Mereka tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Imna segera bangun dari tempat duduk dan menarik keluar bagasi kecilnya dari kabinet.
Setelah itu dia segera menuruni pesawat dan di belakangnya diikuti oleh Adam dan juga Wooyoung. Selesai urusan di balai imigresen. Imna melirik ke jam tangan.
"Mama cakap Pak Ya tunggu awal. Tak nampak pun..."
"Kau tunggu siapa? Ke naik teksi?" Adam bertanya sambil berdiri di sisi kiri Imna.
"Aku tunggu Pak Ya, mama aku kata ayah sedara aku datang awal 20 minit. Tapi, tak nampak pun mana dia."
Dalam ralit mereka berbual, tiba-tiba satu suara menjerit memanggil Imna dari kejauhan.
"Ira
Keesokannya, Aisha bersiap-siap keluar dari rumah. Hari ini, adiknya tidak masuk ke kampus kerana ada kerja lapangan yang perlu dia lakukan sebagai tugasan pertama pelajar semestar satu di universitinya. Jadi, awal pagi lagi dia sudah keluar rumah bersama kedua-dua ibu bapa mereka. Tinggallah Aisha seorang diri hendak keluar ke universiti. Memandangkan Adam tiada bersamanya, terpaksalah dia bergerak seorang diri. Ketika dia sedang mengunci pintu rumah, tiba-tiba kedengaran satu suara menjerit dari arah lift. "Eonnie!" Aisha menoleh dan terkejut melihat orang yang memanggil itu. "Boram! Bojin!" Aisha mendekati mereka berdua dan terlihat seorang wanita sedang keluar dari pintu lift.
Mata Imna dan Adam saling berpandangan. Kali ini, lelaki itu benar-benar tidak faham mengapa Imna bertindak sebegitu rupa. "Kenapa?" tanya Imna dengan kening terangkat. Walaupun jelas matanya kelihatan kemerahan menahan air mata dari mengalir, tetapi dia tetap cuba mengawal reaksi wajahnya. "Sakit?" Sekali lagi Imna bertanya walhal Adam langsung tidak mengerti apa-apa berkait dengan soalan itu dan paling tidak logik, wajahnya sudah ditampar sudah pastilah sakit! "Macam tulah sakitnya hati aku bila kau sengaja biarkan aku suka kau, tapi kau tak ada sekelumit pun rasa suka dekat aku! Dan bertambah sakitnya hati aku bila kau tipu aku! Kau tak bagitahu aku yang kau dah bertunang. Kau fikir hati dengan perasaan manusia ni barang mainan ke apa?" "Tak..." Adam tidak mampu berkata apa-apa. Dia sendiri tidak tahu mengapa Imna terlalu emosi. Adakah dia bersalah kerana dia tidak memberitahu Imna
Pandangan Faiz dan Asyzin sukar untuk Adam tafsirkan. Sejak tadi, dia mengabaikan saja pandangan mereka dan mengunyah nasi lemak sesuap demi sesuap.Apabila suasana sunyi menimpa mereka semua. Barulah dia melawan renungan Asyzin yang duduk bertentangan dengannya."Apa?" soal Adam seolah-olah tidak tahu atau dengar perbualan rakan-rakannya tadi."Kau pun balik Korea, kan?" tanya Faiz sambil menyiku lengan Adam. Kesemua mata memandangnya kecuali Imna."Ha'ah, kenapa?""Omo!" Farah terus menutup mulutnya kerana tidak percaya. Pandangan matanya silih berganti memandang Imna dan Adam."Jangan cakap korang berdua..." Jari telunjuk ke kiri dan ke kanan menunjuk Imna dan juga Adam."Apa? Apa?" Intan menyoal teruja dan Farah terus tersenyum penuh makna."Patutlah kata jumpa orang handsome dekat Korea... Eee... Pandai eh kau, Na." Sengaja Farah meng
Senyuman orang itu membuatkan Imna terpempan. Adakah dia tersilap melihat siapakah lelaki yang berada di hadapannya ketika ini. "Lama tak jumpa," tegur lelaki itu. Imna segera menolak lelaki itu menjauhinya dan tidak semena-mena tubuh Imna terjatuh ke belakang. Namun sempat belakangnya disambut seseorang yang datang mendekati mereka. Sekali lagi Imna terkejut. Terkejut kerana kali ini, Adam pula yang menyambut belakangnya ala-ala puteri. Imna cuba menolak Adam menjauhinya juga. Dia tidak suka menjadi pandangan mata-mata yang ada di situ termasuklah lelaki di hadapan mereka berdua. "Na gwenchana?" tanya Adam dalam bahasa ibundanya membawa maksud 'tak apa-apa ke?' sambil membulatkan mata seolah-olah Imna itu adalah kekasihn
