Share

MY ¦ 52

Telefon bimbit yang berada di tangan Adam segera Imna rampas. Jelingan maut dilemparkan kepada lelaki itu sebelum dia memeriksa data panggilan yang ada.

"Wooyoung? Kenapa dia telefon saya? Dia nak apa?" Pandangan Imna memandang tepat ke anak mata Adam. Dia tidak tahu mengapa Adam harus mengangkat panggilan itu, sengaja mahu membuatkan mereka kantoi lebih awal atau apa?

"Tak tahu." Adam mengangkat bahu sambil melarikan pandangannya. Bibirnya dikemam tatkala tangan masuk ke dalam poket seluar.

Imna hanya memandang Adam dengan kerutan di dahi. Saat itu, Adam berdiri dan cuba mendekat dengan Imna. Tidak semena-mena punggung gadis itu terhenyak di atas katil pula kerana terkejut dengan kelakuan Adam. Bahkan, Adam sengaja mengunci pergerakkan Imna dengan meletakkan kedua-dua tangannya ke sisi Imna.

"Cepat siap, saya hantar awak pergi kolej. Ke awak nak bercuti lagi dan dapat layanan istimewa daripada suami awak yang kacak ni?" Sungguh lembut dan romantis suara Ada
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status