Share

03: BAB TIGA

Aku bersihkan luka yang dari malam tadi terbuka, usai itu aku berlalu membersihkan diri. Jam sudah menunjukkan 4 pagi, ada lagi satu jam untuk ke angka 5. Aku bersiap untuk ke rumah pembunuh yang aku upah semalam.

Berhoodie hitam, berseluar track dan mask hitam di wajah aku bersedia keluar dari rumah. Aku pakai kasut sukan biasa. Aku lupa harganya, ia tak penting. Cukup aku boleh pakai dan berjalan.

Angin pagi meniup wajah, rambut dibiarkan lepas di belakang aku masukkan ke dalam baju di belakang. Tak suka rambut berterbangan. Kaki berlalu ke lorong gelap san sunyi, aku buka flashlight di telefon untuk melihat jalan.

Beberapa minit aku tiba di depan dinding kotor yang semalam lelaki itu sentuh untuk masuk ke dalam rumahnya. Aku cuba sentuh permukaan sejuk itu namun tiada apa yang berlaku.

Keluhan berat terlepas, sekarang sudah jam 4:45 pagi. Aku berlalu duduk di atas kotak semalam. Menunggu lelaki itu keluar nanti. Aku bersandar pada kotak di belakang aku dan mataku pejam.

Bukan tidur, cuma berehat.

30 minit berlalu tiada tanda-tanda lelaki itu akan keluar. Aku berdiri dan memandang sekeliling, seketika satu bisikan bermain di dalam kepalaku. Aku duduk mencangkung di depan kotak.

Aku nampak serpihan kaca pecah yang tidak jauh dari tempat aku duduk. Aku tarik lengan baju belah kiriku ke siku. Aku capai serpihan kaca itu, aku halakan tajam kaca itu pada lenganku.

Aku tekan untuk hasilkan darah. Melihat darah keluar, aku tidak membuang masa mencalitkan darah pada jari dan aku mula menulis di dinding itu.

She died inside

Aku lihat sebaris ayat pendek itu. That's enough to describe me.

Aku mengeluh kecil, darah yang masih menitis ke tanah aku renung lama. Kaca yang aku guna tadi aku lempar ke tempat asalnya. Aku keluarkan sapu tangan putih dari poket dan aku balut lenganku yang berlubang.

Usai itu aku duduk semula di atas kotak itu, tubuh terasa letih. Kaki tangan tangan terasa sungguh sejuk. Aku berpeluk tubuh dan menunggu orang yang aku tunggu untuk keluar dari sangkarnya.

Tidak sedar berapa lama menunggu, cahaya matahari mula kelihatan sedikit demi sedikit, disini tidak panas memandangkan tiada cahaya matahari yang dapat tembus. Tapi ia hangat dengan haba.

Tiba-tiba aku dengar sesuatu, aku menoleh ke arah dinding, lelaki yang aku tunggu sudah tiba. Dia keluar dari sebalik dinding itu dengan berpakaian lengkap seperti hari pertama aku jumpanya.

Pakaian dia pergi membunuh. Aku melihat dia yang kelihatan terkejut melihat aku. Seketika dia menyumpah kecil, mungkin dia baru ingat tentang aku.

Dia lihat jam di tangannya sekilas dan memandang ke arah aku semula. "Bila kau datang?" soalnya dengan riak marah. Dia melangkah mendekati aku.

"4:30," balasku pendek, aku dongak memandangnya yang kini berdiri di depan aku.

"So you sit here for 4 hours 30 minutes and do nothing?" soalnya dengan riak terkejut. Aku mengangkat bahuku sekilas, riakku kosong. Tak sangka sudah empat jam aku menunggu.

Aku lihat dia mahu membuka mulut bersuara namun matanya terhenti pada sesuatu di sebelah aku. Atau lebih tepat pada dinding di sebelah kotak yang sedang aku bersandar tika ini.

Sebaris ayat yang aku ukir dengan darahku pagi tadi.

Aku lihat dia terkelip-kelip melihat sebaris ayat itu sebelum anak mata kami bertemu. Aku menoleh ke arah lain, aku peluk tubuhku lebih erat. Lelaki itu memandang sekeliling, aku lihat dia nampak darah yang menitis di tanah itu dan serpihan kaca berdekatan dengannya.

"You hurt yourself again?" soalnya keras, dia memandang aku tajam. Aku geleng kepalaku, I didn't. I just need something to write, so i used my blood.

Lelaki itu dengan kasar menarik lenganku supaya aku berdiri. Dia memandang aku tajam, baju lengan kananku dia tarik ke siku, melihat lenganku tiada luka baru dan hanya ada parut, dia tarik lengan kiri pula, dan saat itu dia menyumpah lagi.

Dia lihat sapu tangan putih yang aku balut pada luka pagi tadi sudah berubah menjadi merah penuh dengan darahku.

