Dendam: Darah Perampas Cinta

Dendam: Darah Perampas Cinta

By:  Ameen Typewriter  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
1 rating
9Chapters
1.6Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Ben, lelaki yang aktif di waktu malam dalam melakukan kerja-kerja jahatnya, iaitu membunuh wanita dan lelaki. Setiap mangsanya adalah pasangan yang menjalinkan hubungan sulit di belakang pasangan halal masing-masing. Gerak kerjanya teratur, sehingga sukar dijejaki pihak polis. Oleh sebab itu, beliau mendapat gelaran Vampire of Bad Couple. Kehidupan Irfan Haziq bersama ahli keluarganya runtuh disebabkan hadirnya orang ketiga dalam rumah tangga ibu bapanya. Oleh sebab perasaan cinta, Zulaikha tegar meminta untuk diceraikan hanya kerana ingin bersama dengan kekasih gelapnya, Yusuf. Perkara tersebut menyebabkan dia memasang dendam yang mendalam terhadap ibu dan bapa tirinya.

View More
Dendam: Darah Perampas Cinta Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
RED SCARLET
best.. keep it up
2021-08-13 05:55:09
1
9 Chapters
Prolog
1.00am   Royal Bintang, Seremban   Dua kujur tubuh lelaki dan wanita sedang berpelukan sesama mereka. Tubuh mereka basah dengan peluh selain tiada seurat benang. Mereka berdua baru sahaja selesai memadu asrama yang telah lama disimpan sekian lama. Kini, mereka hanya berbaring di atas katil untuk berehat selepas beraksi hebat sebelum ini.   Sang wanita memeluk dada bidang lelaki dengan kepalanya berada di atas lengan pasangannya. Jari jemari lelaki itu mengusap lembut rambut perang pasangannya sambil tersenyum manis. Kedengaran ketawa kecil sesama mereka.    "Lama kan kita tak jumpa. I rasa dalam dua minggu juga kan. Terima kasih ya sebab sudi jumpa I. Apa yang you cakap dengan si tua itu tadi?", soal si wanita itu sambil jarinya masih setia memegang dada lelaki itu.   Lelaki tadi hanya tertawa sahaja. "Dia itu memanjang tidur awal sahaja. Itu sebab dia tak pernah ada masa de
Read more
Bab 1
Tuk! Tuk! Tuk! Ketukan pintu bilik hotel itu terlalu kuat. 7 orang lelaki berdiri termasuk seorang kanak-kanak lelaki di hadapan pintu bilik hotel ini. Salah seorang daripada berwajah bengis. Hatinya panas disebabkan sesuatu. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan oleh salah seorang daripada mereka. "Hei, sial! Buka pintu ini", jerkah lelaki itu dengan wajahnya yang merah padam.  "Sabar Kamarul", ucap lelaki di sebelahnya. Ketukan kuat itu akhirnya berhenti selepas pintu hotel itu dibuka daripada dalam oleh seorang lelaki. Tanpa menunggu lama, Kamarul terus menerpa ke arah lelaki terbabit lalu menumbuk muka lelaki itu. Tersungkur lelaki itu dibuatnya ke atas lantai. "Jantan sial! Apa yang kau buat dengan isteri aku hah? Kau sedar tak apa yang korang buat ini?", Kamarul memijak tubuh lelaki itu berkali-kali walaupun dihalang oleh 2 daripada rakannya. "Ka..Ka..kami tak buat apa-apa
Read more
Bab 2
9.00pm Restoran Azhaar Maju, Senawang "Teh o panas ya". Pelayan mamak itu menghantar minuman panas yang dipesan ke meja seorang pengunjung. Air panas itu kepunyaan seorang lelaki yang agak berusia dalam lingkungan 50an berdasarkan rambutnya yang sudah beruban sedikit. Namun begitu, tubuhnya masih kelihatan sihat. Tidak bongkok, malah masih tegap lagi.  "Terima kasih", kata lelaki tua itu kepada pelayan tadi. Pelayan tadi mengangguk sebelum beredar menyambung semula tugasannya.  Tiba-tiba, telefon pintar model IPhone 11 berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama Ben Beckham tertera di skrin berkenaan. Lelaki itu menjawab panggilan tersebut. "Hello", "...", "Oh ya? Baik. Saya pakai baju T berwarna merah. Encik nampak tak?", soalnya kepada pemanggil di hujung talian. "...", 
Read more
Bab 3
Kereta Myvi milik Ben memasuki sebuah bangsal yang agak usang. Di situ, ada tiga orang lelaki sedang berdiri tegak di bahagian sisi kereta pacuan empat roda yang berada di situ manakala seorang lagi duduk dibahagian bonet enjin. Mereka bertiga memeluk tubuh sendiri sambil memerhatikan sahaja Ben memberhentikan kereta serta mengeluarkan lelaki tua yang sudah mati itu.Lelaki yang duduk di atas bonet enjin itu lekas turun lalu menuju ke arah Ben yang mengheret mayat Eddie ke arah mereka. Ben berhenti daripada melangkah. Lelaki tadi tersenyum sambil melihat sekujur tubuh lelaki tua tersebut."Bagus ya, Marco. Budak kau yang satu ini memang hebat buat kerja. Aku memang suka berurusan dengan kalian", kata lelaki itu kepada Marco, yang berdiri di bahagian sisi kiri kereta pacuan empat roda itu. Tubuhnya tinggi dengan rambutnya berwarna perang ala blonde. Namun begitu, gaya potongan rambutnya pelik seperti buah nanas."K
