My Love Story ( Bahasa Indonesia )의 모든 챕터: 챕터 41 - 챕터 50
51 챕터
MLS | EMPAT PULUH SATU
Puan Senah dan juga Sufian baru saja selesai makan tengah hari jadi mereka mahu merehatkan diri masing-masing di depan televisyen sambil memakan kuaci.Dalam ralit mereka berbual sesama sendiri tiba-tiba saja pintu rumah mereka ditekan loceng berselang seli dengan ketukan bagaikan nak runtuh bangunan."Siapa pula dah?" soal Puan Senah sambil menjeling pintu rumah sekilas kerana menganggu masa lapangnya ketika itu. Sufian pula hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu.Puan Senah dengan malasnya bangun menuju ke pintu untuk membukanya bagi melihat siapakah orang yang tak reti nak bawa bersabar itu.Sebaik saja pintu dibuka, seorang gadis laju masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam sehingga merempuh bahu Puan Senah
더 보기
MLS | EMPAT PULUH DUA
Sudah sebulan lebih aku berada di Korea dan Tuan Kim beritahu aku yang keluarga aku akan datang dalam masa tiga hari dari hari ini. Aku gugup, sangat gugup.Aku perlu berterus-terang kepada mereka semua tentang siapa aku sebelum keluarga aku datang ke sini. Tapi macam mana aku nak berterus-terang kalau aku tak sampai hati lukakan hati mereka semua?Mereka melayani aku terlalu baik terutama Puan dan Tuan Kim. Malah Jong In juga sudah berasa selesa dengan kehadiran aku sebagai kawannya, macam mana aku nak berlaku jujur kepada mereka semua?Tiba-tiba aku mendapat panggilan yang aku tak pasti siapa pemanggilnya. Nombor yang tertera di skrin telefon ini adalah nombor telefon Korea. Aku segera menjawabnya."Hello?" sapa a
더 보기
MLS | EMPAT PULUH TIGA
"Abang kenapa nak hantar Sara ke Korea esok? Kata nak pergi semua sekali lusa?" tanya Puan Zara yang berasa tidak puas hati kerana Nur Sara akan berangkat ke Korea Selatan lebih awal."Abang kena hantar dia dengan Sufian dulu sebab abang tak dapat nak pergi lusa. Kena tangguh dulu sebab ada mesyuarat dekat Perak." jawab Tuan Li dengan nada cuba membuatkan isterinya faham akan kesibukkan kerjanya."Abang macam mana kalau budak tak guna tu buat apa-apa dekat anak saya? Abang nak bertanggungjawab ke?" soal Puan Zara msih tidak berpuas hati."Apa awak merepek ni?" tanya Tuan Li dengan jelingan mata."Eh betullah apa saya kata, anak kesayangan abang tu duduk sana dah nak dekat dua bulan entah apalah yang dia cucuk-cucuk
더 보기
MLS | EMPAT PULUH EMPAT
Kami duduk di meja makan selepas Encik Jung meminta kami duduk. Aku hanya tersenyum kekok, jelas di telinga aku. Aku terdengar dia menyebut nama aku iaitu 'Hara'."Jadi nilah unnie yang Hasanah selalu ceritakan tu?" tanya Encik Jung kepada anak gadisnya itu. Hasanah mengangguk dengan cerianya."Inilah appa, ini pula Kai oppa. Dia pemilik kafe yang Hasanah selalu pergi tu." jawab Hasanah sambil melirik ke arah Jong In."Memang share patner ke atau pun suami isteri?" soal Encik Jung kepada aku dan Jong In. Aku terdiam."Saya bakal suami kepada Cik Sara, jadi memang selalu bersamalah nak uruskan hal perkahwinan kami." terang Jong In dan aku mengangguk dengan kata-katanya itu.
