Share

01: BAB SATU

Untuk kali pertama setelah 40 hari berkurung di dalam dunia sendiri, akhirnya aku beranikan diri untuk keluar. Dengan t-shirt kelabu dan berhoodie hitam diluar, dipadankan dengan seluar jeans kosong ditubuh. Rambut aku biarkan terlepas ke belakang.

Mask hitam aku pakai diwajah, sengaja tidak mahu ada yang kenali aku. Kaki melangkah keluar dari rumah, rasa lapar datang tiba-tiba sewaktu aku sedang asyik menaip.

Telefon aku biarkan mati di dalam bilik, rumah aku kunci sebelum berlalu ke kedai makan. Aku hanya berjalan kaki ke kedai berdekatan.

Tiba di kedai Starbucks aku masuk ke dalam dan memesan air bersama kek tiramisu yang menggoda. Usai membayar makanan, aku mengambil tempat duduk di sebelah tingkap untuk melihat pemandangan di luar.

Beberapa minit kemudian, pesanan aku sampai. Tidak membuang masa, aku makan tanpa mengendahkan sekeliling. Aku makan sambil memerhati manusia berjalan di luar.

Tiba-tiba anak mata aku terhenti pada satu susuk tubuh lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Aku mengerutkan dahi seketika, pergerakkannya sungguh pelik.

Dia memakai topi hitam di atas kepala, wajahnya juga ditutup oleh mask hitam. Dia berjalan di belakang seorang gadis yang sedang asyik bermain dengan telefonnya.

Aku habiskan suapan terakhir, air aku sedut beberapa kali melegakan tekak. Tiba-tiba lelaki tadi menarik perempuan di depannya ke arah sebuah lorong lama. Mereka hilang dari pandangan aku.

Entah kenapa, aku bangun dan mengejar mereka. Kaki laju masuk ke dalam lorong yang sama, aku berhenti saat mendengar bunyi tangisan dan suara lain—

"Lepaskan aku!" jerit suara dengan irama tangisan. Aku bersandar di dinding mendengar perbualan mereka.

"Sadly I couldn't. Someone asked me to kill you." Suara rendah kedengaran, suara perempuan menangis mengikut, aku berdiri tegak, jadi lelaki tadi itu pembunuh?

Tiba-tiba bunyi telefon kedengaran, aku dengar bunyi tapak kaki sedikit menjauh, aku mengintai kecil.

Lelaki tadi berdiri sedikit jauh sedang menjawab telefon, perempuan tadi berusaha melepaskan ikatan dan mahu lari.

Tidak membuang masa aku mendekati gadis tadi, jari aku letak di depan bibir mahu dia diam. Kaki mendekati gadis itu, aku buka ikatan di tangan dan kakinya. Dia berdiri dengan pantas dan berlari meninggalkan tempat itu tanpa sepatah kata.

Aku lihat dia lari semahu-mahunya, lelaki tadi siap bercakap dengan telefon. Aku melangkah mendekati lelaki tadi, saat dia menoleh ke belakang mengadap aku—

"The fuc—"

Anak matanya terhenti pada aku seketika, dahinya berkerut. Dia memandang belakang aku, di mana dia tinggalkan gadis yang sepatutnya dia bunuh tadi. Wajahnya berang, dia mula marah.

"Where the fuck is she? Damnit!"

Dia berjalan melepasi aku, tali yang dibiarkan di tanah itu diambil semula dan digulung. Dia menoleh melihat aku.

"Who the fuck are you? Where the fuck is that green hair girl go?" soalnya kasar, aku melangkah mendekatinya, dia terkebil-kebil melihat aku.

"Will you kill me if i tell you?"

"Yes. Now tell me!" jawabnya laju.

"I'm Imanina Urwa and i let her go," jawabku selamba, wajah lelaki tadi berubah bengis, sekelip mata tubuh aku ditolak ke dinding, aku lihat sebilah pisau diacukan ke leherku. Mata pisau ditolak sedikit ke dalam isi leherku, aku memejam mata menunggu nyawaku melayang.

Sunyi, tiada pergerakkan, lelaki tadi masih menahan aku di dinding, pisau masih di leherku. Aku membuka mata melihatnya, dia sedang merenung aku lama.

"Kau nak mati?" soalnya dengan riak keliru.

