Share

MY ¦ 33

Adam bangun daripada duduk. Matanya membulat terkejut dan tidak percaya apa yang baru saja dia dengar berita mengejut itu daripada Aira.

"Aira... jangan main-main, Aira..." Ungkap Adam perlahan. Berpinar rasa kepalanya selepas Aira bertegas akan apa yang dia katakan itu benar. Takkan dia mahu main-main pula soal hidup mati seseorang? Tambahan pula, yang meninggal itu adalah kedua ibu dan bapanya!

"Aira cuba bawa bertenang dulu. Jaga akak baik-baik, kalau tak ada apa-apa esok abang balik sana. Abang tak boleh balik hari ni. Abang baru selesai urusan, tiket kapal terbang pun tak dapat nak beli lagi."

Asyzin menyiku lengan Faiz yang terletak di atas meja makan. Mereka berdua saling berpandangan dan Asyzin memberi isyarat kepala sebagai tanda 'kenapa' kepada Faiz.

Faiz mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu dan mereka berdua memandang Adam semula yang baru saja selesai berbual di dalam telefon.

"Kenapa, Dam?" tanya Faiz. Keruh saja dia melihat w

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status