Thelma. Seorang perempuan yang sangat gemar mendengar cerita dari sang pencerita. Hidupnya penuh dengan warna-warni kehidupan dan terlahir dari rakyat biasa. Namun untuk mencari mata pencarian sehari-hari, kedua orang tuanya terpaksa berpindah ke kota. Ayahnya membuka kedai buku atas bantuan ayah kepada isterinya. Walter. Seorang lelaki yang dalam diam mendambakan cinta dari perempuan idamannya. Perasaan yang membuak-buak sehingga dia sanggup buat apa sahaja untuk perempuan idamannya menyedari kewujudannya. Namun ternyata hubungan terhalang dek kerana darjat mereka yang jauh berbeza. "saya takkan pernah pilih awak meskipun awak memilih untuk memiliki saya. Saya sedar...saya orang biasa," ~ Thelma "Nothing will change my mind and I'll only choose you from the beginning until the end," ~ Walter Bak kata orang mencintai itu tidak seharusnya memiliki. Dan itu juga yang Walter hadapi saat hatinya menginginkan Thelma, dirinya harus berhadapan dengan pilihan orang tuanya. Baginya hidup seorang manusia itu, bila mencari pasangan sehidup semati, tidak harus memandang pada darjat atau kekayaan semata. Tapi cinta. Namun pelbagai dugaan harus ditempuhi. Hubungan cinta mereka dihalang dan Thelma memilih untuk pergi saat dirinya jatuh tersungkur. "Saya pergi andai kepergian saya ini adalah membahagiakan awak," ~ Thelma. "Saya mohon...jangan pergi," ~ Walter. Adakah kesudahan bahagia menanti mereka berdua? Disaat seorang dari mereka beralah pergi, akan adakah peluang kedua untuk cinta mereka menyatu kembali?
Lihat lebih banyakTHELMA terjaga dari bangunnya bila dia mendengarkan suara tangisan yang sayup-sayup kedengaran di ruangan kamar itu. Dia mencelikkan matanya lalu mencari arah bunyi tangisan itu. Dua katil seniornya jelas tiada pergerakan. Dia mencuri pandang ke arah katil Selma. Meskipun gelap namun matanya dapat menangkap bahu yang terhinjut menahan tangisan itu. Thelma perlahan bangun lalu mendekati katil Selma. Selma jelas terkejut bila melihat Thelma di situ. Air matanya laju dikesat. Thelma duduk lalu memandang wajah Selma tika itu."Kita pergi balkoni depan," ajak Thelma separa berbisik.Thelma terus menarik tangan Selma pergi dari ruangan kamar itu. Mereka berhati-hati menuju ke balkoni di tingkat itu. Mujur tidak ada yang berlegar di aras itu. Pintu balkoni ditutup rapat kembali dan mereka duduk di situ menikmati pemandangan malam. "Kenapa awak menangis?" Selma diam. Namun wajahnya kelihatan sedih sekali. Thelma jadi kasihan melihat keadaan te
SELAMA dua minggu itu, rutinnya kembali ke asal. Dia kembali fokus membuat kerjanya. Dia rasa sepi sekali bila lelaki itu tidak berada di situ. Dia rindu berada dalam dakapan lelaki itu. Dia rindu bibirnya dihadiahkan dengan ciuman kasih. Dia rindu segalanya tentang lelaki itu. Kadang dia sampai terbayang-bayang lelaki itu ada di situ menemaninya bila dia sendirian. Dia jadi angau. Setiap saat fikirannya memikirkan lelaki itu. Namun semangat kerja masih sama. Tidurnya sering bermimpikan lelaki itu. Thelma merungut kecil. Ranting kecil yang diambilnya tadi dilempar ke air tasek penuh sebal. Hatinya sebal sebab dia merindukan figura lelaki itu siang dan malam. Ranting kayu diambil lagi lalu dilempar kuat. Bunyi kocakan air kedengaran. Dia malas bersama di situ. Lebih lama dia akan jadi gila sebab tergila-gilakan putera itu. Dia tidak mahu saban hari memikirkan lelaki itu sahaja. Dirinya pun kena urus juga. Thelma bangun lalu berpusing untuk berganjak dari
