Share

MY ¦ 36

"What the... awak dah gila ke? Kenapa brek mengejut?" Bertubi-tubi Imna menyoal sambil mengosok kepalanya yang terasa sakit. Bukan kepala, tetapi dahinya. Mana tidaknya terhantuk di bahagian dashboard kereta, agak-agaknya benjol ke tidak dahinya nanti? Ah! Imna tidak mahu fikirkan tentang itu. Apa yang dia tahu punca mengapa suaminya itu menekan brek kereta sampai berbunyi seretan tayar kereta itu dibuatnya.

Tahulah suaminya itu kaya! Tetapi, jangan dibuat rosak kereta orang. Esok lusa tak mahu dikasi pinjam sampai ke sudah. Kan naya namanya?

Adam mengerut dahi menahan geram dengan apa yang dia lihat di hadapan mata. Sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan kereta yang dipandunya menyebabkan dia terpaksa menekan brek secara mengejut, kalau tidak boleh berlaku kemalangan di situ!

Pertanyaan Imna tidak dia endah, fokusnya hanya kepada seorang lelaki yang baru keluar dari sebuah kereta berjenama BMW di hadapan mereka. Imna turut memandang ke hadapan dan matany

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status