Share

02: BAB DUA

Aku keluar dari rumah, entah kenapa aku rasa aku mahu keluar hari ini. Aku berjalan ke arah lorong kali terakhir aku jumpa lelaki pembunuh itu. Aku mahu jumpa dia.

Kaki melangkah lebih jauh ke dalam, sunyi. Tiada bunyi. Aku berhenti saat jalan mati dengan adanya dinding kelabu penuh dengan kotoran menjijikkan. Aku memandang sekeliling, tempat ini busuk dan mengotorkan.

Orang biasa tak akan tinggal di sini. Jalan ke sini juga menakutkan. Walaupun matahari masih ada, di lorong ini masih gelap, cuma ada beberapa tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.

Aku bergerak ke arah sebuah kotak, aku duduk di atas kotak itu. Aku nak tunggu lelaki itu muncul.

Aku mengeluh kecil dan mula memejam mataku.

Tiga jam kemudian, bunyi tapak kaki kedengaran. Aku buka mataku dan seperti yang aku agak, lelaki pembunuh semalam berdiri di depan aku. Dia memandang aku dengan riak keliru.

"Macam mana kau jumpa tempat ni?" soalnya dengan riak terkejut. Aku angkat bahu tanda tidak tahu.

"I just did,"

"Apa yang kau nak?"

Aku berdiri dari duduk, aku memandangnya dengan riak kosong. Aku keluarkan sehelai kertas dan aku hulurkan padanya.

Dia tunduk melihat kertas itu dan ambil.

Aku kasi dia cek bernilai RM500,000. Dia memandang aku dengan riak keliru.

"Kau cakap kau bunuh orang bila kau dibayar. Now i pay you to kill me," balasku kosong. Dia memandang aku dengan riak tidak percaya. Mungkin dia tak pernah jumpa orang yang rela hati untuk bayar dia dan bunuh pembayar dia.

Aku tak bergurau bila aku ambil keputusan untuk keluar dan cari dia. I want him to kill me because I couldn't kill myself.

"Cukup tak?" soal aku lagi.

"You're rich," ujarnya. Aku geleng kepalaku tanda tidak.

"Why don't you kill yourself?" soalnya dengan riak yang keliru.

"Because I swore myself that I will never hurt myself again." jawabku pendek, lelaki itu memandang aku lama, dia lihat cek ditangannya pula. Aku tahu dia sedang fikir mahu terima atau tidak.

"I can pay you more," ujarku lagi, berharap dia terima.

"Follow me," ujarnya dan tak boleh sorok rasa gembira, aku tersenyum lebar dan mengikutnya ke arah dinding kotor itu.

Aku lihat dia tekap tapak tangannya di dinding itu, sekelip mata satu cahaya hijau keluar mengesan wajahnya sebelum dinding itu terbuka dua berbentuk pintu. Dia melangkah masuk ke dalam, aku ikut dia ke dalam.

Tiba di dalam, kami berada di dalam lif. Lif bergerak ke bawah, seakan ke arah bawah tanah. Aku memandang lelaki yang aku upah untuk membunuh aku di sebelah. Dia berdiri kosong, menunggu pintu lif terbuka.

Tidak lama kemudian pintu lif terbuka, aku lihat sebuah bilik yang sangat luas. Di sebuah bilik besar boleh mencukupi banyak ruang. Dia ada dapur segera, peti, meja, katil, bilik mandi dan sebagainya dalam satu ruang yang besar.

Bukan rumah, ianya bilik yang luas dan besar. Semuanya nampak mewah, kalau keluar dari lif aku dapat lihat ada ruangan gym untuk dia work out.

Lelaki itu membuka topi dan mask di wajahnya. Aku lihat wajahnya, dia tidak putih dan tidak juga gelap. Dia ada warna kulit yang sememangnya lelaki melayu ada. Sawo matang.

Namun saat matanya bertemu aku, satu yang menarik perhatian aku. Matanya. Warna matanya berbeza dan unik. Aku lihat dia buka bajunya meninggalkan dia bogel di bahagian atas tubuhnya. Tubuhnya sempurna, seperti yang semua perempuan mahukan.

