Share

MY ¦ 55

Pandangan Aira dan Adam terkalih ke arah bilik Aisha. Bunyi sesuatu terjatuh ke lantai yang begitu benar-benar menarik perhatian mereka berdua. Pantas Adam dan Aira berlari mendekati pintu bilik Aisha.

"Kak? Kau okey tak?" panggil Aira sambil melekapkan telinga ke pintu. Matanya bertembung pandangan dengan Adam yang turut sama risaukan Aisha. Namun begitu, soalannya tidak dijawab dari dalam bahkan sunyi sepi saja tiada bunyi lain selepas bunyi benda jatuh tadi.

"Akak!" Pintu dikuak seluas mungkin. Adam meluru masuk ke dalam bilik Aisha sebaik penglihatannya menangkap susuk tubuh gadis itu berada terlentang di lantai.

"Akak buat apa ni?" tanya Aira sedikit cemas. Adam tidak bertanya banyak terus dicempung tubuh gadis itu dan membawanya ke sofa di ruang tamu. Tubuh Aisha dibaringkan di atas sofa selepas itu Adam berdiri sambil bercekak pinggang.

"Akak cuma..." Aisha terhenti bersuara lantas menggigit bibirnya sendiri. Dia serba salah hendak beritahu perkara se
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status