Read more
Bab 4
11.00am Irfan ralit menyiapkan kerja-kerja yang berlambak di atas meja. Tugasnya di pejabat agama Jelebu ini tampak mudah namun jika tidak cukup ilmu di dada, akan menjadi serba tidak kena. Irfan terlibat dalam hal ehwal undang-undang kekeluargaan Islam, yakni perkahwinan, penceraian, nafkah dan penjagaan anak.  Tuk! Tuk! Tuk! "Masuk", Irfan bersuara kepada si pengetuk pintu. Pintu berkenaan kemudian dibuka daripada luar. Kelihatan seorang wanita bersama pasangan lelaki dan perempuan yang sedikit berusia masuk ke dalam bilik pejabat ini. Wanita muda itu membawa sehelai kertas lalu ditunjukkan kepada Irfan. "Pakcik dan makcik, jemput duduk ya", kata wanita itu dengan tag nama Maria di bahagian tudung sebelah kanan. Irfan hanya membaca borang berkenaan. Borang itu adalah borang yang perlu diisi oleh setiap pasangan jika mempunyai masalah rumah tangga.  Irfan mengeluh send
Read more
Bab 5
8.00amIzzati tersedar daripada tidur. Tubuhnya terasa berat namun wajahnya tersenyum melihat suaminya yang masih terlena tertiarap di atas tubuhnya. Oleh sebab keletihan, mereka terlena begitu sahaja sehingga terlepas solat fardhu Subuh."Abang. Bangun, dah pagi", bisik Izzati sambil tersenyum. Tangannya mengusap belakang kepala Irfan. Tidak lama kemudian, lelaki itu memberikan tindak balas. Tubuhnya perlahan-lahan bangkit lalu duduk di atas katil. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain sebelum masing-masing ketawa."Teruk betul abang ini, dengan sejadah tak lipat, terus terkam sayang.  Tengok, tak pasal-pasal kita terlepas Subuh", kata Izzati dengan nada merengek. Irfan hanya tertawa sahaja."Dah sayang romantik sangat malam tadi. Abang tak boleh, mesti turn on sahaja", balas Irfan sambil menepuk kaki isterinya."Sudah lah itu, jom bangun. Hari in
Read more
Bab 6
8.30pmAxiata Arena, Kuala LumpurOrang ramai daripada kalangan selebriti serta kelab penyokong begitu ramai di pintu masuk hadapan dewan ini. Anugerah Juara Lagu ke 34 antara program televisyen yang sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Segala karya daripada pencipta lagu, penulis lirik serta penyanyi sesebuah lagu itu akan berada di majlis ini. Mereka bertanding untuk dinobatkan siapakah pemenang AJL yang ke 34 ini.Ketika ini, laluan karpet merah antara yang paling mencuri tumpuan. Ini kerana golongan selebriti sama penyanyi yang tidak bertanding mahupun pelakon akan hadir bagi menyaksikan program berprestij ini. Di laluan karpet merah ini juga akan menyaksikan bagaimana seseorang selebriti mengenakan pakaian dan busana daripada pereka fesyen yang disegani Malaysia.Ada diantara mereka yang datang bersama pasangan, ada yang berjalan seorang
Read more
Bab 7
Golden Screen Cinemas, Palm MallIrfan dan Izzati keluar daripada panggung wayang sambil berpegangan tangan. Wajah Irfan tampak seronok dan puas setelah selesai menonton filem daripada siri anime popular Jepun itu. Sedari tadi, mulutnya ralit bercerabih tentang babak-babak di dalam filem berkenaan."Macam itu sahaja Mihawk potong meteor Fujitora itu. Tapi, abang tak faham apa fungsi dia datang pulau itu. Baik tak payah datang kan kalau setakat nak potong meteor sahaja", kata Irfan ketika mereka sudah keluar daripada panggung berkenaan."Ish! Dah lah itu bang. Tati bukan faham pun apa yang abang cakap. Tati tak kenal langsung nama-nama yang abang sebut tadi itu", balas Izzati. Dia menggeleng sambil tersenyum sahaja mendengar bebelan suaminya tentang filem tadi."Itulah awak, abang dah cakap follow daripada awal siri One Piece ini. Tapi awak tak nak. Tengok, dah tak faham apa yang a
Read more
Bab 8
Izzati hanya diam membisu sahaja di tempat duduk penumpang hadapan. Suaminya juga tidak bercakap sepatah kata pun sejak masuk ke dalam kereta. Kedua-duanya seperti melayan perasaan masing-masing sambil ditemani alunan suara penyampai radio Suria FM ini.Sesekali anak mata Izzati menjeling ke arah Irfan yang masih fokus kepada pemanduan. Hatinya masih terkejut dengan perubahan sikap suaminya sebentar tadi. Lelaki itu adalah seorang yang tidak mudah betah dan marah akan hal yang remeh-temeh. Tetapi perkara tadi jelas menunjukkan sisi lain suaminya itu.Irfan pula perasan akan hal itu namun sengaja dia tidak mahu memulakan perbualan terlebih dahulu. Tipu jika dia tidak berasa bersalah dengan ketelanjuran sikapnya yang telah memalukan dirinya dan pasangan. Hembusan nafasnya dihembuskan perlahan-lahan. Dia perlu rendahkan egonya waktu ini."Sayang".Izzati yang leka memandang cermin sisi tingkap berpaling ke ar
Read more
DMCA.com Protection Status