All Chapters of CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA): Chapter 21 - Chapter 30
35 Chapters
BAB 21
HUJUNG minggu begini, sudah menjadi kebiasaan ASP Jimmy untuk berada di pusat gimnasium. Si jejaka menjadikan aktiviti tersebut sebagai rutin harian semata-mata ingin memastikan tubuhnya sentiasa sihat dan sasa.Pagi ini, suasana di gimnasium agak berbeza bila dia ditemani Ahmad yang buat pertama kalinya masuk ke pusat itu. ASP Jimmy beria-ia mengajak Ahmad bersamanya untuk menjalankan agenda yang dirancang.“Kalau kau nak aku layan kau baik-baik, engkau ceritakan dekat aku pasal Ahmad.”Terngiang-ngiang ungkapan kata Thufaila berbaur harapan. Kerana ujaran itu, ASP Jimmy menceritakan perihal Ahmad kepadanya. Setelah itu, mereka merancang sesuatu untuk memastikan Ahmad memberi kerjasama dan berterus terang tentang kes dua puluh tahun lalu agar kerja ASP Jimmy untuk menumpaskan dalang di sebalik kes Razlan Ishak menjadi lebih mudah.Jauh di sudut hati, ASP Jimmy agak cemburu apabila Thufaila sanggup lakukan hal itu kerana Ahmad
Read more
BAB 22
THUFAILA mengira stok pakaian yang tersimpan di dalam beberapa bekas bersaiz besar. Setelah memerhatikan semua stok yang tinggal, nafas berat dihela.“Banyak lagi stok lama yang tinggal. Macam mana aku nak beli design baru kalau stok lama pun tak habis.” Kepala dipicit perlahan. Kepala tergeleng-geleng memikirkan perniagaan semakin lama semakin merundum. Bulan ini saja, jualan bajunya tidak sampai sepuluh helai. Perniagaan pakaian sepertinya banyak saingan. Dia perlu sedar bahawa dalam perniagaan akan ada pasang surutnya.Apa yang harus dia lakukan demi menambah pendapatannya? Perlukah dia menjalankan promosi untuk melariskan stok lama yang masih tinggal?Buntu menguasai diri. Kepala disandarkan pada kerusi. Mata dipejam rapat cuba memikirkan idea untuk mengembangkan perniagaannya.“Aku mesti minta seseorang promote perniagaan aku. Kena cari orang yang pandai market baju-baju ni.” Dia ber
Read more
BAB 23
“MAAFKAN saya, sayang … kalau saya jawab panggilan awak tentu awak masih hidup. Saya jahat sebab buat awak tertunggu-tunggu panggilan dari saya. Kenapa saya sibuk pentingkan diri sampai hati awak tak terjaga? Kalau saya tak merajuk dengan awak mesti semua ini tak berlaku. Saya ni memang lelaki tak guna yang sibuk memikirkan hal kerja sampai lupa nak menjaga hati dan perasaan tunang saya.” Sarjan Munir menitiskan air mata pilu di hadapan kubur arwah isterinya. Dia meratapi pemergian wanita yang dia cintai. Dia langsung tidak hiraukan orang sekeliling yang sudah memandang ke arahnya.ASP Jimmy dan beberapa anggota polis yang menziarahi pusara isterinya, turut bersedih dan bersimpati."Sarjan, sabar sarjan. Isteri sarjan dah tenang di sana. Tugas kita, mendoakan arwah di sana." Tangan ASP Jimmy mengusap lembut bahu Sarjan Munir yang sudah menunduk sedih di pusara."Saya yang bunuh isteri saya. Kalau saya jawab panggi
