All Chapters of NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]: Chapter 11 - Chapter 20
20 Chapters
NC 10
  "Macam mana?" tanya Dato` Khairil.   "Masih sama saya tengok keadaan dia." jawab Datin Aida lemah.   Dato` Khairil mengeluh berat. Matanya masih lagi menatap wajah Aisya Yanie yang sedang tidur. Kasihan dia melihat anak bongsunya itu. Begitu berat dugaan yang menimpa Aisya Yanie dan mereka sekeluarga. Bagaimana dengan penerimaan anaknya apabila sedar nanti. Dia sendiri begitu sedih dengan kejadian yang menimpa mereka. Dia sebagai ayah tidak mampu untuk melihat, inikan pula untuk menanggungnya.   "Banyak-banyaklah kita berdoa supaya Sya kuat dan tabah hadapi dugaan dari-NYA. Jangan tunjukkan kita lemah walaupun sebenarnya kita sendiri pun tidak kuat." Nasihat Dato` Khairil beserta keluhan untuk kesekian kali.   "Tapi abang boleh ke Sya terima semua ini sebagai takdir dalam hidup dia? Abang pun sendiri tahu macam mana anak kita selama ini. Saya takut Sya akan memencilkan diri dia selepas
Read more
NC 11
  Zafran merebahkan badan diatas sofa ruang tamu rumahnya. Tangan kiri diletakkan diatas perut manakala tangan kanannya sibuk menari diatas dahi. Matanya dipejamkan. Otak kembali bekerja memikirkan semua cerita daripada Riyad tentang Aisya dan juga keluarganya seminggu yang lepas.   Keluhan berat di lepaskan sebelum dia mengangkat tubuh dan berlalu ke bilik. Dia sudah berjanji dengan Aisya untuk membawa wanita itu ke satu tempat selama beberapa hari. Sudah dimaklumkan kepada Dato' Khairil tentang rancangannya dan bakal bapa nentua dia tidak menentang sedikit pun rancangannya.   Dia dari awal lagi sudah mengambil cuti dan menyuruh Aisya turut sama mengambil cuti bersamanya. Mereka akan bertolak petang ini menuju ke destinasi yang akan memberi seribu ketenangan dan aura baharu. Dia mahu Aisya memulakan kehidupan baharu dengan cara yang positif.  Baginya mungkin dengan cara ini dia dapat membantu Aisya untuk pulih sepe
Read more
NC 12
  Madrasah Ulumiah merupakan destinasi yang dibawa Zafran. Patut la lelaki itu beria meminta dia memakai tudung ketika berhenti di simpang sebelum memasuki kawasan madrasah ini. Semua penghuni dan pelawat madrasah ini di wajibkan untuk menutup aurat. Tetapi Aisya tertanya tanya atas tujuan apa Zafran membawa dia ke sini.   " Abang bawa Yanie datang sini untuk apa?" Soal Aisya hairan. Tak terbayang akal fikiran yang dia akan menjejakkan kaki kesini. Kalau hendak menghadiri kursus kahwin, agak mustahil kerana mereka sudah menghadirinya dua minggu lepas di Kuala Lumpur.   " Tak ada apa. Saja abang bawa bunga datang sini sama sama. Kita boleh dalami ilmu agama dengan lebih mendalam sama sama." Balas Zafran.   "Dan juga sebagai persediaan kita untuk masa akan datang." Sambung Zafran lagi. Memang dia mahu lebih mendekatkan diri dengan tuhan. Dia mahu mempunyai lebih pengetahuan tentang agama sebagai persediaan dia
Read more
NC 13
