All Chapters of CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA): Chapter 11 - Chapter 20
35 Chapters
BAB 11
“AKU masih tertanya-tanya tentang hal hari itu.” ASP Jimmy yang baru saja menongkat motosikal terus bertanya hairan.Baru saja pulang dari tempat kerja, dia sudah datang menyinggah ke rumah Ahmad semata-mata ingin mencari jawapan.“Hal apa pula ni?” Ahmad yang baru membuka pintu terus tayang wajah hairan. Dia terpinga-pinga buat seketika.“Macam mana kau boleh tahu ada budak dalam kereta tu? Engkau siap tahu lagi lelaki dalam kereta tu ada simpan senjata.” ASP Jimmy menyilang kaki saat melabuhkan punggung di atas motor. Ahmad yang bersandar di pagar mencemik bibir.“Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Aku takut engkau tak percayakan aku.” Ahmad menjongket bahu. Ahmad tak mahu bercerita lebih lanjut kerana dia yakin bahawa insan bernama Jimmy tidak percayakannya.“Aku yakin yang aku akan percayakan engkau.” ASP Jimmy berbicara tenang dalam senyuman.“Be
Read more
BAB 12
ASP JIMMY tercengang melihat Pak Jabir tersandar pada bahagian pokok rambutan. Sepasang mata ASP Jimmy dapat melihat tubuh lelaki tua itu ditolak kasar tanpa belas dan kasihan.Mengapa mereka melakukan hal sedemikian terhadap Pak Jabir.ASP Jimmy yang baru saja keluar dari rumah, terus memerhatikan lelaki itu dari jarak jauh. Tanpa melengahkan masa, si jejaka berjalan kaki untuk melintasi seberang jalan. Dia mahu mengetahui hal yang sebenar.Mata melingas memandang sekeliling. Nyata, mereka tidak menyedari kehadirannya.Setapak demi setapak ASP Jimmy melangkah. Sepasang matanya dapat melihat tubuh lelaki tua itu menjadi mangsa pukulan bertubi-tubi.ASP Jimmy tidak menyergah kerana mahu perhatikan apa yang berlaku di sebalik kejadian itu. Sepantas kilat, dia bersembunyi di belakang pohonan rendang.Aku nak hutang kau langsai! kalau kau tak nak kena pukul macam hari ni …Ugutan itu cukup jelas berdeng
Read more
BAB 13
SEGALA jenis maklumat di papan putih diperhati satu per satu. ASP Jimmy memerhati gambar Razlan Ishak dan beberapa mangsa yang menjadi mangsa pembunuh bersiri itu. Inspektor Keith dan Sarjan Munir yang berdiri di sebelah turut memerhatikan papan putih tersebut. Sedari tadi, mereka mendengar maklumat terperinci tentang Razlan Ishak sebelum meneruskan tugas untuk menyoal siasat suspek utama dalam kes yang sedang diuruskan olehnya. “Keith … saya nak awak minta IP address dekat pekerja bahagian siber. Saya nak tahu dengan siapa Razlan Ishak hubungi sekitar beberapa tahun yang lepas sehingga tahun ni. Saya nak awak siasat nombor telefon yang berdaftar di bawah nama dia,” arah ASP Jimmy sepatah-sepatah bersama kerut di dahi. “Tuan yakin ke kita akan tangkap dalang sebenar kalau kita buat semua ni?” soal Inspektor Keith sedikit ragu. ASP Jimmy mengangguk-angguk kepalanya sambil tangan sudah mencekak pinggang. “Saya nak soal siasat semua ken
Read more
BAB 14
