All Chapters of OBSES (BAHASA MALAYSIA): Chapter 11 - Chapter 20
102 Chapters
BAB 10
YUSUF Aku termenung sendirian. Gambar-gambar yang aku tangkap di dalam kamera dslr aku belek. Susah untuk aku percaya semua ini tetapi ini bukan lagi satu kebetulan. Mangsa yang muncul di dalam mimpi aku akhirnya benar-benar mati dibunuh. Kepala aku serabut memikirkan tentang perkara yang tidak masuk akal ini. Keluhan berat dilepaskan. Tiba-tiba aku teringat dekat Fatin. Hati ini rasa rindu pula pada dia. Mungkin ada eloknya aku bertanya khabar. “Hey mok.” Aku menghantar pesanan ringkas.“Oittt. Kenapa haa?” Dia membalas beberapa minit kemudian.“Saja rindu haha.” Entah aku pun tak tahu kenapa terlebih jujur.“Alelelele rindu konon. Nanti jum lah lepak.” Aku tersenyum riang.“Boleh je. Bila free?” Aku tetiba tereksited lebih.“Hari Sabtu ok tak?” Aku membuka buku nota aku. Yes free.“Ok set.” Kam
Read more
BAB 11
NAQIUDINAku berehat seketika. Peluh pada badan aku masih belum hilang lagi. Alat kawalan jauh di atas meja aku ambil. Aku menekan butang on. Aku melihat siaran berita yang disiarkan. Isu-isu tentang campur tangan negara asing di dalam negara semakin hangat diperkatakan. Aku cuba menghadam kata-kata daripada pemberita itu. Pemberita itu petah berkata-kata tentang topik hubungan diplomatik antara negara. Sebenarnya dasar luar sesebuah dibentuk bertujuan untuk menjamin kestabilan dan keutuhan negara serta mengekalkan kedaulatannya. Hubungan diplomatik dilakukan bagi menjalinkan hubungan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari segi ekonomi mahupun keselamatan. Bermula daripada condong ke Barat pada awal kemerdekaan kepada dasar yang lebih terbuka dalam menjalinkan hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi, kedudukan atau mengharapkan sokongan antarabangsa dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan negara. Pujian patut diberikan kepada negara Malaysia yang
Read more
BAB 12
YUSUFAku tiba di hadapan rumah Fatin. Dia terus keluar apabila nampak kereta aku berhenti di hadapan rumahnya. Fatin memakai tshirt hitam lengan panjang dan seluar jeans biru. Rambut yang dibiar tidak diikat menambahkan lagi kecantikannya.“Kita nak pergi ke tempat lain atau Yusuf memang nak memandang Fatin je hari ni.” Aku tersedar. Dia ketawa mengekeh.“Fatin cantik sangat tu yang Yusuf terpukau. Pakai susuk ek?” Tangan aku terus dicubit dek kerana mulut aku yang tiada insurans.“Tak perlu pakai susuk okey. Fatin memang cantik asli.” Dia ketawa setelah memuji dirinya sendiri. Aku memandu meninggalkan kawasan perumahan Fatin. Aku mahu bawa dia pergi ke sesuatu tempat.Aku membiarkan Fatin bercakap kerana aku mahu menjadi pendengar sahaja. Banyak benda yang dibualkan. Sudah lama kami tidak berjumpa sehingga aku terlupa yang Fatin ini seorang yang banyak mulut. Bercakap dari dalam k
Read more
BAB 13
NAQIUDINAku memberhentikan kereta di hadapan bangunan. Perempuan bernama Natalia yang aku kenal di dalam facebook kini sudah masuk ke dalam perangkap aku. Aku kagum dengan dia lain dari yang lain. Kebanyakan mangsa aku kalau bawa ke tempat begini mesti banyak bunyi tapi dia rilek je aku tengok. Dah memang sosial agaknya perempuan ni. Aku mengajaknya keluar dari perut kereta. Aku melihat bonjolan kembar Natalia. Menaikkan syahwat para lelaki. Aku membiarkan dia berjalan di depan supaya aku dapat melihat punggungnya yang bulat meliuk-liuk ketika melangkah.“You ni pandang I macam nak terkam je I tengok hehe.” Usik dia dengan nada manja. Aku sudah tidak dapat tahan lagi. Memang aku nak terkam kau pun.Aku merenung wajah Natalia. Kedua-dua belah tangan aku diletakkan di atas bahunya. Dia seperti tidak kisah. Bisikan syaitan yang syahdu bertiup sepoi-sepoi lembut di telinga aku. Natalia mendongak sedikit kerana aku lebih tinggi
Read more
BAB 14
IKMALPuas aku pujuk Datuk Afendi supaya biarkan pihak polis untuk menjaga keselamatannya kerana yakin dia sasaran seterusnya si pembunuh, tetapi dia tetap degil. Dia bertegas tidak mahu privasinya diganggu. Malah dia dengan bongkak memperlekehkan kerjaya polis dalam melindungi masyarakat awam sepertinya. Dia lebih percaya pada pengawal peribadinya yang dibayar.Aku mengalah. Kalau itu yang mahukan aku tidak boleh paksa tetapi aku telah membuat keputusan untuk memerhati keadaan Datuk Afendi secara senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Naufal juga tidak mengetahui tentang hal ini. Aku telah membuat keputusan untuk menangkap sendiri pembunuh itu dengan tangan aku sendiri. Walaupun aku telah melanggar arahan pihak atasan, aku tidak kisah asalkan aku dapat buktikan kepada mereka yang aku mampu menangkap pembunuh yang paling dikehendaki ini.Aku melihat jam di tangan. Pukul 2 pagi. Maknanya aku sudah berada di sini hampir 3 jam. Aku cekalkan hati untuk s
Read more
BAB 15
YUSUFAku duduk di atas katil. Badan aku terasa lenguh. Malam tadi aku tidak dapat tidur lena kerana bermimpi perkara yang sama. Hairan. Mimpi itu seolah nyata kerana aku rasa seperti aku betul-betul berada di sana. Loceng rumah berbunyi. Aku bangun dari katil untuk membuka pintu. Ashraf berdiri di luar dengan muka seposen.“Bro, aku tunggu kau lama dekat luar. Kau buat apa ha kat dalam tu. Haa aku tau.” Melihat dia tersengih-sengih sorang-sorang tu buat aku malas layan.“Ada apa kau datang awal-awal pagi ini?” Soal aku secara terus untuk tahu tujuan dia datang ke rumah aku.“Hehe. Aku dapat berita panas. Mesti kau suka punya. Kes bunuh.” Jawab dia dengan nada gembira. Aku kerutkan dahi.“Berita biasa je kes bunuh tu. Apa yang menarik sangat?” Aku masuk ke dalam rumah. Ashraf mengikuti aku dari belakang.“Macam mana kalau yang jadi pembunuh tu seorang anggota polis? 
