Share

MY ¦ 29

Perlahan-lahan Adam cuba bergerak mendekati Imna yang masih mengigil dan tidak berani menarik tangan dari telinganya. Pakaian yang dipakai Imna tadi kelihatan elok kini sudah carik-barik akibat dikoyak oleh Khalil. Adam tidak tahu mahu berbuat apa. Sayu hatinya melihat gadis itu seperti hilang arah begitu. Pasti Imna akan mengalami trauma yang amat dasyat memandangkan ini bukan kali pertama dia terpaksa harungi keadaan sebegitu rupa. Sudah dua kali Khalil melakukan perkara keji itu kepadanya! Ah! Mengapalah Khalil mempunyai hati binatang begitu? Binatang pun takkan sanggup melakukan perkara terkutuk itu kalau sudah wujudnya rasa sayang!

Adam teragak-agak hendak memanggil Imna. Gadis itu memejam mata serapat yang boleh. Kening bertaut dan dahi pula berkerut! Peluh dan air mata turut membanjiri wajah gadis itu. Adam memandang ke siling bilik hotel. Terkelip-kelip matanya mahu menyusun kata

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status