All Chapters of OBSES (BAHASA MALAYSIA): Chapter 21 - Chapter 30
102 Chapters
BAB 20
HARIS NAUFAL Aku melempar telefon di atas meja. Betul tekaan aku. Perempuan itu sudah menghasut Naqi untuk ikut jari telunjuk dia. Aku mengetap gigi. Kalau macam tu aku akan lakukan semuanya sendiri. Aku akan uruskan Naqi kemudian. Dia dah langgar prinsip yang kami berdua cipta. Jadi sudah tidak bermakna lagi dia hidup di atas muka bumi ini. Kau tunggu.  Aku memandu kereta sendirian. Pada waktu malam, keadaan jalan yang gelap agak sukar dilihat tapi disebabkan aku kerap kali melalui jalan ini, aku sudah hafal selok belok jalan. Kereta perlahan-lahan berhenti di hadapan bangunan lama. Ada seorang wanita yang sedang leka menunggu kehadiran seseorang tanpa sedar kedatangan aku. Aku keluar dari kereta lalu mendekati dia.“Naqi?” Tegur dia. Aku tersengih. Nampaknya rancangan aku berjaya. Dia ingat orang yang berdiri dihadapan dia adalah adik aku, Naqi. Wajah kami yang hampir serupa membuatkan orang
Read more
BAB 21
QISTINA Aku sudah penat menangis. Selera makan aku makin hilang. Satu-satunya orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku. Apa dosa kakak aku sehingga mereka sanggup membunuh dia. Din memujuk aku supaya menerima semua ini dengan tenang. Aku cuba tabahkan diri. Mungkin ini ujian untuk aku. Din mengajak aku pulang. Sudah lama aku meratap pemergian kakak ku. Kami beredar dari kawasan perkuburan.“You boleh janji dengan I?” Din menghidupkan enjin. Dia memandang aku.“Em janji apa?” Dia mengenggam tangannya.“Janji jangan tinggalkan I. I sudah tiada apa-apa lagi.” Aku menahan air mata daripada mengalir. Hati aku pedih.  Aku lupa yang Qistina sejak dari kecil tinggal bersama kakaknya setelah ibu bapa mereka meninggal. Aku hanya mampu mengukir senyuman.“Jangan risau. I akan selalu ada bersama dengan you.” Aku yakinkan dia. Qistina mengangguk lemah. Kereta dipandu la
Read more
BAB 22
YUSUFSeminggu aku mengurung diri dalam rumah. Entah lah diri aku terasa kosong. Aku cuba menerima dengan hati terbuka seperti yang dikatakan oleh ayah. Tapi aku takkan biar orang yang melakukan kerja ini terlepas. Dia mesti dihukum. Walaupun dia bebas dari hukuman undang-undang, aku sendiri yang akan menjatuhkan hukuman kepada dia.Aku tersandar pada kerusi. Gambar Afiza direnung. Kalau lah dia hidup lagi, pasti kami sudah mempunyai cahaya mata. Bibirnya mengulum senyuman masih lagi bermain di minda aku. Terasa seperti semalam aku meluangkan masa bersama dia. Keluhan dilepaskan. Sampai bila aku mahu bersandar pada kenangan lalu. Aku menangis air mata berdarah sekali pun dia tetap tidak akan kembali. Haha kelakar. Orang mati sudah tentu tidak dapat hidup lagi. Aku bingkas bangun. Wajah ku dipandang di hadapan cermin. Kusut. Fikiran aku serabut. Aku tidak kenal diri ku lagi. Diri aku yang dulu seorang yang kemas dan sentiasa berfikiran positif. Tapi lih
Read more
BAB 23
HARIS NAUFAL  “Sudahlah. Hentikan semua ini. Aku taknak kau ganggu aku lagi.” Tegas dia dengan serius. Aku memegang rusuk kiri. Celaka. Padu juga tumbukan dia.“Kalau kau masih berdegil, aku akan laporkan semua perkara yang telah kita lakukan pada polis. Biar kita dua mati di tali gantung.” Dia mengugut aku. Aku diam tanpa berkata apa-apa. Aku mencari pistol aku. Aku menanti peluang ketika dia leka.Sebaik sahaja dia berjalan ke arah kereta, aku mendekati dia perlahan-lahan. Ketika dia membuka pintu kereta, aku terus menarik dia jatuh ke tanah. Mata dia terbeliak apabila pistol sudah berada digenggamanku. Aku menghala pistol itu tepat ke arah dahi dia. “Kau telah mungkir janji kita. Jadi kau perlu mati di sini!” Dia memejam mata. Mulut dia terkumat-kamit membaca sesuatu. BANG!!BANG!!  Darah mengalir keluar.