Tidak bercakap banyak, dia tarik lenganku dan masuk ke dalam lif tadi semula ke biliknya. Tiba di biliknya dia tarik aku duduk di atas sofa, sempat dia mencapai kotak kecemasan.

Dia mula mencuci lukaku dan balut dengan kemas. Aku diam memandang sekeliling, aku tak tahu kenapa dia susah-susah balut luka aku ni.

"You need to stop hurting yourself. Don't you see how many scars on your body? Do you ever care about yourself, hah?" katanya dengan nada yang marah.

Aku mengangkat wajah membalas renungannya dengan tajam. Rasa panas hati mula membuak-buak, aku buka mask dari wajahku dan aku masukkan ke dalam poket seluarku.

"If i care, i won't be here with you. Asking you to kill me. I even pay you to kill me. So, no. I don't care." balasku dingin, aku tolak tubuhnya menjauhi aku, aku berdiri dan mahu berlalu pergi dari situ namun laju dia berdiri di depanku. Menghalang aku pergi.

"Why? Kenapa kau nak sangat mati? You're 20 years old. Your family is very rich. You have a better life than anyone else. You have everything. So, why do you want to die so much? Isn't it everything you have today is enough?" soal lelaki itu dengan riak yang tertekan. Jadi dia dah cari latar belakang hidup aku?

Aku pandangnya dengan riak kosong. Aku melangkah dua kaki berdiri dekat di depannya. Aku dongak memandangnya kerana dia lebih tinggi daripada aku.

"I don't give a fuck about money. Bagi aku tu semua cuma kertas kosong yang orang gilakan. I'll ask you one question. Why do i need so much money when i have nobody in my life anymore? I can give all my money to you if you want. Take everything you want." ujarku senada, riakku masih kosong.

Jujur, i feel nothing.

"Kau betul. Keluarga aku kaya. Aku ada duit. Aku ada kehidupan yang mewah. But one thing you're wrong when you said i have everything. If i did, then why... why do i feel so lonely?" bisikku kecil. Anak mata aku bertemunya. Aku lihat dua biji bebola mata yang unik itu.

"I have nobody. Yes, i have family—" Aku ketawa menyebut perkataan itu.

"Is he even my family? That guy who i used to call dad, he is nobody. When I lived with him, i knew he hates me so much that it hurts. Kalau diberikan pilihan, I don't want to be the person i am today. Aku lebih rela jadi miskin, takde rumah daripada ada duit but have nobody."

Tanpa sedar air mataku mengalir.

"It hurts." Aku sentuh dadaku lembut, aku tunduk melihat tanganku di dada.

"It hurts so bad. He even called me a whore." Aku ketawa kecil. "— and how ironic it is, I agree with him. You know—" ujarku lalu memandang wajahnya.

"I used to take heroin. I was 12 when I started using it. It felt so good and strong. But when i was 15, aku kena tangkap guna barang tu. My dad tahu and he send me to rehab. Tiga tahun kemudian i went out. The new me. Aku rasa kuat dan bersih. But then it didn't last long. Not until someone spread all the stories of my past. Lepas tu semua pandang aku jahat. That's why, aku tak pergi kolej and lock myself in my room at home."

Aku lihat wajah lelaki yang setia mendengar cerita aku.

"So tell me. Why shouldn't i die? Nobody care about me."

"What about your mother?" soalnya buat kali pertama dan hati aku terasa sakit. Aku rasa marah dan sakit hati. Aku melangkah menjauhinya.

"My mom and my dad got divorced after my dad cheated on my mom. So i went with her and stayed with her. Lepas tu dia mula berubah. Dia mula bawa lelaki balik rumah setiap hari. None of them is a good guy. Mereka ajar my mom how to use drugs. That's when i stuck with drugs. When i was 14, mom died of OD (overdose). It didn't stop me using it even after what happened to my mom. I can't stop myself. That was when dad saw and send me to rehab."

Lelaki itu mengangguk kecil, masih mendengar cerita aku.

"Mama selalu baik dengan aku. All she did was for me. Yes, dia salah sebab biarkan aku ambil dadah dan bergaul dengan orang yang tak sepatutnya. Tapi dia tak pernah sakiti aku. Mama cared about me. Dia selalu tanya 'How's you day, honey?' Dia tak pernah tunjuk dia sakit, tapi aku tahu dia masih terluka dengan apa yang papa buat. She loves him so bad. Dia mula ambil dadah sebab dia nak lupa, dia mula minum sebab dia nak lupakan semuanya. But at the end, dia merana dan mati macam tu je."

Aku pandang wajah lelaki di depan aku itu.

"She's the only one called me Urwa. That's why, i hate it when you call me with that name. Mama je yang boleh panggil aku dengan nama tu. Because she loves me and i love her. Always and forever." 

--

please leave your vote and comment!

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status