" Assalamualaikum dan selamat malam anak anak semua. Para hadirin yang di kasihi sekali. Alhamdulillah bertemu kembali kita pada malam ini." Ustaz Halim memulakan bicara kepada ceramahnya malam ini. Sememangnya setiap malam sabtu madrasah Ulumiah akan mendengar bicara agama daripada Ustaz Halim.   Sepotong doa dibacakan sebelum memulakan agenda utama malam ini.   " Baiklah para hadirin sekalian. Tajuk utama kita pada malam ini adalah berkaitan dengan redha."   "Apa itu redha? Boleh sesiapa tolong jawabakan?" Permulaan yang menjadikan suasana di dalam surau sekolah itu sedikit riuh kerana masing masing mula bersoal sesama jemaah akan maksud redha.   Seorang pelajar lelaki dari madrasah Ulumiah mengangkat tangan untuk menjawab pertanyaan daripada Ustaz Halim.    " Redha bermaksud kita menerima takdir tuhan yang menimpa diri dengan hati yang terbuka. Kita terima qada' dan qadar
Read more
NC 14
" Assalamualaikum." Sapa Zafran sebaik sahaja Aisya melangkah memasuki kereta itu. Hari ini dia dan Aisya akan ke Adila Collection yang merupakan butik pilihan mereka untuk persiapan baju pernikahan mereka. Fitting terakhir akan di lakukan hari ini sebelum baju itu benar benar sepadan dengan tubuh mereka. Barangan hantaran mereka sudah siap sepenuhnya seminggu lalu cuma tinggal untuk memasang pelamin dan ucapan akad sahaja bagi mengesahkan status terbaharu mereka berdua. " Waalaikum salam. " Jawab Aisya sepatah.  " Sihat?" " Sihat." Sepatah lagi! " Dah breakfeast? " Soal Zafran lagi.  " Dah." Berkerut dahi Zafran mendengar jawapan Aisya sepatah sepatah itu. Jarang Aisya tidak banyak mulut apabila bersama dengan dia. Kadang dia sendiri buntu dari mana datang idea Aisya untuk bebicara sebanyak itu setiap kali mereka berjumpa. " Are you okay? " Aisya pantas menoleh kearah Zafran sebaik sahaja mendengar soalan yang keluar dari mu
Read more
NC 15
Riyad melangkah perlahan menuju ke bahagian kecemasan hospital. Di tangan dia terdapat handbag dan juga telefon bimbit wanita itu. Setiba dia di hadapan bilik kecemasan hospital dia melihat Aisya seorang diri di bangku sambil berendam air mata.  Kali kedua dia melihat wanita itu lemah! "Ehemmm" Riyad berdehem bagi menyedarkan Aisya akan kehadirannya di situ. Mendengar sahaja bunyi itu, Aisya terus memanggung kepala dia. Sungguh dia tidak perasan ada seseorang sedang berdiri di hadapan dia. " Sorry. Saya cuma datang nak hantar handbag, handphone dan kunci kereta awak." Ujar Riyad apabila Aisya memandang dia pelik. " Oh. Thanks" balas Aisya, dilarikan pandangan mata dia dari terus memandang Riyad. Bukan! Sebenarnya dia terkedu melihat tompokan darah yang terdapat di baju lelaki itu. Seketika baru dia teringat bahawa Riyad juga turut berada di tempat kejadian. Dengan kudrat yang lemah Aisya berdiri ingin menyambut huluran handbag dia
Read more
NC 16
Sudah tiga hari berlalu setelah pemergian Zafran. Keluarga Zafran semua bersetuju untuk tidak menggunakan alat bantuan pernafasan itu kerana ia tidak menjamin bahawa Zafran akan kembali pulih. Mereka menerima takdir tuhan yang sudah tertulis buat mereka. Jika sudah tiba waktunya untuk pergi mengapa harus kita menjadi penghalang perjalanan dia ke alam seterusnya. Malam ini merupakan malam yang ketiga berturut-turut mereka mengadakan bacaan yasin dan tahlil buat arwah Zafran. Aisya sendiri turut berada di rumah keluarga Zafran bersama kedua orang tua dia. Dia tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaan dia ketika ini. Bohonglah jika dia mengatakan bahawa dia tidak sedih dengan kehilangan Zafran, tapi dia tahu dia harus tetap kuat di hadapan keluarga dia dan keluarga Zafran. Sampai bila dia mahu menjadi wanita yang lemah. Satu helaan nafas dilepaskan untuk kali ke berapa dia sendiri juga tidak tahu. " Sya..." Panggil Puan Ainun sambil menyentuh sedikit bah
