Share

04: BAB EMPAT

Dia berdecit kecil mencuri perhatianku. "So, kau nak mati sebab kau dah tak ada sesiapa? That's it?" soalnya tiba-tiba membuatkan aku terkedu dengan soalannya. Nadanya kedengaran seperti memerliku. Apa maksudnya menyoal aku begitu?

Aku dengar dia ketawa kecil.

"That's pathetic," ujarnya pendek membuatkan aku tergamam, seakan terkena satu tamparan ke wajahku.

Kalau sebelum ni aku tak kisah apa yang orang mahu kata tapi saat ini, bila dia sebut perkataan itu— it hurts.

Why?

"What did you say?" soalku tidak percaya, dia memandangku tanpa riak gentar, riaknya kosong seakan tiada salah apa denganku.

"What? Am I wrong?" soalnya lagi, kali ini dia melangkah satu langkah mendekati aku. Wajahnya seakan mencabar kesabaran aku.

Aku mengetap bibirku rapat, did he just call me pathetic?

"You don't know what I've been through! How could you called me that?" balasku kasar, tanganku genggam kuat lagi, rasa marah membuak-buak. Aku perasan matanya turun melihat tanganku.

Dia mengangguk kecil ke arah tanganku dan tersenyum tawar. "Hurting yourself again, huh?" ujarnya dan saat itu aku lepaskan genggaman tanganku. Terasa cecair mengalir di tapak tangan dan kuku.

"Bila kau cerita semuanya, aku fikir kau kuat tapi aku salah. Semua tanggapan aku salah bila kau buat keputusan untuk mati," ujarnya lagi membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

Tiba-tiba dia menyentuh lenganku membuatkan aku tersentak sesaat. Dia tarik lenganku ke arahnya, tapak tanganku dilihat dengan riak yang penat.

"Let me tell you something, Imanina Urwa." Riakku berubah kelat saat dia menyebut nama penuhku. I hate my name.

"You're beautiful, I can't lie that. Kau kuat, lagi kuat daripada yang kau sangka. Kau selamat sampai ke hari ini selepas bertahun lamanya kau berlawan dengan kejahatan diri sendiri. You should be proud of that. Who cares if the whole world know the broken you in the past? It's the past. You can't change that. Nobody can. What you need to do is move on. And i know it is not that easy, as you say, you have nobody. But you can always go for counselling—"

"And tell what? Tell them everything i did in my daily day? Tell them that i hurt myself every single time? Tell them that i hate myself? Even my own name? And then what? You think I'll be better again? You see, I'm already damaged. I can't be fixed anymore." ujarku dengan nada yang semakin kecil.

Dia menggeleng kecil.

Kedua-dua belah lenganku dipegangnya. "You have me. For fuck's sake Urwa, you have me now. So why don't you let me help you to be strong again?" balasnya kasar. Aku tergamam di depannya, kata-katanya bagaikan peluru dari kereta kebal.

Menembak tepat ke dadaku.

"What?"

Dia mengeluh kecil. Matanya dipejam sekilas dan dia memandang wajahku semula.

"Fuck. Do you really want me to say those words again?" soalnya tidak percaya, aku terkebil-kebil di depannya. Masih keliru dengan apa yang dia cuba sampaikan. Apa maksudnya?

"Fuck, fine. I'll say those fucking cliche words to you again. Imanina Urwa. Let me be there to help you be strong again. Aku tak nak kau mati sia-sia sebab kau fikir kau tak ada sesiapa dalam dunia ni. What a fucking nonsense is that? Now, you have me. Now you have a reason to stay alive. Selepas apa yang kau dah lalui? I won't let you die easily,"

Wow.

Yes, a big wow actually.

"Fuck, I did not just say that." gumam lelaki itu dengan nada yang tidak percaya. Dia lepaskan tanganku dan usap rambutnya sekilas.

Tanpa sedar bibirku melebar, wait!! Aku senyum? No way! Aku senyum!!

It's been a long time since i smile—

Aku lihat wajah lelaki itu yang masih merungut dengan apa yang dia katakan tadi. Senyuman aku semakin lebar, dia memandang wajahku dan terkedu. Matanya berkelip-kelip banyak kali.

