All Chapters of Bidadari Encik Mafia [Bahasa Malaysia]: Chapter 41 - Chapter 50
59 Chapters
BEM 40
HAURA menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Langkah diatur ke dapur. Sunyi dan sepi. Jam yang tergantung pada dinding ruang tamu dipandang sekilas.8:00 pagi. Berkerut dahinya memandang angkat yang ditunjuk oleh jarum pendek itu. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap. Cerah."Fuh... awal betul aku bangun hari ni. Memang patut pun akak belum bangun lagi. Abang tu tak tahulah dah bangun ke belum. Entah-entah dah lesap pagi-pagi macam ni. Akak tu tak lama lagi nak beranak pun dia asyik keluar saja." Haura menggelengkan kepala. Membebel pada diri sendiri sambil menarik pintu peti sejuk. Dia bercekak pinggang."Nak masak apa, ya?" Dia mengusap dagunya. Tangan kiri masih statik mencekak pinggang."Masak ajelah apa-apa.""Oi, tenuk terbang!" Melatah Haura tidak tentu fasal dek suara garau yang tiba
Read more
BEM 41
LAMA dia merenung ke arah skrin komputer sebelum melepaskan dengusan marah sambil meramas rambutnya sehingga serabai. Belikatnya disandar kasar ke kusyen kerusi. Terbias kerut-kerut marah pada wajahnya. Tetikus dicapai kemudian digerakkan ke kanan dan ke kiri beberapa kali. Indira yang berdiri di sebelahnya merenung skrin komputer tersebut dengan tempoh yang agak lama."Yazir memang nak jatuhkan aku, Dira."Indira menoleh sedikit ke arah Qarizh yang berada di sisinya. Bahu suaminya diusap lembut. Cuba menyalurkan ketenangan yang ada. Dia sendiri juga terkejut yang Yazir setekad ini. Lelaki itu memang benar-benar mencabar mereka."Yang dia nak jatuhkan ni syarikat keturunan keluarga dia juga. Agaknya otak dia tercicir waktu dalam proses pemulihan kesihatan dia." Selamba saja Indira mengejek Yazir. Mengundang tawa dari Qarizh."Kenapa ketawa?" soal Indira sambil mengerutkan dahinya.
Read more
BEM 42
TERASA deru nafas hangat menampar-nampar kulit wajahnya. Terpisat-pisat dia hendak mencelikkan mata. Kenapalah tatkala dia sedang lena, ada saja yang menganggu? Tak boleh nak bagi dia peluang untuk menikmati nikmat tidur yang sedia ada."Qar... don't stare at me like that..." Indira menutup wajahnya dengan menggunakan lengan. Berharap yang Qarizh akan berhenti dari terus merenungnya. Selimut ditarik sehingga ke paras leher."Wakey, sayang. Dah pukul lapan pagi. Pukul berapa sayang nak bangun, huh?" Qarizh bermain dengan helaian rambut Indira yang menutupi dahi isterinya itu."Ala... baru pukul lapan. Just give me another one hour, please. I really need more sleep."Qarizh tersenyum kecil seraya kepalanya digeleng sekali. Wajah bersih Indira diusapnya lembut. Langsung anak matanya tidak melepaskan seinci raut wajah isterinya itu. Baru sekarang dia rasa bagaimana p
Read more
BEM 43
SAIF terkejut dengan kehadiran si adik ke bilik kerjanya. Dengan wajah cemberut. Sudah pasti Haura ada masalah. Jarang adiknya yang satu ini ada masalah. Entah masalah apalah yang Haura alami ketika ini."Ada apa ni? Kenapa masam sangat muka tu?""Adik nak tahu pasal Hilmi. Semalam adik ada dengar yang si bongok tu cakap pasal pembelot. Dia pernah jadi pembelot ke? Sebab tu ke, Abang Kizo keras-keras melarang adik rapat dengan dia?"Saif kehilangan kata-kata. Abang Kizo pernah melarang Haura daripada berkawan dengan Hilmi? Baru sekarang dia tahu."Ya. Abang pernah jadi pembelot."Haura mendongakkan kepalanya. Tak tahu pula yang Hilmi ada di dalam bilik ini juga. Semasa masuk ke dalam bilik ini tadi, tidak pula dia perasan akan kewujudan Hilmi. Saif sendiri pun tak sempat nak beritahu."Kenapa?" soal Haura dengan kening terjongket sebelah. Tak puas hati. Se
Read more
BEM 44
SEBAIK saja brek tangan ditarik, dia terus menolak tubuhnya keluar dari perut kereta. Langkahnya dibawa lari masuk ke dalam bangunan hospital yang terletak tidak jauh dari parkir kereta. Aditya menggelengkan kepalanya. Puas dia menasihati Haura agar bersabar. Jangan bersikap gopoh-gapah. Kizo sudah melepaskan dengusan kasar. Dimas di sebelah hanya membisu."Haura Sahirah!" panggil Kizo dengan suara lantang. Namun panggilannya hanya sia-sia. Haura sudah pun jauh ke hadapan masuk ke dalam hospital."Abang! Abang!" Haura menjerit-jerit memanggil nama abang keduanya. Hazim Saif.Saif yang duduk di ruang menunggu dengan keadaan kepala dan lengannya berbalut, perlahan menolehkan kepala ke arah si empunya suara yang menyeru namanya. Thakif, Adiyan, Irham dan Zane turut memandang ke arah Haura. Cuma kelibat Hilmi saja tidak kelihatan."Abang, abang okey tak? Adik risau sangat!" Haura melabuhkan pu
