Share

MY ¦ 47

Selesai makan malam, Imna segera bangun dari kerusi hendak mengemas meja makan. Belum sempat tangannya hendak mengapai pinggan mangkuk. Tangan Adam terlebih dahulu menggenggam pengelangan tangannya.

"Biar saya yang buat," ujar Adam.

"Buat apa?" Kening Imna bertaut. Saat itu, tanpa segan silu Adam bangun dan terus menguncup bibir Imna sekilas lalu. Tergamam Imna dibuatnya. Makin berani lelaki itu melakukan aksi curi begitu.

"Kemas semua, sekali dengan nasi yang terlekat dekat bibir awak tadi." Selamba saja Adam berbicara tanpa memandang wajah merah tomato Imna. Pantas juga dia melepaskan tangan gadis itu dan mengapai pinggan mangkuk di atas meja.

"Pergilah rehat." Adam menjuih bibir ke arah sofa. Menyuruh gadis itu berehat dan tidak perlu membantunya di dapur.

"Takkan awak nak kemas sendiri? Awak kan lagi penat ke sana sini urus macam-macam hal hari ni?" Imna tidak mahu dianggap pemalas walaupun hanya mereka berdua di rumah dan Adam sendiri yang menyuruh dia berehat. Walhal dia tidakla
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status