Read more
BAB 24
RASHID 20 Tahun yang lalu…  “Doktor, kami ada menemui 2 orang budak. Saya rasa doktor boleh bantu mereka berdua.” Kata anggota polis yang datang bersama 2 orang budak lelaki. “Apa yang berlaku sebenarnya ini?” Soal aku menunggu jawapan yang penuh dengan persoalan dalam kepala aku. “Huh. Kesian doktor. Ibu bapa diorang dibunuh dengan kejam. Rumah mereka kemudian dibakar. Hangus segala harta benda milik mereka. Mereka sudah tiada tempat bergantung dan tiada tempat tinggal. Semasa kami menemui mereka, mereka hanya duduk di suatu tempat memerhati rumah mereka yang terbakar. Puas kami menyoal mereka tetapi langsung tiada respon. Mungkin mereka trauma dengan apa yang telah berlaku. Jadi kami membuat keputusan untuk menghantar mereka berdua kepada doktor untuk menerima rawatan seterusnya.” Aku memandang mereka dengan pandang
Read more
BAB 25
YUSUF Aku melihat wajah budak itu. Ya, aku kenal. Budak itu adalah aku ketika aku masih kecil. Aku keliru.“Mari ikut aku.” Ajak lelaki misteri itu. Aku akur mengorak langkah mengikuti bayangan ayah aku. Mereka berdua masuk ke dalam sebuah bilik khas.“Bilik apa ini?” Soal aku, buntu.“Masuk.” Arah dia. Aku memulas tombol pintu. Pintu dibuka perlahan.Aku melihat ayah menyuruh budak kecil itu duduk di atas tempat duduk yang disediakan. Budak kecil itu hanya akur menurut arahan. Ayah menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di atasnya. Dia membetulkan cermin matanya.“Pak cik nak kamu pejamkan mata kamu. Boleh kamu ikut cakap pak cik?” Dia mengangguk. Budak itu memejamkan mata. “Bayangkan sekarang kamu berada di tepi laut. Bunyi ombak memukul batu yang berada di sekelilingnya. Angin bertiup lembut ke muka. Perasaan yang sungguh menenangkan.&r
Read more
BAB 26
 “You lambat.” Qistina membuat muncung. Aku menggaru kepala. Kesesakan jalan raya menyukarkan perjalanan aku. “I minta maaf.” Ucap aku pendek. “Yelaa jum kita pergi.” Dia menarik tangan aku. Aku terpinga-pinga. “Pergi mana?” Soal aku keliru. Dia memandang aku. “Oh my god. You dah lupa plan kita hari tu?” Aku gelabah. Bila pula aku ada plan dengan dia? “Tak. Maksud saya kita plan nak pergi mana dulu hari ni. Bukan banyak tempat ke kita nak pergi?” Aku cuba berlagak tenang.“Owh I see. Hehe sorry sorry. Kita pergi taman jelah hari ni.” Dia berjalan mendahului aku di belakang. Aku menepuk dahi. Taman mana pula? “You ingat tak bawah pokok ini? Masa tu you suruh I confess perasaan I dekat lelaki yang I suka. Tetapi sebenarnya lelaki tu you hehe.” Dia tersenyum manis menampakkan be
Read more
BAB 27
BORHAN  “Kau biar betul ni Rashid?” Soal aku yang masih tidak mempercayai kata-kata Rashid tadi. “Macam yang kau tengok sendiri.” Aku menyelak borang-borang atas meja. Segala butir peribadi terkandung di dalam borang ini. “Jadi betul lah yang kau menjaga mereka sejak dari kecil?” Aku memandang Rasyid. Dia mengangguk. “Yaa. Aku membesarkan mereka apabila anggota polis memberitahu aku yang ibu bapa mereka mati di tempat kejadian.” Aku mengeluh. Mungkin itu faktor mereka menjadi seperti ini. “Ada perkara yang perlu kau tau.” Tambah aku. Dia mendongak memandang aku. “Kami temui mayat Haris di dalam hutan. Kami syak pembunuh itu ialah Ikmal berdasarkan petunjuk yang dia tinggalkan.” Rashid menggeleng. Aku keliru. “Kau yakin Ikmal tu yang bunuh? Kau sendiri tau kan siapa pembunu
Read more
BAB 28
YUSUF Masa seakan terhenti apabila aku memandang dia. Dia lain daripada lelaki lain. Senyuman dia. Kelakuan dia membuatkan aku terpesona. Aku pun tidak tahu sama ada aku sudah mula jatuh cinta pada dirinya atau ini hanya sekadar perasaan biasa. Jujur aku tidak pernah tahu apa itu erti cinta. Tapi sebaik sahaja aku mengenali dia, aku dapat rasakan rasa cinta itu walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku harap dia juga merasakan perkara yang sama terhadap aku.  Aku berhenti membaca helaian surat yang aku ambil daripada pejabat ayah. Rupa-rupanya selama ini Afiza meluahkan segala perasaannya dalam surat tanpa pengetahuan aku. Yang paling aku curiga, bagaimana surat ini berada pada ayah? Dia langsung tidak memberitahu apa-apa tentang perkara ini. Apa yang dia cuba sembunyikan? Telefon aku berdering. Aku melihat nama pada skrin. Tiada nama. Aku menjawab panggilan itu. “Hello Yusuf. E
Read more
BAB 29
IKMAL Aku cuba kawal diri aku supaya bertenang. Naufal akan melepaskan tembakan pada bila-bila masa saja. Jadi aku perlu bertindak segera. Aku mengeluarkan picagari di dalam poket. Dr. Rasyid yang memberikannya kepada aku untuk digunakan pada Naufal ketika aku berjumpa dengannya tempoh hari. Aku berlari ke arah Naufal lalu menendang pistol yang berada di genggamannya. Pistol itu terpelanting jauh. Aku mengunci kedua-dua tangannya. Aku mengambil peluang ini untuk menyutik leher Naufal. Dia mengerang kesakitan. Beberapa saat kemudian Naufal rebah ke tanah. Aku menarik nafas lega.  “Kamu tak apa-apa?” Yusuf meluru ke arah aku. Aku terkejut kerana tidak sangka dia akan berada di sini. “Aku oke. Macam mana kau boleh datang ke tempat ini?” Soal aku pelik. “Panjang ceritanya. Yang penting sekarang kau nak buat apa dengan dia ini?” Soalan aku dibalas soala
Read more
PREV
123456
...
11
DMCA.com Protection Status