BULU tengkuk Ahmad semerta meremang. “Engkau yakin ke nak suruh aku pergi club tu?” Biji matanya membuntang besar mendengar arahan yang baru disampaikan kepadanya. Cuba menggali nafas sedalamnya dan menyoal dengan nada tersekat-sekat. ASP Jimmy mengangguk yakin. “Aku cuma nak kau perhatikan dekat mana mereka sembunyikan pelacur dan di mana bilik mereka proses dadah. Berdasarkan maklumat undercover, mereka lakukan banyak aktiviti haram dekat dalam tu. Ada bilik kawalan dan rahsia yang tersembunyi.” ASP Jimmy menjelaskan strategi yang telah dirancang sejak awal. Ahmad pegun tidak memberi sebarang reaksi. “Kenapa aku yang perlu pergi? Bukan ke pihak polis yang perlu pecah masuk dan cari bahan bukti?” sejenak, Ahmad menggigit bibir bawah. Dia bertanya ingin tahu. “Ini tugas kau yang pertama. Ikutkan, semua hal yang melibatkan jenayah aku boleh je siasat sendiri. Tapi, aku sengaja buat macam ni sebab aku
Read more
BAB 15
ASP JIMMY berdiri di hadapan pagar rumah Ahmad. Dia mahu memohon maaf sebelum malam menjelma. Ahmad langsung tidak menghubunginya dan bertanyakan hal misi untuk malam ini. Risau jika Ahmad tidak mahu menyertainya untuk memerhatikan kawasan kelab malam tersebut. “Kau datang lagi rumah Ahmad? Kau ni memang tak ada life ke? Pagi petang asyik pergi rumah orang je.” Thufaila menyapanya di sebalik tembok penghadang. Tangan disandar pada jeruji. ASP Jimmy tersentak. Kepala terus dihalakan memandang Thufaila. Uish, dia tegur aku? Biar betul. Terpinga-pinga Jimmy bila Thufaila yang mulakan perbualan bersamanya. “Ya, aku datang nak minta maaf.” ASP Jimmy menjawab ringkas walaupunsuara Thufaila jelas menyinis. Lambat-lambat dia menghala wajah menghadap Thufaila. “Minta maaf? Kau gaduh dengan dia?” Terjongket kening Thufaila. Hairan mendengar jawapan si jejaka. “Tak.” Sisi kepala digaru. Pelik bila Thufaila terlihat mesra.
Read more
BAB 16
BERDEBAR-DEBAR. Nafas dihembus lantas dilepaskan semula.Bunyi rancak disko bergema di segenap ruang. Ahmad memerhati setiap sudut dalam keadaan gelisah. Ahmad takut misi bersama ASP Jimmy gagal.Ini misi pertamanya, Ahmad takut dia tersalah langkah dan takut jika kesalahannya mampu mengorbankan nyawa seseorang.“Perhatikan setiap dinding. Engkau perlu beramah mesra dengan orang-orang dalam tu. Kau pura-pura ke tandas dan pastikan reaksi kau tu tak nampak gugup masuk ke tempat tu. Just enjoy you self.”Pesanan ASP Jimmy diingat satu per satu. Sambil berfikir, matanya sempat meliar ke arah para pengunjung yang asyik mengangguk-angguk kepala. Menghayati muzik yang berkumandang.Ini kali pertama dia masuk ke dalam kelab malam. Telinganya agak bingit mendengar bunyi muzik yang tidak kena dengan jiwa. Macam nak pecah gegendang telinga bila bunyi muzik terlalu kuat menyapa telinga. Mata pula terasa pedih kerana cahay
Read more
BAB 17
“THUFFAHUN!” Mendengar suara ASP Jimmy memanggilnya, Thufaila hentikan langkah. Kening dijongket tinggi.Aku dah agak, dia tak akan tunaikan janji untuk jauhkan diri dari aku. Ergh, dia nak apa datang rumah aku pagi-pagi ni? Kalau nak ke tempat kerja, pergi sajalah.“Apahal datang rumah aku? Kata nak menjauh dari hidup aku?” Thufaila buat rolling eyes. Langkahnya diatur menghampiri Jimmy yang sudah tersengih-sengih tayang gigi putihnya.“Kali ni aku tak boleh menjauh. Sebab aku perlukan bantuan kau.” Mata sebelah kanan dikenyit.“Aku ni tengok muka kau pun aku menyampah, apa entah lagi nak bantu kau.” Thufaila naik rimas setiap kali ASP Jimmy muncul.Cakap tak serupa bikin. Konon nak menjauh, tapi masih muncul depan rumah orang. Dasar muka tak tahu malu. Muka tembok.“Aku terdesak ni.” ASP Jimmy memuncung bibir macam cencorot. Hanya Thufaila saja yang dapat
