Share

MY ¦ 30

Sepanjang perjalanan Imna hanya mendiamkan diri. Trauma yang cuba dibuang sejauh mungkin kembali semula. Keadaannya kini sudah tidak sama seperti dahulu. Jika dahulu dia menceritakan perkara yang sebenar adakah keluarganya masih mempercayai dia?

Ketika tiba di rumah Ustaz Firdaus. Imna turun dari kereta dan dibantu Intan. Perlahan-lahan gadis itu dipapah masuk ke dalam rumah.

"Malam ni biar Imna tidur dengan awak, ya... dekat bilik tetamu atas. Kasihan dia." Ustaz Firdaus telah pun menceritakan segala-galanya kepada Cikgu Dhia apa yang berlaku kepada Imna dan Adam serta apa yang telah Khalil lakukan.

Terkejut Cikgu Dhia selepas mendapat tahu perkara itu. Dia langsung tidak menjangka sepupu kepada Imna berperangai begitu! Selama ini, dia tidak tahu menahu tentang keburukan keluarga Imna

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status