Read more
BAB 16
YUSUF “Kau yakin ke dia boleh tolong?” Ashraf separuh berbisik. Aku hanya mengangguk.“Jangan risau Ikmal. Yusuf kata dia kenal seorang peguam yang boleh handle kes kau ni. Kau sabar sikit ja.” Naufal cuba yakinkan lelaki yang bernama Ikmal itu. Baru aku tahu nama dia. Ikmal hanya diam. Mungkin masih tidak percaya yang dia menjadi penjenayah dalam kes pembunuhan ini. Aku meminta izin untuk beredar. Kepala aku terasa berdenyut hebat. Aku mahu pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan, aku baru perasan ubat yang diberi ayah semakin berkurang. Aku perlu mendapatkan yang baru bagi mengurangkan sakit kepala aku. Mimpi buruk yang aku alami membuatkan aku kurang tidur dan serabut. Botol air di atas meja aku teguk. Selesai minum, aku berbaring di atas katil. Aku cuba memejamkan mata. Aku tidak sedar bila yang aku terus hanyut dalam alam mimpi. Semuanya gelap.Aku berjalan tanpa arah tujuan.
Read more
BAB 17
FATINAku mengeluh panjang. Yusuf meminta bantuan aku supaya membantu seorang anggota polis yang dituduh sebagai pembunuh. Aku pasti akan kalah kerana kekurangan bukti untuk mempertahankan defendan kerana terdapat cap jari defendan pada pisau yang dijadikan sebagai alat untuk membunuh mangsa. Yang menjadi saksi terhadap pembunuhan ini hanya isteri mangsa, Nur Qalisya yang telah melihat segala yang berlaku.Hanya dia yang boleh menjadi saksi pembunuhan ini tetapi malangnya kematian suaminya yang tragik telah menyebabkan dia trauma. Dia hanya diam, tidak bercakap walaupun sepatah. Aku sedih melihat dia dengan keadaan begitu. Seperti hilang semangat untuk teruskan kehidupan apabila orang yang kita sayang pergi dalam keadaan mengerikan begitu. Aku juga pasti akan mengalami situasi yang sama sekiranya sesuatu berlaku pada Yusuf. Aku berulang-alik dari hospital kerana mahu berjumpa dengan Qalisya dengan harapan dia akan bercakap sesuatu tentang pembunuhan ya
Read more
BAB 18
HARIS NAUFALAku merebahkan badan seorang wanita di atas katil. Susah juga kalau buat kerja ini sendirian. Naqi sering sibuk dengan urusan dia yang masih belum selesai. Jadi aku terpaksa melakukan semua ini sendiri. Aku menyentuh wajahnya. Licin. Langsung tiada cela. Tangan aku beralih pada pahanya yang putih gebu itu pula. Dia memakai skirt pendek menampakkan segala-galanya. Aku tertawa sendirian. Radio di atas meja aku hidupkan. Aku perlukan irama lagu yang menarik untuk menghasilkan karya seni yang indah. Lagu yang bertajuk Despacito dimainkan di radio. Come on over in my direction,So thankful for that, it’s such a blessin’, yeahTurn every situation into heaven, yeah (oh, you are)My sunrise on the darkest dayGot me feelin’some kind of wayM
Read more
BAB 19
JACK Tiupan angin malam mengganas sehingga menyucuk ke tulang. Berita malam ini hanya fokuskan pada anggota polis yang dijatuhkan hukuman kerana melakukan pembunuhan. Pelbagai spekulasi mengatakan yang pembunuh bernama Ikmal ini pembunuh yang sama membunuh mangsa-mangsa lain. Aku ketawa. Nampaknya dia akan menanggung segala perbuatan yang telah aku lakukan. Beberapa hari yang lalu sebelum perbicaraan... Aku memerhati wanita itu dari jauh. Sebenarnya aku mengikuti gerak-gerinya dari awal pagi tadi. Dia kerap datang ke hospital ini. Gayanya seolah seperti melawat seseorang. Wanita itu memasuki ke dalam perut kereta. Dalam beberapa minit, keretanya meluncur meninggalkan kawasan hospital. Aku tersenyum sinis. Aku taknak mengambil nyawanya kalau boleh. Sayang wajah yang cantik kalau mati dalam keadaan mengerikan. Aku berjalan memasuki ke dalam hospital. Para doktor sedang sibuk mengurus pesak
Read more
PREV
123456
...
11
DMCA.com Protection Status