All Chapters of Stranger In My Heart (Bahasa Malaysia): Chapter 11 - Chapter 14
14 Chapters
SIMH:11
MOTOKAR Mitsubishi berwarna perak itu memecut laju sejurus keluar dari simpang rumah Tia.  Haluannya hanya satu, iaitu ke Cheras di mana buah hatinya berada.  Setelah meredah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, Syamil memarkir keretanya di kotak parkir berhampiran laluan pejalan kaki.  Jambangan bunga mawar merah dan juga coklat tidak lupa dibawa bersama.  Dia tersenyum sendiri lantas menekan butang lif untuk ke tingkat 13.Siulan lagu mengiringi langkah Syamil ke rumah yang dituju.  Kini, dia berdiri di depan pintu bernombor 4.  Rambut disikat kasar dengan jari agar kekal rapi.  Kesan darah di dahi telah dilap dengan bersih.  Hanya tercalit sedikit darah beku pada luka itu.  Senyuman yang paling manis dan menggoda diukir buat si jantung hati.  Setelah menghela nafas panjang, pintunya diketuk beberapa kali.  Tidak lama kemudian, keden
Read more
SIMH:12
"OH!  Awaklah gadis tu.  Ada apa awak cari saya?  Rasanya saya tak ada apa-apa hutang dengan awak," tempelak Tia sambil bercekak pinggang.  Tudung bawal yang senget di kepalanya dibetulkan.Jika Fairuz boleh bersikap jengkel, dia juga boleh jadi seribu kali ganda menjengkelkan.  Lagipun itu adalah kediamannya.  Dan dia boleh menghalau Fairuz bila-bila masa sahaja yang dia suka.  Fairuz telah memberikan gambaran buruk saat pertama kali mereka bertemu empat mata.  Dan itu menyebabkan hatinya sakit serta-merta."Awak silap.  Bukan awak seorang, tapi kita.  Kita yang saling berhutang."   Tegang suara Fairuz menyapa gegendang telinga Tia.Tia membiarkan Fairuz berdiri seperti tiang elektrik di luar rumah tanpa b
Read more
SIMH:13
"TIA, ini Encik Zahrin, designer baru Juta Empire.  Mula hari ni, Encik Zahrin akan bertanggungjawab dalam hal-hal rekaan corak terbaru untuk tekstil syarikat ini." Zahrin menghadiahkan satu senyuman manis buat Tia.  Tangan dihulur sebagai salam perkenalan.   Tia membalas senyuman itu dan tangannya dibawa ke dadanya sendiri sebagai tanda hormat.  Berubah air muka Zahrin dan pantas tangannya ditarik.   "Selamat datang ke Juta Empire, Encik Zahrin," ucap Tia sopan.  Anak matanya dilarikan apabila dia sentiasa menjadi tatapan mata coklat Zahrin sedari tadi. "Boleh awak tunjukkan Encik Zahrin pejabat baru beliau?" Permintaan Uzayr mematikan resah di hati Tia. "Boleh.  Silakan, Encik Zahrin."  
Read more
SIMH:14
"MIL ada nampak tak kad ATM sayang?" Puas Fairuz menyelongkar setiap inci ruang tas tangan miliknya mencari sekeping kad ATM berwarna merah hati.  Itu sajalah satu-satunya kad yang dia ada. Setiap celah dan ruang juga diperiksa.  Manalah tahu jika dia sendiri yang tersalah letak dan ada terselit di mana-mana lipatan.  Kadang-kadang dia juga pelupa orangnya lantaran memori otaknya kian penuh. "Huh!" Terlepas satu keluhan kecil dari bibir berona merah jambu itu. Rasa sedih dan penat bercampur-baur menjadi satu.  Sudahlah pagi itu dia agak lewat untuk ke kuliah.  Wajah dipaling kepada Syamil yang terbaring terlentang membelek telefon pintarnya.   "Mil…." "Hmmm…," jawab Syamil sepatah dan m
Read more
PREV
12
DMCA.com Protection Status