Read more
BAB 24
INSPEKTOR Keith merenung lama wajah teman wanitanya. Bibir diketap rapat, tangan bercekak pinggang. Entah mengapa dia merasa sangat marah bila dipaksa untuk ke upacara pengebumian hari ini. “You tahukan yang I kerja hari ni? Sepatutnya you tak perlu paksa I untuk temankan you. Yang mati bukannya kawan I, tapi kawan you.” Suaranya menengking kasar. Keluar saja dari gereja, lelaki itu terus menghambur kemarahan. Wajah gadis bertubuh genit itu direnung dalam-dalam. “Tergamaknya you cakap macam tu? I ajak you pergi gereja ni bukan sebab suka-suka tau? I ajak you teman I sebab I rasa tak kuat kalau I pergi sorang.” Dada bidang Inspektor Keith dipukul sekuat hati. Emosinya semakin tidak stabil melihat kemarahan gadis di depannya. “Entahlah, sepatutnya kita berdua tak payah pergi pun majlis ni. Buang masa!” suaranya semakin meninggi. “Apa yang buang masanya? Ini penghormatan terakhir untuk dia.” Tergeleng-geleng kepala si gadis meli
Read more
BAB 25
THUFAILA mengeluh berat. Geram di hati bila Athuf tiba-tiba membatalkan janji untuk menemaninya ke rumah Pak Jabir. Orang dah pesan suruh balik rumah untuk hadir kenduri kesyukuran Pak Jabir yang akan mengerjakan umrah bulan depan, boleh pula dia tak balik. Lain kali, kalau tak balik cakaplah awal-awal. Tak payahlah nak beri harapan palsu, buat orang tertunggu-tunggu. "Kalau kau balik rumah minggu depan, siaplah kau Athuf!" Tangan mengepal penumbuk. Marah membuak-buak terkenangkan si adik yang suka sangat mungkir janji. Aku cungkil anak tekak dia tu, baru tahu! suka sangat bagi harapan palsu. "Faila? kenapa cakap sorang sorang," jerkahan seseorang mengejutkan Thufaila dari ngomelan. Segera, dia menoleh memandang suara yang menegurnya. "Eh, Ahmad. Awak keluar ke tadi?" Terbeliak biji mata melihat Ahmad. Tidak perasan pula Ahmad rupanya ada di kawasan parkir rumahnya. "Haah, saya pergi beli barang dapur sik
Read more
BAB 26
THUFAILA menarik selimut menutupi muka. Dia masih tidak boleh melupakan Ahmad. Masih terngiang-ngiang wajah Ahmad yang tampak takut melihat wajah Pak Jabir. Pelbagai persoalan mula menerjah jiwa. Pelbagai pertanyaan yang ingin diajukan kepada Ahmad, tetapi dia yakin bahawa lelaki itu tak akan memberitahu segala rahsia kepadanya. Apakah yang telah Pak Jabir lakukan sehingga Ahmad ketakutan tatkala bersua dengannya? Jika dibicarakan tentang pembunuh yang membunuh ahli keluarga Ahmad, setahunya pembunuh itu telah ditangkap dan mendapat hukuman gantung. Penjenayah itu juga sudah lama meninggal dunia. Jika Pak Jabir antara manusia yang sedarah dan sedaging dengan Ahmad, tidak mungkin pula dia tidak mengenali Ahmad? Argh, persoalan itu memeningkan kepalanya.  Perlukah dia bertanyakan hal itu kepada Jimmy untuk memastikan segala persoalan itu temui jawapannya? Perlukah dia menceritakan hal Ahmad dan Pak Jabir kepada lelaki itu?
