Share

Bab 8

Izzati hanya diam membisu sahaja di tempat duduk penumpang hadapan. Suaminya juga tidak bercakap sepatah kata pun sejak masuk ke dalam kereta. Kedua-duanya seperti melayan perasaan masing-masing sambil ditemani alunan suara penyampai radio Suria FM ini.

Sesekali anak mata Izzati menjeling ke arah Irfan yang masih fokus kepada pemanduan. Hatinya masih terkejut dengan perubahan sikap suaminya sebentar tadi. Lelaki itu adalah seorang yang tidak mudah betah dan marah akan hal yang remeh-temeh. Tetapi perkara tadi jelas menunjukkan sisi lain suaminya itu.

Irfan pula perasan akan hal itu namun sengaja dia tidak mahu memulakan perbualan terlebih dahulu. Tipu jika dia tidak berasa bersalah dengan ketelanjuran sikapnya yang telah memalukan dirinya dan pasangan. Hembusan nafasnya dihembuskan perlahan-lahan. Dia perlu rendahkan egonya waktu ini.

"Sayang".

Izzati yang leka memandang cermin sisi tingkap berpaling ke ar

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status