Share

MY ¦ 38

"Akak!" Aira mengoncang tubuh badan Aisha yang tiba-tiba menjerit nama Adam dan Imna serentak dalam mengingau. Risau Aira dibuatnya, hampir terjatuh dia daripada sofa mendengar jeritan Aisha macam histeria di atas katil pesakit itu.

Berpeluh habis satu badan Aisha ketika dia membuka mata, pandangannya menangkap wajah Aira dengan reaksi terkejut.

"Aira..."

Adiknya mengangguk dan mendakap tubuhnya penuh erat.

"Aku ada dekat sini, kak. Aku ada sini. Tak apa-apa..." Aira cuba memujuk sambil mengusap belakang Aisha dengan perlahan. Entah apa yang kakaknya mimpikan pun dia tidak pasti, tetapi telinganya jelas dapat menangkap nama Imna dan Adam.

"Aira... telefon Adam," pinta Aisha perlahan.

"Tapi kak... sekarang dekat Malaysia baru pukul empat pagi?" Aira melepaskan pelukan dan merenung wajah kakaknya meminta kepastian sama ada kakaknya benar-benar mahu menganggu lelaki itu memandang waktu di Malaysia lambat sejam daripada Korea.

Aish

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status