Share

bab 2

"MANA pula perginya ni? Aduhai.. Sudahlah kad tu penting ," keluh seorang gadis yang masih lagi menyelongkar isi beg. Habis segala-segalanya dia bawa keluar sehingga katil yang tadinya kemas kini berselerak dengan barang-barang milik gadis manis itu.

Ulahnya itu telah menyentak perasaan rakan sebilik yang baru tiba di unit tersebut. "Sya apa dah jadi ni.. Berselerak dah rupa tongkang pecah!" Sergah si rakan seraya duduk lalu mengenepikan barang yang hampir terjatuh ke dalam semula.

"Aku rasa ada barang aku yang tercicir lar.. Takpun maybe tertinggal..." Omel Sya tanpa menoleh belakang kerana di masa itu, kepalanya masih lagi menunduk dan jika dilihat dari jauh, kepala Sya seakan masuk ke dalam beg tersebut.

"Sebenarnya kau cari apa, Sya?"

"Barang aku lar.."

"Ya.. Aku tahu tu.. Tapi barang apa??"

"Aku tak pasti barang apa Laila.." terang Sya yang segan untuk memberitahu apakah barang tersebut. Namun, jauh disudut hati Laila, dia seakan dapat meneka. Tanpa mahu membuang masa lagi, Laila terus menyelak setiap halaman pada buku-buku yang ada atas tilam.

Sebagai kawan, Laila akan sedaya-upaya menjaga hati rakannya itu, Cinta Alisya. Apa yang telah terjadi pada Cinta Alisya, itu bukan dari kehendaknya tetapi dari keizinan Allah Swt. Laila tersenyum sambil menarik keluar kad pendua dari dalam laci miliknya.

"Cinta.." Seru Laila lalu mengangkat kad yang telah pun berada ditangannya. "Ya Allah Laila! Mana kau jumpa? soal  Cinta Alisya selajur kad telah bertukar tangan.

"Adala.." Sahut Laila terus menapak ke arah dapur meninggalkan Cinta Alisya yang masih diserang persoalan.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status