Share

SIMH:10

TUMPUAN Tia tidak lagi dipusatkan kepada wayang gambar.  Adegan jelik Syamil dan pasangannya lebih menarik perhatian.  Ternyata perancangan Allah itu lebih sempurna daripada segala-galanya.  Buktinya ialah dengan apa yang terpampang di depan matanya kini.  Sisi Syamil yang sebenar terbongkar pada masa yang tepat.  

Dalam kegelapan itu, Erin langsung tidak menyedari bahawa emosi sahabatnya itu sedang kacau-bilau.  Ditambah pula dengan latar suara dari filem yang begitu kuat, mana mungkin esak tangisnya dapat didengari oleh sesiapa.  Selama dua jam di dalam panggung itu dadanya berasa sempit, nafasnya sesak.  Tidak seincipun pandanganya beralih kepada mereka berdua 

Beginikah rasanya bila diri dikhianati dan dicurangi?  Air matanya umpama empangan pecah yang tidak henti-henti mengalir. 

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status