DIRINYA tersedar bila ada seseorang bermain dengan tangannya. Dengan rasa ngantuknya yang masih ada, dia kuatkan diri untuk celikkan kedua matanya. Terbuka sahaja pandangannya dipenuhi dengan keindahan wajah Walter. Thelma langsung bangun bila menyedari lelaki itu sudah bangun. Dia duduk lalu memandang Walter."Kenapa tak bangunkan saya?" "Saya tak nak ganggu lena awak," Walter menarik tubuh Thelma agar merapat dengannya. Kepala perempuan itu dilentokkan di bahunya. Tangan mereka bersulam menyatu. Pandangan mereka ke depan. Balkoni yang terbuka itu menampakkan suasana pemandangan tasek yang indah belaka. "Kenapa awak tak tegur saya ketika awak datang ke kedai buku ayah saya?" Tiba-tiba Thelma menyoal bila teringatkan buku yang sudah penuh di rak dalam ruangan itu.Walter melihat rak buku dalam kamarnya itu. Bila melihat itu, bibirnya seraya menguntum senyum. Entah berapa kali dia datang ke kedai buku itu semata hanya mahu melihat anak
PAGI itu hening sekali. Dengan matanya yang berat, dia cuba melawan rasa ngantuknya. Terpisat-pisat dia bangun lalu merenggangkan seluruh tubuhnya dek terasa lenguh. Lena sungguh tidurnya semalam siap bertemankan mimpi putera kesayangannya. Bila mengingatkan hal itu, bibirnya automatik mengukir senyum kecil. Ketukan di pintu membuat kepalanya menoleh. Terjenggul kepala sang ibu yang ingin membangunkannya. Marlene lega sekali bila anak perempuannya itu sudah bangun. Selepas itu ibunya beredar mahu menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Thelma bangun dari katilnya dan mengemaskan cadar tilamnya. Selimut nya dilipat kemas. Dia leka menepuk bantalnya lalu disusun penuh rapi. Biliknya akan kembali kosong bila dia pulang ke istana lagi. Baru dia mahu memusing tubuhnya untuk pergi, tiba-tiba ada satu tangan melingkar merangkul pinggangnya. Thelma menjerit terkejut lalu meronta untuk membebaskan dirinya. Namun sekejap sahaja bila matanya
KAKINYA laju melangkah keluar dari teksi itu yang betul-betul parkir di depan kedai buku Monroe itu. Beg pakaiannya yang sederhana besar itu disandang di bahunya. Selesai membayar tambang, dia pergi meluru masuk ke dalam kedai buku itu. Wajah ayahnya dicari sebelum tubuhnya menerima pelukan dari seseorang. Siapa lagi kalau bukan adik lelakinya yang begitu manja dengannya. "Kakak!" Thelma tersenyum gembira bila akhirnya dia bertemu dengan keluarganya kembali. Dipeluk tubuh Theodore penuh erat, agar rindunya berkurangan. Dia pun mengerti perasaan rindu adiknya itu disebabkan hanya dia seorang sahaja yang menjadi tempat curhat adiknya itu. "Ayah mana?" "Tengah susun buku," Sebaik pelukan adik beradik itu terlerai, Thelma melangkah mencari keberadaan ayahnya yang dia rindukan. Bila matanya menangkap susuk tubuh ayahnya, laju sahaja dia berlari meluru mendakap tubuh ayahnya itu. Alfred menangis terharu sambil
SEHARIAN suntuk itu dia hanya menjadi pemerhati bagaimana cara kerja William. Wilma di sebelahnya teliti mendengar. Dia mengerti bidang itu menjadi kegemaran kakaknya itu. Sebelum berangkat kerja, William sudah menegas untuk Wilma tidak mengikuti mereka. William nak sangat beri ilmunya pada Walter tentang dunia perniagaan. Tapi sayangnya Walter tidak berminat sama sekali. Hatinya lebih memilih untuk menjadi seorang tentera yang menjaga keselamatan negara. Ayahnya pun tidak membantah mimpinya itu. Selesai mesyuarat, barulah Walter boleh merenggangkan tubuhnya. Wilma kelihatan gembira sekali bila dirinya boleh menghadiri mesyuarat entah apa yang Walter sendiri pun tidak mengerti. Lagipun Wilma banyak kali menyampuk untuk memberi cadangan dan pendapat. Semuanya pendapatnya tadi diterima banyak orang. Wilma memang otaknya bergeliga sekali. "Nak lunch dekat mana?" William menyoal bila perutnya sudah terasa lapar. "Abang ada recommend mana-man
