Share

MY ¦ 41

Adam berdiri di luar bangunan hospital. Sebelum melangkah masuk sempat lagi dia menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin. Kini, dia sudah bergelar seorang suami dalam waktu yang sama bergelar seorang tunang. Bagaimana dia mahu hadapi semua itu dengan perasaan yang tenang?

Tanpa membuang masa, akhirnya dia melangkah masuk ke dalam hospital. Segera gerak kaki membawanya ke arah kaunter mahu bertanya di mana wad yang menempatkan Aisha Hana. Setelah mendapat tahu di mana keberadaan tunangnya, pantas dia bergerak ke sana.

Pintu wad cuba diketuk sebelum dibuka perlahan. Kelibat beberapa orang pesakit lain menyapa matanya sebelum kelibat Aisha sedang duduk termenung menyapa mata. Senyuman cuba dia ukirkan semanis yang mampu agar tiada riak kelat terpancar di wajahnya.

"Assalamualaikum."

Aisha menoleh lantas tersenyum mesra. Di hujung matanya sedang berkaca, tunggu waktu saja mutiara jernih itu mahu mengalir deras ke pipinya.

Adam berjalan ke arah katil pesakit Aish
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status