Read more
NC 17
" Aku terima nikahnya Aisya Yanie Binti Khairil dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit dan senaskhah al-Quran di bayar tunai." Senafas lafaz akad dilafazkan oleh lelaki itu dengan lancar." Sah?" Soal Dato'Khairil kepada dua orang saksi yang berada di sebelah dia." Sah " jawab mereka berdua serentak. Nafas di hela perlahan oleh pengantin lelaki. Tok kadi yang berada di situ turut mengangguk kepala dia sebelum tangan di tadah bagi membacakan doa.Aisya yang berada dibelakang pengantin lelaki hanya kaku tanpa riak. Jiwa dia kosong. Pandangan di hala ke hadapan. Wajah kegembiraan yang meraikan hari bahagia ditatap dengan pandangan yang sayu. Mereka mungkin bahagia tetapi bahagiakah dia menghawini lelaki itu?Mata dia masih tunak memandang ke arah pengantin lelaki. Tingkah lelaki itu diperhati. Dia melihat Riyad berdiri menuju ke satu arah dan lelaki itu melakukan sujud. Sujud syukur mungkin. Setelah memberi salam Riyad melangkah ke arah dia ya
Read more
NC 18
Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Aisya mengeliat kelegaan setelah kaki berjaya menjejak tanah. Perjalan dari Kuala Lumpur mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di negeri di bawah bayu ini. Tidakah selama perjalanan dia ke London tetapi lenguh itu tetap terasa. " Jom" Riyad menarik tangan Aisya mengikuti dia. Tempat menuntut beg dituju. Lima belas minit menunggu akhirnya beg mereka selamat berada di atas troli. Troli ditolak menggunakan sebelah tangan manakala tangan kiri Riyad masih menggengam erat tangan Aisya. Luar lapangan terbang di tuju. Mata Riyad melilau mencari kelibat kereta yang sudah di sewa oleh Aina. Seketika dia melihat satu sosok berjalan menuju kearah mereka. " Encik Riyad?" Soal lelaki itu. " Ya saya" jawab Riyad menandang lelaki itu. " Mari ikut saya. Kereta dekat hujung sana" kata lelaki itu sambil jari menunjuk ke arah kereta yang terletak sedikit jauh dari tempat mereka berdiri. " Kita nak kemana
Read more
NC 19
Terpisat-pisat mata Riyad cuba di celik kembali. Sekilas wajah yang sedang lena berbantalkan dada dia ditatap penuh kasih. Tidak pernah sedetik pun dia tidak mencintai wanita itu.Perlahan Riyad menolak kepala Aisya dan meletakkan wanita itu ke atas bantal secara perlahan. Dengan langkah yang berhati-hati tidak mahu mengejutkan wanita itu Riyad bangun.Telefon bimbit yang berada di atas meja sisi katil di capai. Dia berjalan ke balkoni bilik untuk menjawab panggilan yang mengganggu lenanya sebentar tadi." Kau tak ada hari lain ke nak call aku" ujar Riyad malas sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi malas di balkoni tersebut." Info apa yang kau dapat kali ni? " Riyad menyoal kasar tetapi masih mengawal nada suara dia. Dia mengerling sekilas ke arah Aisya yang masih tidur di dalam bilik. Takut suara dia mengganggu tidur Aisya. Dia juga takut jika Aisya mendengar perbualan mereka."Terus perhatikan dia, jangan sampai dia terlepas." Arahan di beri
Read more
PREV
12
DMCA.com Protection Status