Share

Dendam: Darah Perampas Cinta
Dendam: Darah Perampas Cinta
Author: Ameen Typewriter

Prolog

1.00am

Royal Bintang, Seremban

Dua kujur tubuh lelaki dan wanita sedang berpelukan sesama mereka. Tubuh mereka basah dengan peluh selain tiada seurat benang. Mereka berdua baru sahaja selesai memadu asrama yang telah lama disimpan sekian lama. Kini, mereka hanya berbaring di atas katil untuk berehat selepas beraksi hebat sebelum ini.

Sang wanita memeluk dada bidang lelaki dengan kepalanya berada di atas lengan pasangannya. Jari jemari lelaki itu mengusap lembut rambut perang pasangannya sambil tersenyum manis. Kedengaran ketawa kecil sesama mereka. 

"Lama kan kita tak jumpa. I rasa dalam dua minggu juga kan. Terima kasih ya sebab sudi jumpa I. Apa yang you cakap dengan si tua itu tadi?", soal si wanita itu sambil jarinya masih setia memegang dada lelaki itu.

Lelaki tadi hanya tertawa sahaja. "Dia itu memanjang tidur awal sahaja. Itu sebab dia tak pernah ada masa dengan I. Tapi bagus juga, sebab I tak pernah cintakan dia pun. I kahwin dengan dia sebab dia kaya sahaja", balas lelaki berkenaan sambil tertawa. 

"Tak apa lah Nizam. You kikis duit dia sikit-sikit, boleh buat modal untuk kita kahwin nanti. Bila dah cukup, you tinggalkan sahaja dia itu. Dia bukannya menarik pun. Tengok I, barang semua masih padu lagi tau", balas wanita itu sambil menggesel buah dadanya di atas dada bidang lelaki bernama Nizam itu.

Nizam tersenyum penuh makna. Antara penyebab dia tergilakan wanita ini bukan sahaja kerana rupa paras dan bentuk tubuhnya, tetapi kerana nafsu seksnya yang luar biasa. Bukan mudah untuk bertemu dengan wanita yang mempunyai naluri hypersexual seperti Nini, skandal sulitnya ketika ini. 

"You, jangan tease I lagi boleh? Nanti I jadi geram", balas Nizam sambil memejamkan matanya. Leka dengan belaian daripada Nini.

"Apa salahnya kalau you geram dengan I. Tunjukkan dekat I", balas Nini dengan nada berbisik manja. Tidak lama kemudian, mereka bergomol semula. Bersedia untuk memulakan pusingan kedua.

Sedang mereka leka berpelukan, berkucupan sesama mereka. Tiba-tiba, pintu bilik hotel yang ditempahnya diketuk kuat berkali-kali. Mereka berdua terkejut sambil memandang wajah sesama sendiri. 

"Jangan-jangan...", Nini berbisik perlahan, namun di dalam hatinya tersenyum kecil. Dia tidak kisah jika ditangkap basah sekalipun kerana dirinya tahu, mereka akan disatukan secara sah walaupun tampak seperti kotor caranya. Nizam bangun sambil melilit pinggangnya dengan kain tuala. Langkah diatur ke arah pintu bilik tersebut.

Nizam menjengah ke dalam lubang kecil di pintu kayu itu. Di balik lubang itu, ada kelibat seseorang berdiri tegak di hadapan pintu. Nizam berpaling ke arah Nini dengan membuat isyarat badan. Nini membalas dengan mengangkat kedua-dua bahunya sementara tangannya menutup tubuh bogelnya dengan selimut hotel itu.

Nizam memasang tali rantai di tepi pintu bilik itu. Perlahan-lahan, dia membuka sedikit pintu itu dengan tali yang sudah disangkutkan pada bahagian sisi pintu tersebut. Nizam menjengahkan kepalanya sambil tangannya memegang bahagian sisi pintu bilik itu. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kulit serba hitam dengan topi di kepala.

"Ya, encik. Kena...", belum sempat Nizam menghabiskan ayat, lelaki berkenaan mengeluarkan sebilah parang lalu menetak tali rantai yang disangkut pada pintu itu. Nizam terkejut dan tidak sempat berbuat apa-apa lalu berundur ke belakang. Tali rantai itu terputus begitu sahaja. Lelaki itu pantas meluru masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu itu daripada dalam.

"Siapa kau? Apa yang kau nak hah?", kata Nizam dengan nada bertempik kepada lelaki misteri itu. Nini yang melihat situasi itu di atas katil hanya terkejut. Dirinya menyorok di sebalik katil bersaiz permaisuri itu. 