더 보기
MLS | EMPAT PULUH LIMA
Di lapangan terbang antarabangsa Malaysia. Nur Sara, Tuan Li dan juga Puan Zara sedang duduk menunggu Sufian datang ke lapangan terbang itu."Abang ni upah siapa jaga anak saya ni?" tanya Puan Zara yang dari tadi asyik menjeling jam di tangannya."Pekerja sayalah..." jawab Tuan Li acuh tidak acuh."Memang pekerja abang, tapi siapa yang tak tepati masa ni? Macam mana nak jaga Sara kalau waktu macam ni pun tak sampai lagi?" tanya Puan Zara dengan nada tertahan-tahan mahu membebel."Sabarlah, kejap lagi sampailah tu." jawab Tuan Li.Tiba-tiba..."Maaf tuan saya lambat sikit, tadi jalan jem." tegur Sufian yang
더 보기
MLS | EMPAT PULUH ENAM
Aku tersedar dari pengsan aku, aku melirik ke sekeliling wajah Hasanah, Hoseung dan juga Puan Jung menyapa mata aku."Syukur alhamdulillah, Hara dah sedar." ungkap Puan Jung buatkan aku segera bangun dari pembaringan."Saya dekat mana ni?" soal aku kepada Puan Jung."Hara dalam bilik tetamu." terang Puan Jung. Aku mengangguk sedikit lalu tersenyum kekok. Aku melirik ke arah Hasanah.Wajahnya yang memperlihatkan mata bersinar-sinar buatkan aku memandang ke matanya lama. Entah apa yang difikirkan oleh Hasanah, tubuh aku segera dipeluknya dengan erat."Hasanah tak sangka, Hasanah ada kakak." ungkapnya buatkan aku cuba menerima kenyataan itu walaupun sukar. Aku ada
더 보기
MLS | EMPAT PULUH TUJUH
Selesai saja Sufian dan Nur Sara bersarapan pagi, mereka terus bergerak keluar dari bangunan lapangan terbang itu. Akhirnya perut mereka diisi dengan makanan halal yang didapati di sebuah kedai serbaneka.Sufian meninjau keadaan sekelilingnya mencari seseorang yang serupa dengan gambar yang tertera di skrin telefonnya. Nasib baiklah Tuan Li ada hantarkan gambar orang yang akan mengambil mereka di lapangan itu. Jika tidak mereka tidak tahu hendak menuju ke mana kerana kedua-duanya baru saja tiba di Korea Selatan itu.Sufian mengecam seseorang yang sedang memengang sepanduk menulis namanya 'Sufian' dan Sufian menarik perlahan tangan Nur Sara agar mendekati lelaki yang sedang memengang sepanduk itu."Ini Jeong ke?" tanya Sufian. Jeong terus menurunkan sepanduknya.
더 보기
MLS | EMPAT PULUH LAPAN
Malam itu, aku menarik Jong In untuk bercakap sebentar dengannya di luar rumah. Dia hanya menurut dan kami pun melangkah keluar dari rumah."Ada apa Hara?" soalnya tanpa riaksi. Aku rasa kekok apabila dia menyebut nama sebenar aku."Saya ada sesuatu nak bincangkan dengan awak." jawab aku teragak-agak."Apa dia?" soalnya lagi."Hari pertunangan awak dengan Sara akan berlangsung selepas mama dan ayah saya datang kan?" tanya aku kepada Jong In dan belum sempat aku mahu menyambung percakapan aku Jong In mula memotong terlebih dahulu."Apa maksud kau? Bertunang dengan Sara?" soalnya buatkan aku mengerutkan dahi aku.
더 보기
MLS | EMPAT PULUH SEMBILAN
Aku bangun lebih awal harini, entah mengapa aku mahu keluar dari rumah ini untuk seketika waktu bagi menghilangkan rasa yang memberat di dada ni.Sudah 3 hari Nur Sara dan Sufian berada disini. Aku pula dipalaukan oleh Jong In. Dia lebih melayani Nur Sara dengan baik tetapi dengan aku dingin semacam ais batu.Aku mengeluh perlahan lalu mengusap wajah aku dengan perlahan. Aku nak keluarlah bersiar-siar hari ni dengan adik kandung aku. Nur Hasanah Jung. Aku dah pun hantarkan mesej kepadanya mahu berjumpa di sungai Han hari ni.Aku perlukan seseorang untuk aku lupakan semua masalah yang menimpa aku disaat ini. Berat itu tak usahlah cakap, aku baru minta Jong In layani adik aku Nur Sara dengan baik. Dia terlalu marahkan aku sampai dia buat tak endah dengan aku langsung.
더 보기
MLS | LIMA PULUH
Tuan Li dan Puan Zara menuruni kereta yang dipandu oleh Jeong bersama-sama dengan Mak Jah dan juga Tina."Besar juga rumahnya tuan..." tegur Mak Jah sambil meninjau keadaan sekeliling."Assalamualaikum..." laung Tuan Li dari luar pagar. Selang beberapa minit Sufian dan Tuan Kim muncul di muka pintu."Li! Masuklah!" laung Tuan Kim sementara itu Sufian mendekati Tuan Li lalu berjabat tangan dengan majikannya itu."Jemput masuk tuan." kata Sufian dengan mesra sambil mengambil beg pakaian Tuan Li untuk dibawa masuk ke dalam rumah.Puan Zara mengikuti langkah suaminya dan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya seluruh keluarga Tuan Kim sedang berkumpul di
더 보기
이전
123456
DMCA.com Protection Status