"Yes,"

~ ~ ~

Kaki melangkah laju mengikuti lelaki pembunuh itu, dia berjalan laju dan sangat diam. Setiap pergerakkannya seperti hantu, laju namun sangat diam. Kaki sudah lenguh namun aku mahu dia habiskan nafas aku.

Tiba-tiba dia berhenti, aku hampir langgar belakang tubuhnya namun kaki aku lebih cekap berhenti. Aku memandangnya dengan tanda tanya, kenapa dia berhenti?

Dia menoleh melihat aku.

"The fuck do you want?" kasar dia menyoal.

"Kau cakap kau akan bunuh aku kalau aku beritahu siapa aku," balas aku dengan pandangan kosong. Lelaki itu memandang aku lama, dia mengeluh kecil.

"Go home. Aku cuma bunuh orang bila aku dibayar." kata lelaki itu serentak itu dia berlari berlalu pergi dari situ. Aku memandang dia berlalu meninggalkan aku.

Hati aku rasa sakit. Aku rasa marah, sangat marah. Tidak membuang masa kaki melangkah pulang ke rumah. Tiba di rumah aku masuk ke dalam bilik, seluar aku buka. Pisau aku ambil di atas meja.

Aku duduk di atas lantai dan mula menghiris paha kananku. Aku biarkan darah mengalir, aku pejam mata dengan penuh rasa marah. Aku marah dengan apa yang berlaku— aku marah tanpa sebab.

Aku capai laptop di kaki katil, aku letak di atas lantai dan aku buka.

Red roses,

Violet blue,

Sweet sugar,

And so are you.

But roses were born.

And violet is dead.

The sugarbowl is empty.

And my thighs are red.

Aku lihat puisi baru yang aku taip, tangan naik meramas rambut dengan kuat. Rasa marah semakin membuak-buak, aku mengetap bibir menahan rasa, cuba mengawal diri.

Aku tak mahu rasa semua ini, aku mahu semua ni pergi. Satu cara untuk aku lupa semua ni— drugs.

Fuck, i need my heroin.

Aku memejam mata lama, nafas aku tarik panjang dan hembus perlahan-lahan. Control.

Aku buka mataku, calitan darah di dinding yang membentuk tulisan satu ayat aku lihat lama.

Control is the key

Aku tunduk melihat pahaku semula, darah masih mengalir keluar. Aku capai satu kain putih di lantai, aku tekapkan pada tempat luka. Beberapa minit kemudian dia ambil kotak kecemasan di bawah katilnya dan mula merawat lukanya.

Usai itu dia berlalu mandi dan berehat di atas katil.

~ ~ ~

Telefon berbunyi, aku jawab tanpa melihat pemanggil.

"Where have you been?!" Suara papa kedengaran kasar ditelefon. Aku diam mendengar suaranya, kenapa dia kisah? Dia tak pernah ambil berat tentang aku. He hates me.

"Answer me, Imanina Urwa!" Tengkingnya di panggilan, aku mengeluh kecil.

"I'm at home," balasku pendek. Laptop menyala di sebelah aku lihat.

Tonight I'm sad

Tonight I'm lonely

The demons are screaming

And I need you to hold me back.

Mataku menjadi luas dan penuh dengan rasa marah. Aku ketap bibirku dapat, apa yang dikatakan oleh papa aku abaikan lalu aku matikan telefon itu.

Tanganku genggam erat, jantung berdegup sungguh laju. Sakit hati, tidak enak di dalam hati— aku tumbuk pahaku yang masih cedera, aku cakar pahaku yang sensitif— fuck i hate myself!

Aku berhenti bergerak, aku tenung tanganku yang kini dipenuhi dengan darah. Air mataku mengalir laju. Kuku diselaputi darah—

Kenapa? Kenapa aku begini? Kenapa aku tak boleh jadi manusia normal seperti orang lain?

Aku bangun dari katil, kaki melangkah masuk ke dalam tandas. Aku duduk di dalam tab mandian, air hujan aku buka. Rambut sudah basah terkena air, baju juga basah. Aku diam melihat darah yang mengalir ke lubang air kotor.

Paip di kaki aku buka, tanganku basuh. Kuku aku bersihkan dari darah. Aku tunduk melihat tubuh, kaki aku tarik rapat ke dada. Aku peluk lututku erat.

Why can't i be normal?

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status