Read more
BAB 27
MATA melilau memandang sekeliling. Tangan diangkat mendekati wajah. Terasa bahagian kepalanya dibaluti sesuatu. Pantas, jemari menyentuh dahi. Ahmad terkejut bila kepalanya dibaluti dengan kain anduh. Terfikir, siapakah yang membalut kain pada kepalanya. Sesekali, liur ditelan likat. Apa yang berlaku? Kepala aku luka ke? Bisik hatinya perlahan. Dia tidak ingat, apa yang berlaku kepadanya semalam ketika berada di rumah. Selepas terjumpa Pak Jabir dan bertikam lidah bersama Thufaila, dia sudah terlupa apa yang berlaku terhadap dirinya. Mungkin kerana kemarahannya semalam menguasai tubuh dan mindanya.  Seketika, Ahmad berjeda.  Ahmad cuba muhasabah diri sendiri terkenangkan hal semalam. Pagi ini, dia merasa lebih tenang berbanding semalam. Dia dapat mengawal emosi dan minda dari terus marahkan orang tua itu. "Ahmad... Kawal emosi. Teringatkan orang tua tu tak apa, tapi jangan jadi syaitan sampai
Read more
BAB 28
BERLARI-lari Athuf menuju ke arah Thufaila yang sibuk membalas mesej dari para pelanggan yang berduyun-duyun masuk. Sampai tidak menang tangan dibuatnya.  Jumlah pelanggan naik mendadak tanpa Thufaila tahu puncanya. Sejak pagi tadi, dia dikejutkan dengan mesej dari aplikasi Shop dan juga f*. Ini namanya rezeki yang diturunkan dari Tuhan buatnya. Dia perlu hargai rezeki itu sebaik mungkin. Customer always right.  Dia perlu melayan mereka sebaik mungkin dan memberi servis terbaik supaya sentiasa dipercayai. "Kau dah kenapa lari-lari macam nampak hantu?" Kepala segera ditoleh memandang Athuf. Si adik berlari punyalah laju sampai termengah-mengah menggali nafasnya sendiri. Dari hujung mata, Thufaila memerhati sekilas. "Akak tahu tak sebab apa dari pagi mesej tak henti-henti masuk untuk beli baju jualan akak?" Soalnya sambil mata membulat. Setelah menyudah bicara, na
Read more
BAB 29
TANGAN berdarah-darah. Bajunya pula dipenuhi darah kering yang tersisa dan melekit. Inspektor Keith tergamam melihat keadaannya sendiri. Terkejut bukan kepalang. "Keee kenapa ni?" Kepala yang terasa pening sejak semalam terus dipicit. Tidak dapat mengimbas kembali ingatannya tentang semalam. Mindanya bagaikan kosong, tidak mampu mengingat beberapa perkara yang berlaku semalam. Apakah yang tak kena dengan dirinya? "Argh, keee kenapa jadi macam ni? Aku bunuh siapa?" Sumpah, dia tidak mengerti apa yang berlaku. Tergeleng-geleng kepala memerhatikan tubuh sendiri. Kepala diketuk-ketuk berulang kali cuba memikirkan hal apa yang terjadi semalam. Tetapi, minda tidak dapat memproses apa-apa hal lain selepas makan malam. Setahunya, lepas bersua teman wanitanya dia pulang ke rumah memandangkan emosinya tidak stabil selepas mereka bergaduh. Rasanya dia tiada ke tempat lain. "Argh, aku tak ingat aku tak
Read more
BAB 30
"TUAN, saya nak cakap sesuatu. Tapi benda ni agak mengejutkan dan saya harap pihak tuan dapat menerima berita ni dengan baik." Mendengar bicara dari Akhbar yang merupakan pakar kanan siasatan jenayah, hati ASP Jimmy diserang debaran. Direnung wajah lelaki lewat 30an itu sedalam mungkin. Cuba memasang telinga dengan baik."Kami dah dapatkan akses telefon mangsa. Dan orang terakhir menghubungi mangsa, teman lelakinya sendiri. Mangsa telah pun dihantar ke unit patologi untuk dibedah siasat lebih lanjut. Kami akan bedah siasat mangsa, dan pastikan bukti-bukti yang lain akan dikumpul secepat mungkin. Saya rasa, pembunuh dalam kes Rubeyla Jessica dan Fiona orang yang sama."Lelaki itu menyudahkan kata dengan nafas yang dihela dalam-dalam. Ditatap wajah ASP Jimmy yang sudah tayang riak serius. Pakai rasa-rasa pula. "Teman lelaki mangsa? Siapa namanya?" Mata terkebil-kebil. Bibir terasa berat ingin bertanya. Mendengar pertanyaan ASP J
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status