Share

Bab 6

8.30pm

Axiata Arena, Kuala Lumpur

Orang ramai daripada kalangan selebriti serta kelab penyokong begitu ramai di pintu masuk hadapan dewan ini. Anugerah Juara Lagu ke 34 antara program televisyen yang sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Segala karya daripada pencipta lagu, penulis lirik serta penyanyi sesebuah lagu itu akan berada di majlis ini. Mereka bertanding untuk dinobatkan siapakah pemenang AJL yang ke 34 ini.

Ketika ini, laluan karpet merah antara yang paling mencuri tumpuan. Ini kerana golongan selebriti sama penyanyi yang tidak bertanding mahupun pelakon akan hadir bagi menyaksikan program berprestij ini. Di laluan karpet merah ini juga akan menyaksikan bagaimana seseorang selebriti mengenakan pakaian dan busana daripada pereka fesyen yang disegani Malaysia.

Ada diantara mereka yang datang bersama pasangan, ada yang berjalan seorang diri. Setiap inci fizikal mereka sama ada lelaki mahupun wanita akan menjadi tumpuan lensa kamera. Jurukamera yang berada di sekeliling karpet merah ini akan mengambil gambar sesiapa sahaja selebriti yang melalui karpet merah ini.

Sementara itu, nun jauh di satu lokasi, sebuah kereta pacuan empat roda berada di situ tanpa kenderaan lain di sekeliling kereta tersebut. Di dalam kereta itu, hanya Marco seorang diri sahaja di dalam kereta sambil matanya fokus ke arah skrin komputer ribanya. Jari jemarinya lincah menari di atas papan kekunci komputer itu. Headphone juga dipakai oleh lelaki berambut perang itu.

"Bob, kau boleh bergerak sekarang. Berhenti bila aku suruh, faham", kata Marco menggunakan microphone pada headphone tersebut.

"Baik".

Marco melihat di skrin komputer ribanya. Sosok tubuh Bob kelihatan bergerak di skrin tersebut dalam bentuk infrared. Matanya kemudian ditoleh ke sebelah kanannya, sebuah lagi skrin empat segi memaparkan satu lagi sosok tubuh lain sedang meniarap.

"Bob, kau boleh berhenti".

"Baik", kelibat Bob di skrin kelihatan berhenti tanpa sebarang pergerakan.

"Ben, target dah sampai ke belum?", soal Marco kepada Ben yang berada di satu lokasi lain.

"Belum lagi. Entah-entah dia tak datang agaknya", balas Ben yang sedang meniarap di tingkat sebuah bangunan paling atas. Mata kanannya masih fokus ke dalam skop sniper model Barret 95 keluaran America Syarikat itu. Senapang ini sudah lama dibeli oleh Marco dan hanya digunakan bagi menembak sasaran yang dikenali ramai.

"Tak mungkin. Dia antara artis yang sedang hot sekarang. Mustahil dia tak datang ke majlis glamour begini", kata Marco. Tidak lama kemudian, Ben bersuara secara tiba-tiba.

"Marco, Sophia dah sampai", kata Ben.

"Dia dengan siapa? Bob, kau boleh mula bergerak", kata Marco mengarahkan Bob supaya mara dengan lebih hadapan.

"Baik Marco", balas Bob. Bob mula bergerak menghampiri kawasan karpet merah itu. Busar bersama anak panah dibawa di belakang tubuhnya. Sedang dia berlari pantas dan berhati-hati, Marco mengarahkannya untuk berhenti sekali lagi.

"Dia dengan siapa Ben?", soal Marco lagi.

"Sah! Sophia dengan lelaki yang dalam gambar kita dapat tempoh hari. Perempuan itu dengan suami orang itu. Aku dah boleh mulakan ke?", soal Ben. Picu senapang itu sudah ditarik.

"Bob, kau boleh mulakan kerja kau. Selepas itu, kau boleh tembak kepala perempuan itu Ben", kata Marco dengan nada bersemangat. Hatinya tidak sabar ingin melihat suasana kecoh yang bakal terjadi sebentar lagi.

Bob menarik panjang tali busar panah itu. Sebatang anak panah yang mempunyai lilitan kertas di belakang anak panah itu sudah diletakkan di busar tersebut. Bob kemudiannya melepaskan anak panah berkenaan. Suasana mula berubah kerana tembakan tersebut berjaya mengenai sasaran.

"Bahagian Bob dah selesai, sekarang bahagian kau pula Ben".

Ben mengangguk mendengar suara Marco di hujung talian. Dirinya sudah bersedia untuk melepaskan tembakan. Lelaki itu merenung tepat sasarannya yang masih tidak lepas daripada skop senapang itu. Jarinya menarik picu lalu melepaskan tembakan tepat ke bahagian kepala sasaran.

"Selesai", kata Ben perlahan.

"Bagus, sekarang jom bergerak".

****

Kehadiran pasangan lelaki dan perempuan di laluan karpet merah itu mula mendapat perhatian utama lensa kamera di situ. Pasangan berkenaan adalah pasangan yang sedang dilanda kontroversi hangat di Malaysia ketika ini. Pasangan berkenaan adalah Sophia Jane, pelakon wanita terkenal bersama teman lelakinya.

Mereka berdua berjalan beriringan sambil tangannya berpegangan tangan di melalui laluan karpet merah ini. Mereka berdua ditahan oleh seorang wartawan hiburan, Suzaili Sukiman atau mesra disapa sebagai kak Rock.

"Hai Sophia. Wah, kalian berdua sekarang sedang hangat diperkatakan di serata Malaysia. Ramai peminat Sophia inginkan penjelasan sendiri daripada awak tentang apa yang berlaku ketika ini. Boleh jelaskan?", soal kak Rock kepada Sophia Jane yang tersenyum manis itu. Tubuhnya tampak jelita dengan busana gaun labuh berwarna merah.