"Fuck, you smile? Like— did you actually smile at me right now?" soalnya dengan riak tidak percaya. Aku ketawa kecil, tanpa sedar aku mendekatinya dan memeluk tubuhnya.

Entah kenapa, kata-kata dia buatkan aku rasa semangat dan gembira. Aku suka dengar kata-kata dia. It makes me happy.

"Thank you," bisikku kecil. Dia kaku di peluk olehku namun aku tidak kisah. Sudah lama aku tak peluk orang, dan aku betul-betul perlukan pelukkan sekarang ni.

Tidak menunggu lama, aku rasa sebelah tangannya memeluk pinggangku lembut. "So, you don't want to die anymore?" soalnya lembut. Aku lepaskan pelukkan dan memandang wajahnya semula.

"I don't know. But right now, i feel happy. I can't remember when the last time i smile or even feel like this but i feel really happy right now. Thank you!" ujarku lagi.

~ ~ ~

Jam sudah menunjukkan 7 malam, sudah 10 jam dia pergi tinggalkan aku di sini. Aku baru ingat, aku ta pernah tanya nama lelaki itu. Sekarang dia pergi membuat kerjanya dan dia suruh aku tunggu sampai dia datang balik.

Aku bosan. Aku perlukan laptop aku. Ada beberapa ayat yang bermain di fikiranku dan aku mahu menulisnya. Aku bangun dari sofa dan mula berjalan ke arah sebuah meja yang bersih. Di atasnya ada sebuah laptop, beberapa file yang disusun kemas di atas rak sebelah meja.

Aku duduk di atas kerusi itu, aku lihat ada beberapa batang pensel dan pen di dalam sebuah bekas berbentuk silinder. Aku ambil sebatang pen berwarna merah.

Kertas kosong di sebelah laptop aku ambil untuk menulis.

Your eyes are not very bright.

It has lost a ray of light.

Your smile,

It is the most perfect style.

Very elegant and real—

Aku tersenyum kecil melihat ayat di atas kertas itu. Aku memejam mata sekilas, masih segar kata-kata semangat yang lelaki itu berikan—

"That's beautiful words, you know." ujar satu suara dari belakang, lantas itu aku buka mataku laju dan menoleh melihat dia, berdiri di belakang aku sambil membuka zip jaketnya.

Mask dan topi sudah dibuka memaparkan wajah kacaknya lagi. Dia ambil kertas yang aku tulis tadi, anak matanya berlari mengejar huruf-huruf di atas kertas itu.

"You're good with words. I noticed that this morning when i saw words with blood on the wall." ujarnya lagi kali ini anak matanya jatuh pada wajah aku.

Aku menoleh ke arah lain dan berdiri dari kerusi. Aku berdehem sekilas menghilangkan kekok, aku tak selesa nak bercakap tentang ayat dan perkataan yang aku tulis dengan dia.

"You're here," kataku senada, aku lihat dia melipat kertas itu dan selitkan ke dalam sebuah buku di rak. Dia memandang aku atas bawah sebelum mengangguk ke arah meja di depan TV.

"Aku beli makanan. Pergi makan, aku nak mandi kejap." ujarnya usai itu berlalu pergi masuk ke dalam bilik mandinya. Tidak berkata banyak aku berlalu duduk di sofa sambil melihat satu bungkus makanan.

Aku ambil bungkusan itu, aku buka dan lihat ada nasi goreng ayam di dalamnya. Perut mula berbunyi, tidak membuang masa aku mula makan nasi goreng itu dengan lahapnya.

Beberapa minit kemudian, aku siap makan. Rasa dahaga mula hadir, aku bangun dari sofa dan berlalu ke bahagian dapur. Ada peti, singki, kabinet dan dapur api untuk memasak sesuatu. This is perfect.

Aku buka peti sejuk itu, air kosong di dalam botol aku keluarkan. Aku ambil gelas dan mula menuang air kosong di dalam botol itu ke dalam gelas.

Aku masukkan semula botol ke dalam peti, aku meneguk air kosong di dalam gelas itu dan dalam masa yang sama aku dengar bunyi pintu tandas dibuka.

