Share

MY ¦ 25

Mata Imna dan Adam saling berpandangan. Kali ini, lelaki itu benar-benar tidak faham mengapa Imna bertindak sebegitu rupa.

"Kenapa?" tanya Imna dengan kening terangkat. Walaupun jelas matanya kelihatan kemerahan menahan air mata dari mengalir, tetapi dia tetap cuba mengawal reaksi wajahnya.

"Sakit?" Sekali lagi Imna bertanya walhal Adam langsung tidak mengerti apa-apa berkait dengan soalan itu dan paling tidak logik, wajahnya sudah ditampar sudah pastilah sakit!

"Macam tulah sakitnya hati aku bila kau sengaja biarkan aku suka kau, tapi kau tak ada sekelumit pun rasa suka dekat aku! Dan bertambah sakitnya hati aku bila kau tipu aku! Kau tak bagitahu aku yang kau dah bertunang. Kau fikir hati dengan perasaan manusia ni barang mainan ke apa?"

"Tak..."

Adam tidak mampu berkata apa-apa. Dia sendiri tidak tahu mengapa Imna terlalu emosi. Adakah dia bersalah kerana dia tidak memberitahu Imna

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status