"Tell me, Urwa. Kenapa kau nak mati?" soalnya, wajahku berkerut, dia panggil aku dengan nama belakangku.

"Don't call me that. You can call me Nina. And i want to die because i don't deserve to live anymore." balasku keras, aku marah dia panggil aku dengan menggunakan nama belakang.

Lelaki itu mengerutkan wajahnya, dia berjalan ke arah aku dan berhenti di depan aku.

"Kenapa kau rasa kau tak layak untuk hidup?" soalnya lagi, aku menjeling menyampah. Banyak pula soalannya.

"I pay you to kill me not to ask me shit," balasku keras, dia tersenyum tiba-tiba.

"You're beautiful woman, Urwa. It's such a shame for me to kill woman like you," balasnya nakal.

"I said don't call me that!" marahku kasar, lelaki itu melangkah mendekati aku lagi, tubuhnya ditunduk menyamai tinggi kami. Kali ini aku dapat lihat matanya dengan lebih jelas.

Mata kanannya hitam dan mata kirinya biru.

"You have blue eye," Tanpa sedar ayat itu terpacul dari bibirku. Lelaki itu terkejut mendengar kata-kata aku namun tidak lama sebelum dia tersenyum nakal.

"Why? In love with it?"

Aku mengeluh kecil dan melangkah berlalu melepasinya. Aku berjalan memandang sekeliling, mata aku terhenti pada sebuah skrin TV yang cukup besar di mata aku.

Aku duduk di atas sofa putih berdepanan dengan TV besar itu. Aku mengeluh kecil, tanganku lihat sekilas. Aku genggam erat, hati aku tidak rasa tenang. Aku nak balik. I need to feel pain.

Rasa pedih mula hadir, aku lihat tanganku yang sudah berdarah kerana kuku yang tajam. Aku buka genggaman tanganku, ada beberapa luka dan darah yang terhasil.

Aku bangun dari kerusi dan menoleh melihat lelaki itu sudah berdiri di sebelah sofa yang aku duduk. Dia lihat tanganku yang berdarah, wajahnya kosong sebelum dia memandang wajahku semula.

"You sure love to hurt yourself," ujarnya. Aku abaikan dia dan berjalan ke lif tadi, aku nak balik. Belum sempat aku membuka pintu untuk masuk ke dalam lif itu, lelaki itu menahan.

"Nak pergi mana?" soalnya.

"You won't kill me. There's no reason for me to stay here any longer. I want to go home. I need to go home," balasku dengan nada yang kosong, tanganku genggam lagi, i need to feel pain now!

Aku cuba buka pintu itu lagi— "You're not going anywhere. Plus, who say I won't kill you? I took you check didn't i?" balasnya senada. Dia memandang aku dengan riak kosong.

"Well, kill me now."

"No yet. Stay here, you can go out there after knowing where i live. I don't trust you enough to let you go and won't tell anyone about this place," katanya kosong dan berlalu menjauh dari aku.

"Not that i have anyone to talk to anymore," bisikku kecil, aku harap dia tak dengar. I think he didn't.

"I can't stay here, i need to go home!" ujar aku lagi. Lelaki itu berhenti dan memandang ke arah aku dengan riak yang keliru di wajahnya.

"Why? Someone waiting for you at home? Husband? Boyfriend?" soalnya kosong, aku menjelingnya tajam dan menggeleng perlahan

"I don't want to stay here. Please, can i go home now?" ujarku lagi, seketika dia terdiam lama seakan memikirkan permintaan aku.

"You may go but you need to be here at 5 in the morning. Sharp!" balasnya kosong membuatkan aku terkejut, macam mana aku nak datang sini jam seawal tu.

"Why so early?" soalku perlahan, lelaki itu mengangkat bahu dengan riak sinis sebelum berlalu masuk ke dalam tandas. Aku tidak menunggu lama sebelum berlalu masuk ke dalam lif dan pulang ke rumah.

--

vote yea?

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status