoke ke balik dah ni?” soal Zara sebaik sahaja kami melangkah keluar dari pintu utama Wangsawalk Mall. Pusat karaoke pula mempunyai akses di luar shopping mall tersebut.  

“Siapa nak nyanyi?” Soalan Misha disambut dengan gelak nyaring Zara. Aku turut ketawa mendengar Zara ketawa. Memang kami bertiga tiada bakat langsung dalam nyanyian.

“Aku nak balik dahlah. Dah pukul berapa ni… esok aku nak buka café lagi,” ujarku sambil mengerling jam di tangan, 11 malam.

“Ala… tapi aku nak release tension ni,” usul Misha.

“Kau tension kenapa?”

Well, biasalah… successful woman macam aku ni, ada masanya akan tension bila dah perform terlampau cemerlang.” Lagi-lagi aku dan Misha ketawa mendengar gebang si Zara. Adalah tu kena tegur dengan uncle Zainal.

Uncle marah kau?” tekaku.

“Hurm… bukanlah marah. Cuma siapa entah yang pergi buat aduan kat papa fasal aku.”

“Aduan fasal apa?” tanya Misha. Saat ini kami sudah pun melangkah keluar dari WangsaWalk Mall. Kami terpaksa meletakkan kereta di ruang parkir luar kerana parkir yang ada di dalam sudah pun penuh.

“Fasal aku lambat hantar pakej pelancongan ke Maldives. Ala, anak client tu yang tak menyempat. Lagipun bukannya lambat sangat aku hantar,” ulas Zara dengan nada tidak puas hati.

“Berapa ramai rombongan tu?” soalku pula. Aku yakin, pasti uncle Zainal tegur sikap sambil lewa si Zara ni.

“Dua buah keluarga, dalam 25 orang.”

“Kalau aku jadi papa kau pun aku marah. Orang business ni, time is money.  Tapi, aku bukan sekadar marah, aku potong gaji kau.” Kata-kata Misha membuatkan aku ketawa. Teringat pula dekat Zarif. Sampai ke hari ini dia langsung tidak menghubungiku atau datang ke café. Atau mungkin dia dah dapat kerja baharu? Kalau betul, baguslah.

“Eh eh… Fish! Kau tengok tu…” Zara mengangkat tangan ke depan, menunjuk ke arah sebuah stall burger. Terhenti Langkah kami bertiga dek kerana tingkah Zara.

“Kau nak makan burger ke?” soalku pelik. Setahu aku Zara ni bukan penggemar burger tepi jalan macam tu.

“Aku nak pergi tegur mamat yang jual burger tu.” La... dah kenapa pulalah dia ni. Aku dan Misha berpandangan sambil masing-masing mengangkat bahu.

Laju sahaja kaki Zara berlari ke arah stall burger yang terletak di seberang pintu masuk WangsaWalk Mall. Nak tak nak aku dan Misha pun turut sama mengekor Zara.

“Hai awak…” Start dah mood gedik si Zara. Tidak kedengaran pula siapa-siapa menyahut teguran Zara.

Aku melangkah berdiri di tepi Zara dan Misha di belakangku. Barulah aku nampak muka mamat yang Zara tegur.

“Zarif?” Zarif mengangkat wajahnya yang khusyuk tunduk memotong kubis.

“Ye… cik nak order burger apa?” Zarif bertanya sebelum kembali tunduk meneruskan pekerjaannya. Kelihatan sepasang remaja sedang menunggu di kerusi yang terletak di tepi stall tersebut.

“Zarif ingat saya tak?” tanyaku sedikit teruja. Teruja sebab akhirnya aku jumpa Zarif. Rasa bersalah dia kehilangan kerja disebabkan aku masih menebal dalam diri.

“Ingat.”

“Kenapa tak call saya atau datang café saya?”

“Oh, aku busy.”

“Jadi-”

“Jadi sekarang ni awak buka stall burger ni pula?” Laju sahaja Zara memintas kata-kataku. Matanya dijegilkan ke arahku, tanda dia tak nak aku berbalas cakap dengan Zarif. Alahai Zara…

“Taklah. Ini stall kawan aku. Memang dah lama aku tolong dia kat sini.”

“Bukan you kerja kat Jebat Café ke sebelum ni?”

“Oh, tu part time je.” Lincah tangan Zarif menyatukan semua bahan di atas roti bulat yang sudahpun di potong dua. Aku tengok Zara bukan main tersengih merenung wajah Zarif.

“Ni crush ke berapa?” Misha berbisik kepadaku.

“Entah. Tak terkira dah aku,” balasku juga berbisik. Naya kalau Zara dengar. Mengekek aku dan Misha ketawa. Zara dan gediknya memang sejak zaman universiti lagi berpisah tiada.

“Kau rasa kali ni cinta bersambut tak?” Lagi-lagi kami ketawa. Zara kulihat sudah duduk di salah sebuah kerusi kosong berhampiran Zarif.

“Korang, orderlah. Harini aku belanja.” Aku pandang Misha, Misha pandang aku. Lain macam betul penangan Zarif ni sampaikan Zara sanggup mencemar duli makan burger tepi jalan.

Aku dan Misha hanya ketawa sambil sesekali menggeleng melihat telatah Zara yang asyik mengunyah. Disebabkan Zara, kami akhirnya menjamu selera di tepi stall Zarif dengan burger hasil air tangan lelaki itu. Sedap dan yang paling penting tidak kedekut dengan bahan.   

“Aku rasa nilah burger paling sedap aku pernah makan seumur hidup aku.” Misha sudah membuat aksi ingin muntah mendengar kenyataan Zara.

“Ya Allah, kau jodohkanlah sahabatku ini dengan penjual burger.” Aku mengekek mendengar doa Misha. Sesekali mataku menjeling Zarif yang masih lagi tekun menyiapkan tempahan pelanggan. Agak ramai juga yang datang membeli burgernya.

“Amin… penjual burger pun tak apalah. Janji handsome.” Lagi-lagi aku tergelak. Misha pula menolak kasar bahu Zara.

Handsome tak menjamin kebahagiaan.” Ha, teacher dah memulakan mukadimah tazkirahnya. Aku hanya senyum memandang wajah cemberut Zara.

“Tapi, handsome ni penting sebab bila dah kahwin nanti, kau kena hadap wajah dia untuk seumur hidup. Lagipun kajian dah membuktikan yang lelaki handsome ni setia. Yang selalu viral curang tu biasanya tak handsome.” Mengekek aku dan Misha ketawa mendengar teori Zara.

“Cik Fish…” Panggilan Zarif mematikan gelak tawa kami. Zara pula sudah kaku di tempatnya. Terkejut benar dia bila Zarif datang mendekati kami.

“Aku dah fikir masak-masak tentang tawaran cik Fish tu. Aku-”

“Awak setuju?” Cepat sahaja Zara mencelah. Mukanya jangan cakap, teruja benar nampaknya.

Zarif angguk. “Cuma aku ada satu permintaan…”

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status