"Actually, perkara ini sebenarnya tidak lah besar mana. Kami berdua sudah menjalinkan cinta selepas Khairil bercerai dengan isterinya. Rumah tangga mereka bermasalah bukan kerana saya yang menjadi punca. Saya tak tahu apa-apa pun tentang penceraian mereka", kata Sophia tenang sambil tersenyum mesra.

Tiba-tiba, pasangannya rebah mengaduh kesakitan sambil tangannya memegang kakinya. Suasana mula cemas. Khairil, iaitu teman lelaki Sophia terbaring dengan satu anak panah menembusi betis kaki kanannya. Sophia terkejut lalu berpaling ke arah teman lelakinya.

Namun begitu, sekali lagi suasana semakin cemas. Kali ini giliran Sophia pula rebah di atas karpet merah itu dengan nyawanya yang melayang. Satu tembakan tepat mengenai kepalanya. Sophia mati dengan matanya yang terbuka.

"Argghh".

Suasana mula cemas dengan jeritan daripada semua pengunjung termasuk barisan wartawan yang hadir untuk membuat liputan. Keadaan semakin kecoh disebabkan adegan kepala Sophia ditembak telah dirakam secara tidak sengaja oleh seorang jurukamera. Justeru, babak itu disaksikan secara langsung oleh seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti siaran langsung program ini.

Khairil masih mengerang kesakitan. Anak panah itu sukar untuk dicabut daripada betis kakinya. Jika dia berbuat demikian, darahnya akan mengalir dengan banyak bersama isi daging betis itu. Tiba-tiba, matanya terpandang akan satu helaian kertas kecil di hujung anak panah tersebut.

Tangannya mencabut kertas itu. Khairil terkejut ketika membaca isi kandungan kertas berkenaan. Walaupun ringkas, tetapi ianya padat dengan mesej yang menakutkan.

Sophia dah pun mampus! Jika kau tidak mahu jadi sepertinya, kembali ke pangkuan bekas isterimu yang masih sarat itu. Jika enggan, kau akan menyesal

Khairil lantas menyimpan nota kecil itu. Ianya boleh digunakan bagi siasatan polis. Dalam masa yang sama, hatinya panas memikirkan tentang dalang di sebalik kejadian ini.

****

Lokasi Rahsia

Tiga lelaki itu telah selamat tiba di markas rahsia mereka. Hasil kecekapan Marco memandu kereta, mereka berjaya melepasi kesesakan jalan raya akibat daripada sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak berkuasa. Mereka berehat seketika di atas sofa.

Tiba-tiba, Marco menjerit kegembiraan. Dia yang ralit bermain telefon pintar ketika ini mula menunjukkan riak wajah ceria. "Hei, korang. Kita dah boleh fikirkan nak bercuti di mana sebab client kita dah buat pembayaran".

Bob dan Ben tersenyum sahaja. Mereka termenung sambil berfikir untuk bercuti ke mana. "Jadi, bolehlah kita bercuti naik kapal cruise. Sekali sekala merasa naik kapal mewah, apa salahnya kan", ujar Bob sambil menyalakan rokok di tangannya.

"Berapa orang itu bayar kita?", soal Ben.

"RM 60 ribu. Banyak kan", kata Marco sambil tersengih sahaja. Dua rakannya itu bersorak sambil bertepuk tangan. Begitu mudah untuk mendapatkan duit ketika ini. Hanya dengan membunuh sahaja, mereka sudah boleh menjana pendapatan lumayan.

"Ini baru bayaran malam ini. Belum lagi bayaran tempoh hari, masa kita jual mayat lelaki tua itu kepada Kuma. Kalau campur semua, fuhh. Kaya kita mat", kata Marco lagi sambil kepalanya mendongak ke atas melihat siling. Tangannya didepa sambil mindanya membayangkan helaian-helaian duit yang banyak sedang jatuh di atas tubuhnya.

"Jadi, kita nak bercuti ke mana? Naik kapal macam Bob cakap pun seronok juga", soal lelaki berambut perang kekuningan itu lagi.

"Aku ikut sahaja mana-mana. Janji, dapat berehat. Cuci mata tengok permandangan luar", balas Ben.

"Kita naik kapal cruise sahaja. Seronok, tak tipu", ujar Bob. Marco menggelengkan kepala sahaja. Harapkan muka sahaja ganas, tetapi perangai macam kanak-kanak riang apabila ingin bercuti.

"Kau okay ke Ben kalau naik kapal itu?", soal Marco. Tubuhnya sudah bangun daripada kerusi. Kakinya melangkah ke dapur untuk mengambil minuman di dalam peti sejuk.

"Aku okay sahaja", balas Ben. Pendek.

"Baik. Kalau tak silap aku, nanti ada Matta Fair di The Mines, Serdang. Boleh lah kita pergi ke sana untuk tempah tiket. Kalau tak silap aku, kita boleh dapat harga murah kalau tempah di Matta Fair", kata Marco sambil menonggang botol air Pepsi ke mulutnya.

"Bila itu?", soal Bob.

"Lusa. Kau on tak?", soal Marco lagi inginkan kepastian.

"On, benda seronok kot. Mana boleh tak on", kata Bob dengan nada ceria.

"Kau?".

Ben mengangguk sahaja menjawab soalan Marco. "Baik, kalau macam itu lagi dua hari kita akan pergi ke pusat membeli belah, The Mines untuk tempah tiket".

Mereka bertiga kemudian berdiam diri seketika sambil melayan perasaan.

Comments (1)
goodnovel comment avatar
RED SCARLET
best .. tinggl lok chapt je
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status