Read more
BEM 45
TERPISAT-PISAT dia hendak mencelikkan matanya. Kali ini, suasana berubah tidak seperti kali pertama dia mencelikkan mata. Tiada lagi bau ubat-ubatan menusuk ke rongga hidungnya. Apa yang dia tahu sekarang ini, dia bukan lagi berada di wad hospital. Sepertinya dia berada di sebuah bilik yang boleh dikatakan agak mewah designnya."Puan, dah sedar ke? Puan nak apa-apa?"Indira mengerling ke arah sisinya. Susuk tubuh yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik, sepertinya pembantu rumah baru saja kalau dilihat melalui penampilan."Saya dekat mana, ya?" Perlahan Indira menyandarkan tubuhnya pada kepala katil berlapikkan bantal. Macam mana dia boleh ada di sini? Bukan ke, dia berada di hospital?"Dekat
Read more
BEM 46
SEKEJAP dia baring, sekejap dia duduk. Dia sudah tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Dirinya dikurung oleh lelaki tua yang mempunyai kaitan dengan Yazir. Mati akal dia begini. Takkan dia nak menyerah diri begitu saja. Qarizh pasti sedang mencarinya ketika ini.Krek...Laju saja dia mengangkat tubuhnya dari terus berbaring di atas katil apabila terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Kelihatan susuk tubuh Tengku Harun baru saja melepasi pintu biliknya dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Dia mula rasa tidak sedap hati."Ikut saya.""Ke mana?" Tak semudah itu, dia mahu mendengar kata. Banyak cantik nak mengarah dia itu dan ini. Fikir dia siapa?"Jangan b
Read more
BEM 47
SEBAIK saja perut diisi dengan pelbagai makanan. Yazir mengajak Indira untuk mengambil angin di belakang halaman rumahnya. Dari tadi senyumannya tidak lekang dari bibir. Dia bagaikan bermimpi ketika ini, si gadis pujaan berada di sisinya. Berbunga-bunga hatinya."Dira... I betul-betul cintakan you, sayang. I nak sehidup semati dengan you. You tinggalkan Qarizh. I merayu sangat dekat you. I janji lepas you mintak cerai dekat Qarizh, I takkan sakiti you lagi. I akan jaga you. I janji."Yazir mengangkat tangannya. Bersungguh-sungguh menjanjikan kata-katanya itu. Macamlah Indira nak ikut permintaannya itu. Dia sudah berkahwin. Dan hatinya hanya untuk Qarizh. Tiada orang lain yang boleh menggantikan suaminya."Kenapa kau terlalu obses dengan aku? Aku rasa aku tak ada a
Read more
BEM 48
"YOU tak boleh nak lari dari I, sayang. Tak ada siapa yang nak selamatkan you. Qarizh tak tahu you ada dengan I." Yazir melepaskan tawa besar. Rambutnya yang basah disebak ke belakang. Matanya meliar mencari susuk tubuh Indira yang berjaya melarikan diri. Tapi dia yakin yang gadis itu masih lagi berada di dalam rumah. Tak beraninya nak keluar dari rumah ini kerana anak-anak buahnya semua sedang berjaga-jaga.Indira melepaskan keluhan kasar. Diintipnya Yazir yang berdiri membelakanginya. Puas dia cari jalan keluar. Semuanya sudah dikepung dengan anak-anak buah Yazir. Buntu dia dibuatnya ketika ini. Dia tak boleh rushing. Dia kena fikir dengan baik supaya tidak tersilap langkah."Bagus. Dia naik atas." Indira bersorak perlahan apabila melihat susuk tubuh Yazir sudah menghilang sebaik saja lelaki itu mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Mungkin lelaki itu fikir, dia berada di tingkat atas. Sedangkan dia bersemb
Read more
BEM 49
QARIZH bangun. Kesakitan yang menjalar seluruh tubuh badannya tidak dihiraukan sama sekali. Jantungnya bagaikan hendak pecah melihat Haura yang sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah. Sama seperti di mana Qasrina alami sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Tak, dia tak boleh kehilangan Haura. Gadis itu tidak sepatutnya merisikokan dirinya."Kau memang tak guna! Tak cukup lagi ke kau dah bunuh adik aku, sial!" amuk Qarizh sambil menarik kedua-dua belakang baju Yasmin dan Harun sebelum ditolak kasar ke atas lantai.Indira sudah menangis teresak-esak. Perlahan dia merangkak ke arah Haura. Kepala gadis itu dipangku di atas ribanya. Airiel yang barusan saja dapat melepaskan diri dari anak-anak buah Yazir, terkejut melihat suasana yang agak tegang itu. Matanya terpaku pada Qarizh dan Indira bersilih ganti."Adik!" Mahu gugur jantung Saif melihat adiknya yang dipangku oleh Indira. Begitu jug
Read more
PREV
123456
DMCA.com Protection Status