Aku tahu dia sudah siap mandi, aku habiskan air di dalam gelas namun saat aku tersedar ada kelibat berdiri di belakang aku, terkejut dengan kehadirannya membuatkan aku tersedak teruk.

Air terkeluar dari hidung, aku terbatuk-batuk menahan sakit di dada dan hidung. Pedih yang amat! Aku letak gelas di dalam singki—

"Damn, kau okay tak ni?" soalnya dengan riak yang risau, aku mengangguk kecil. Baju habis basah terkena air, aku picit hidungku yang masih terasa pedih itu.

Mata berair aku pejam beberapa kali, pedih betul hidung ni.

"Minum air tu elok-elok. Nasib baik tak mati tadi," ujarnya lagi membuahkan jelingan maut daripada aku. Aku menepis tangannya yang menyentuh bahu aku.

"Salah kau la! Kenapa muncul mengejut macam tu?" Marah aku dengan riak tidak puas hati. Seketika aku sedar dia hanya berseluar pendek paras lutut di depanku.

Badan sasanya terpampang menawan di depan aku bersama tuala putih di lehernya untuk mengeringkan rambutnya yang masih basah.

Oh my, he's sexy and hot.

"Sorry. Kau okay tak ni?" ujarnya lembut, aku berganjak menjauhinya. Risau ada benda lain pula yang jadi nanti.

Aku mengangguk kecil dan berlalu ke sofa tadi semula. Aku dengar dia ikut aku ke ruang tamu juga. Dia duduk di sebelah aku namun laju aku berdiri dan berganjak sekaki jauh darinya. Dia mengerutkan dahi melihat tindakan aku.

"Kau ni dah kenapa? Buang tebiat ke?" soalnya dengan ria tidak bersalah.

Dah kenapa dengan aku ni? Gementar tiba-tiba. Malu tiba-tiba.

Lelaki tak pakai baju depan mata je pun, ni bukan kali pertama lelaki tak berbaju ada depan mata aku.

"Um, aku nak berdiri. By the way, apa nama kau?" soal aku cuba mengubah topik.

"The hell? Kau tak kenal aku?" soalnya dengan riak terkejut. Aku memandangnya dengan riak menyampah sambil berpeluk tubuh. Bahu aku angkat dengan riak tertekan.

"Damn. Aku fikir aku dah cukup popular lepas dah terlepas daripada banyak kes pembunuhan. Tak sangka ada lagi makhluk yang tak kenal aku," ujarnya dengan nada yang terkejut bercampur bangga. Aku menjelingnya tajam.

Jadi pembunuh pun bangga.

"And your name is?" soalku dengan nada yang tertekan. Susah sangat ke nak jawab?

"Daniel Maulana. Kau boleh panggil aku Dany or Dan. Anything you like," balasnya sambil mengangkat-angkat keningnya ke arah aku.

So, hot stuff named Daniel.

"Can i go home—"

"No. From now on kau kena tinggal sini." potongnya laju, aku berpeluk tubuh memandangnya tajam.

Rasa marah membuak-buak. "Who do you think you are and why can't i go back to my home?" soalku kasar. Dia mengeluh kecil dan berdiri dari sofa.

Dia bergerak mendekati aku dan berhenti beberapa inci di depan aku. "I have my reason—"

"Tell me. Aku nak dengar sebab tak masuk akal kau tu. Cakap la," potong aku pula. Dia memandang aku lama sebelum membuka mulut memberi sebab.

Satu jarinya diangkat di depan aku. "One and the last reason; kalau kau balik, you surely will hurt yourself again. And I'm not gonna let it happen again." balasnya kelihatan serius. Aku terkebil-kebil di depannya.

Dia memejam matanya sekilas dan menghela nafas panjang. "I'm gonna tell you something cliche again but I really mean every single word of it. I care for you. When i said you have me, i mean it. You have me now. Here, right now. So I won't let you go anywhere alone. Not again. Once you have me, you won't be alone anymore."

Jantungku tiba-tiba laju, mataku mula berair. Aku lihat Daniel kelihatan terkejut, tangannya naik mengusap pipiku yang aku tidak sedar kini sudah menumpahkan air mata.

"I promise," bisiknya lembut.

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status