Read more
BAB 18
 TERCENGANG Inspektor Mastura saat sebuah kereta Toyota Yaris berwarna merah berhenti di pinggir jalan, tempat dia menunggu teksi. Matanya terus dihalakan ke arah kereta tersebut.“Macam kenal.” Dia melirik perlahan. Lama dia memerhati sehingga pemilik kereta itu keluar dan berdiri di depan keretanya.“Tuan Jimmy. Alamak, malunya aku.” Inspektor Mastura pura-pura tidak nampak susuk tubuh itu sudah merenung ke arahnya. Kepala ditunduk ke bawah.“Mastura … awak tak payah nak tunduk-tundukkan wajah awak tu sampai boleh terjunam kat tanahlah.” Suara lelaki berpakaian seragam polis itu melaung sedikit kuat sehingga ada mata-mata yang memerhati. Merona merah wajah Inspektor Mastura mendengar ujaran itu.Kalau ia pun nak tegur, tak payahlah berteriak macam nak panggil penjenayah.“Inspektor Mastura.” Laungan suara ASP Jimmy semakin kuat bila si gadis pura
Read more
BAB 19
AHMAD memerhati riak wajah Athuf yang menyengih menatap wajahnya. Athuf berdiri sambil tangan sibuk menggenggam jeruji. Hairan melihat lelaki yang lelakI menatapnya sejak beberapa hari lepas, tetapi tidak berkata-kata melainkan dia menyebut nama Bima Sakti. Selepas nama itu terungkap di bibir, lelaki usia awal dua puluhan itu terus berlari masuk ke dalam rumah.“Adik Faila ke?”Kerana perasaan sangsi menyusup masuk ke dalam jiwa, Ahmad mulakan perbualan bersama Athuf. Dia menapak lebih dekat menghampiri Athuf.“Encik kenal saya?” Athuf mengangguk. Matanya tidak berkelip memandang Ahmad yang tayang wajah musykil.“Bima sakti…” nama itu terungkap lagi di bibirnya. Senyuman melebar dihadiahkan kepada Ahmad. Riak wajah Athuf jelas teruja memerhatikan si jejaka.“Saya Ahmad.” Si jejaka memperkenalkan diri. Dahi berkerunyut.“Ahmad dan Bima Sakti orang yang sama, kan?&rd
Read more
BAB 20
PAK JABIR duduk termenung di kawasan pekarangan rumahnya. Sesekali, nafas dihembus dan dilepaskan. Mata meliar memandang sekeliling kawasan rumahnya. ASP Jimmy yang baru pulang dari pusat gimnasium terkesima melihat gerak-geri Pak Jabir. Seketika, kepala digaru-garu.“Pak Jabir cari apa tu?”Dari kejauhan, dia bertanya. Tapak tangan diletak tepi bibir ketika melaung kuat. Mendengar suara si pemuda dari seberang jalan, Pak Jabir pasungkan pandangan ke arahnya.Riak muka Pak Jabir jelas kusut seperti mencari sesuatu. Tanpa membuang masa, lelaki separuh abad itu menuju ke arah ASP Jimmy.“Kucing Pak Jabir hilang. Dah seharian dia tak balik rumah,” suaranya mengongoi sedih. Masih memikirkan nasib kucingnya di luar rumah.“Oh, hilang ke mana pula? Pak Jabir dah cari dia dekat seluruh kawasan rumah ke?”Pak Jabir mengangguk. Air mukanya mendung bagaikan awan gelap.Kasihan pula ASP Jimmy
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status