BERPELUH seluruh tubuhnya bila dia melakukan kardio ringan di pagi hari. Sejak dirinya menjadi seorang tentera, dia seringkali menjaga tubuhnya dan pola makanannya. Singlet ditubuh dilepaskan lalu dilempar ke dalam bakul basuh. Dia sedikit segar pagi itu. Tuala kecil dicapai lalu dibawa ke wajahnya. Peluhnya dilap. Melihat Max masih belum muncul, dia terus melangkah keluar dari bilik mini gym nya itu. Beberapa derapan langkah dia teruskan sebelum dirinya menyedari ada seseorang di dalam kamarnya itu. Dia lupa waktunya begini ada seorang maid akan mengemaskan katilnya. Matanya dikecilkan. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya kala itu. Walter berjalan untuk mendekat dan tekaannya tepat sekali. Semalam dia sengaja mahu mengenakan perempuan itu. Biar perempuan itu merayu kepadanya tapi malah sebaliknya. Thelma diam sahaja. "Are you okey?" Walter menyapa terus bila perasan perempuan itu dalam keadaan lemah.Thelma menoleh. Namun sekejap sahaja sebelum dia tunduk ke bawah. "Saya tanya..
YVONNE membuka langkah lalu mara mendekat satu susuk tubuh yang dia rasa sesuai untuk menemani putera Walter sedang berendam di dalam ruangan tab mandinya. Dia percaya pilihannya ini bakal tidak mendatangkan masalah. Sudah berapa kali putera Walter mengadu kepadanya tentang perangai gatal maid dibawah jagaannya. "This time...I choose you,"Mendengar suara Yvonne, Thelma langsung tayang muka tidak mahu. Dia tidak rela harus berdua lagi di dalam ruangan mandian putera itu. Namun gelengan kepalanya tidak diendahkan. Segala barang keperluan mandi putera Walter diserahkan kepadanya. Tubuh Thelma langsung ditolak masuk ke dalam kamar beradu putera Walter. Thelma terkebil-kebil memandang dalam ruangan kamar mewah itu. Tapi semuanya seketika bila Max berdiri di depannya lalu memberi arahan untuk masuk ke dalam ruangan bilik air.Rasa nak meletup jantungnya memandangkan dia ditinggalkan berdua dengan putera Walter. Inikah balasan atas dirinya cuba menghindari putera itu? Dengan langkah terp
LANGKAH kakinya perlahan mati di hadapan dinding kaca lutsinar itu. Kedua matanya tunak memandang ke arah satu figura tubuh di luar sana yang sedang gigih membersih kolam renang mewah itu. Perempuan itu sesekali mengelap peluhnya di dahinya. Dia tidak sendirian. Ada maid yang lain bersamanya melakukan hal yang sama. Walter tercegat di situ memerhati setiap gerak-geri perempuan itu. Meskipun berteman namun dia tahu betapa penatnya bekerja membersihkan kolam renang yang luas dan mewah miliknya itu. Mungkin Yvonne lupa yang maid perempuan tidak perlu membersihkan kolam renang itu. Hanya lelaki sahaja. Tapi tidak apa yang penting kerjanya ringan sahaja. Tidak perlu angkat baldi berisi air yang berat seperti tugasan lelaki.Baru sahaja dia mahu pergi menyapa, langkahnya sekali lagi mati. Bila melihat Thelma bangun dari duduknya, terserlah baju uniformnya yang sedikit basah. Mungkin terkena percikan air ketika pekerja lelaki sedang membersihkan dalam kolam renang itu. Hatinya jadi simpati
Selamat datang di dunia fiksi kami - Goodnovel. Jika Anda menyukai novel ini untuk menjelajahi dunia, menjadi penulis novel asli online untuk menambah penghasilan, bergabung dengan kami. Anda dapat membaca atau membuat berbagai jenis buku, seperti novel roman, bacaan epik, novel manusia serigala, novel fantasi, novel sejarah dan sebagainya yang berkualitas tinggi. Jika Anda seorang penulis, maka akan memperoleh banyak inspirasi untuk membuat karya yang lebih baik. Terlebih lagi, karya Anda menjadi lebih menarik dan disukai pembaca.