Share

MY ¦ 37

Jam tepat menunjukkan pukul 1:00 pagi. Baru bayang Imna dan Adam kelihatan di rumah Ustaz Fridaus. Mereka turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Cikgu Dhia datang menyambut mereka di pintu mula memandang terkejut.

"Kata nak beli pakaian untuk Imna? Ini balik kosong aje?" tanya Cikgu Dhia sambil mengiring mereka masuk ke dalam rumah.

"Ini pun, kami ingat nak tidur hotel aje cikgu sebab takut ganggu cikgu balik lewat-lewat macam ni." Adam membuka bicara terlebih dahulu. Ramah betul dia berbual dengan Cikgu Dhia sudah seperti kakaknya sendiri dengan slang bahasa melayu yang dengar sekejap jelas sekejap tidak itu.

"Ish, tak ganggunyalah. Kamu berdua kan tetamu cikgu." Cikgu Dhia tersenyum mesra. "Takpelah, pergilah berehat. Esok nak balik pagi, kan?"

Imna mengangguk perlahan.

"Cikgu naik dulu, ya? Selamat malam..." Cikgu Dhia segera naik ke tangga meninggalkan Imna dan Adam di bawah memandangkan bilik tidur mereka berada

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status