Share

MY ¦ 56

Langkah kaki mula melencong ke arah taman rekreasi universiti. Sengaja dia memberi alasan mahu bertemu dengan pensyarah gara-gara tidak mahu menganggu Wooyoung dan Min Young tadi. Setelah melihat teletah Min Young, serasa seolah-olah gadis itu sungguh luar biasa sikapnya menyebabkan dia tidak mahu mengeruhkan apa-apa keadaan.

Dalam ralit dia bergerak perlahan untuk mengambil tempat kosong di meja taman rekreasi itu tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Pantas Imna menarik keluar telefon dari celahan poket beg galasnya. Terlihat nama yang sedang memanggil Imna mengetap bibir.

Ini satu hal lagi perkara yang dia buntu dalam waktu yang sama segan dan takut jika status hubungan mereka terbongkar di hadapan Aisha mahupun Aira. Teragak-agak dia hendak menyeret punat jawab di atas skrin telefon. Satu kali panggilan Adam terlepas. Eh! Ingatkan sudah putus asa, rupanya tidak sekali lagi nama Adam naik di skrin sedang memanggil. Kali ini, Imna terus menjawab tanpa sangsi. Kalau
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status