Share

MY ¦ 42

Imna melangkah masuk ke dalam rumah. Selepas pintu ditutup rapat, laju saja dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Rindunya dia pada katil bujang kesayangan yang sudah hampir sebulan dia tinggalkan. Kini, dia sudah kembali semula untuk menempel pada katilnya.

"I'm coming home... Erm Home sweet home. Ah..." Omel Imna sendirian. Dia terlupa seketika yang dia sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang suami. Sebaik saja dia melihat katil kesayangan, terus dia merasakan dirinya bujang seperti sebelum ini.

Tubuhnya merebah di atas katil untuk bergolek seperti anak kecil.

"Rindunya lahai..."

Sesaat kemudian, matanya menangkap cincin di tangan. Terus dia mengangkat jari jemarinya tinggi ke udara sambil mata fokus pada cincin yang menjadi bukti ikatan sah dia dan Adam.

"Aaaa..." Kaki yang awalnya elok saja melunjur, kini dia angkat dan menyepak-nyepak katil sendiri.

"Gilalah..." Perasaan teruja mula menjalar di segenap ruang hati. Tidak pernah dia terfikir aka
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status