"Seriuslah! Mana kau tahu?" tanya Syakilla tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Mustahil Adam sudah bertunang! Dia tak nampak ciri-ciri lelaki sudah berpunya pun di dahi lelaki itu! Tiba-tiba pula Imna kata dia sudah bertunang? Buang Tabiat ke apa?"Ya! Tak percaya sudah. Dia sendiri yang bagi tahu aku. So korang semua stoplah nakkenen-kenenkan aku dengan dia. Takde kerja aku nak rampas tunang orang. Dah, siap cepat sana. Aku nak turun dulu tolong Cikgu Dhia apa yang patut." Imna segera membuka pintu bilik dan bergerak keluar. Dia membiarkan saja kawan-kawannya terpinga-pinga di dalam bilik.Ketika dia menuruni tangga, terlihat Adam berada di hadapan pintu rumah tengah bersembang dengan Faiz dan Asyzin. Lelaki itu berbaju kurta warna ungu membuatkan Imna segera bergerak ke dapur meninggalkan me
Perlahan-lahan Adam cuba bergerak mendekati Imna yang masih mengigil dan tidak berani menarik tangan dari telinganya. Pakaian yang dipakai Imna tadi kelihatan elok kini sudah carik-barik akibat dikoyak oleh Khalil. Adam tidak tahu mahu berbuat apa. Sayu hatinya melihat gadis itu seperti hilang arah begitu. Pasti Imna akan mengalami trauma yang amat dasyat memandangkan ini bukan kali pertama dia terpaksa harungi keadaan sebegitu rupa. Sudah dua kali Khalil melakukan perkara keji itu kepadanya! Ah! Mengapalah Khalil mempunyai hati binatang begitu? Binatang pun takkan sanggup melakukan perkara terkutuk itu kalau sudah wujudnya rasa sayang!Adam teragak-agak hendak memanggil Imna. Gadis itu memejam mata serapat yang boleh. Kening bertaut dan dahi pula berkerut! Peluh dan air mata turut membanjiri wajah gadis itu. Adam memandang ke siling bilik hotel. Terkelip-kelip matanya mahu menyusun kata
Sepanjang perjalanan Imna hanya mendiamkan diri. Trauma yang cuba dibuang sejauh mungkin kembali semula. Keadaannya kini sudah tidak sama seperti dahulu. Jika dahulu dia menceritakan perkara yang sebenar adakah keluarganya masih mempercayai dia?Ketika tiba di rumah Ustaz Firdaus. Imna turun dari kereta dan dibantu Intan. Perlahan-lahan gadis itu dipapah masuk ke dalam rumah."Malam ni biar Imna tidur dengan awak, ya... dekat bilik tetamu atas. Kasihan dia." Ustaz Firdaus telah pun menceritakan segala-galanya kepada Cikgu Dhia apa yang berlaku kepada Imna dan Adam serta apa yang telah Khalil lakukan.Terkejut Cikgu Dhia selepas mendapat tahu perkara itu. Dia langsung tidak menjangka sepupu kepada Imna berperangai begitu! Selama ini, dia tidak tahu menahu tentang keburukan keluarga Imna
"Aunty!" Adam cuba menahan tangan Puan Isma daripada menampar wajah imna dan tamparan itu mengenai bahu Adam. Anak-beranak itu terkejut dengan situasi tersebut. Bahu Adam menyenget akibat dipukul Puan Isma. Imna pula sudah terbeliak mata melihat lelaki itu sanggup menghalang pukulan padu Puan Isma. "Saya... izinkan saya untuk mengahwini Imna, aunty." Kata-kata Adam membuatkan Imna membuntang mata dan cuba menghadam setiap butir bicara yang keluar daripada mulut lelaki itu. Lelaki itu sudah pun jatuhkan lututnya di hadapan Puan Isma. "Adam! Apa kau buat ni?" Imna cuba menarik lelaki itu bangun dari melutut begitu. Dia tidak tahukah? Di sini bukannya Korea? Di sini Malaysia! Budaya melutut-lutut begitu hanya ada di Korea Selatan, tanah air kelahiran Adam sahaja! Tidak di Malaysi