"Kau tak perlu tahu siapa aku. Apa yang kau perlu tahu, benda yang kau buat ini salah. Ya, sedap kan. Lagi sedap daripada bini kau itu. Tapi, perkara ini tak akan kekal lama. Kembalilah ke pangkal jalan, sebelum kau menyesal", balas lelaki itu dengan nada suara dalam dan garau.

Nizam bengang dengan lelaki yang tidak dikenali itu. Sudah menceroboh ke dalam bilik, beri nasihat pula kepada dirinya. "Kalau tak, apa kau nak buat dengan aku?", balas Nizam sambil tertawa sinis. Ketawa yang mengejek pemuda misteri itu.

"Kalau tidak, parang ini akan cabut kepala kau daripada badan", tanpa menunggu lama, lelaki misteri itu terus menyerang ke arah Nizam. Parang di tangannya dihayun berkali-kali ke arah Nizam namun lelaki itu bijak mengelak daripada terkena serangan tersebut.

Berbekalkan ilmu pertahanan diri kickboxing yang dipelajarinya dahulu, Nizam berjaya menyerang balas penyerang misteri tadi. Lelaki itu terduduk seketika sambil memegang bahagian perutnya yang terkena serangan lutut Nizam. Nizam hanya mampu tertawa sahaja kepada lelaki itu.

"Siapalah yang hantar kau ini. Nak bunuh aku konon, tapi lembik. Baik kau cakap dengan aku, siapa yang hantar kau ke sini? Hah? Datuk Miza kan yang suruh kan?", soal Nizam dengan nada sinis. Dia masih berdiri tegak di hadapan lelaki misteri itu.

Lelaki itu tertawa sinis pula. "Tuhan yang gerakkan aku untuk ke sini. Kalau kau kata aku lembik, kau silap sebab hanya ada satu benda yang boleh kalahkan kau", tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol yang sudah dipasang silencer. 

Bam! Bunyinya perlahan namun kesiannya kuat. Nizam terkejut tidak dapat berbuat apa-apa. Tembakan tadi tepat ke bahagian alat sulitnya yang ditutup dengan kain tuala di pinggangnya. Dia menjerit kesakitan.

"Sayang!", Nini menjerit ketakutan selepas melihat lelaki misteri itu pantas bangun lalu menikam kekasihnya dengan parang panjang berkenaan. Tikaman yang mengenai perut itu berjaya menembusi ke bahagian belakang tubuh Nizam. Tidak cukup dengan itu, leher Nizam juga dikelar dengan parang tadi lalu rebah lelaki itu tidak bernyawa lagi.

"Ja..jangan..jangan", Nini menjerit sekuat hati selepas melihat lelaki itu meluru ke arahnya. Nini pantas bangun daripada katil untuk lari namun lelaki itu lebih pantas. Tangannya lekas menyambut rambut panjang Nini yang berwarna perang itu. Tersungkurlah Nini di atas katil.

Lelaki tadi bingkas naik ke atas tubuh Nini. Kedua-dua tangannya mencekik leher Nini. "Lelaki itu akan curang kalau perempuan itu yang tak mulakan langkah dahulu. Punya lah ramai lelaki bujang dekat dunia ini, laki orang juga yang kau nak. Kenapa kau nak runtuhkan masjid orang?", kata lelaki itu dengan nada kasar.

"Kau nak bersama dengan kekasih kau itu sangat kan. Sekarang, aku akan hantar kau ikut dia ke sana. Semoga korang berdua berbahagia di neraka nanti", lelaki itu melepaskan cengkaman di leher Nini. Tangannya mengambil bantal hotel di katil itu lalu ditekup ke arah muka Nini.

Nini meronta sekuat hati. Bantal tersebut menyekat ruang pernafasannya. Di dalam gelap itu, Nini tidak sedar akan sesuatu. Lelaki tadi mengeluarkan pistol yang telah dipasang dengan alat silencer tadi.

Bam! Bam! Bam!

Tiga das tembakan dilepaskan di atas bantal itu. Nini mati begitu sahaja dalam keadaan yang memalukan iaitu mati dalam berbogel. Tubuhnya terlentang dengan kesan darah yang membasahi tilam hotel itu.

****

Lelaki tadi berjalan laju meninggalkan kawasan hotel tadi. Dia berjalan menuju ke sebuah kereta pacuan empat roda. Dua orang lelaki di dalam kereta itu tersenyum ke arah lelaki yang baru sahaja selesai membunuh sepasang kekasih.

"Macam mana kerja tadi?", soal lelaki berbangsa Melayu itu kepadanya.

"Selesai. Dua orang itu dah mampus", jawab lelaki berkenaan.

"Bagus Ben, ini habuan kau. Kalau ada job lagi, kita mesti hubungi kau. Jangan risau", balas lelaki di dalam kereta sambil menyerahkan satu sampul surat berwarna coklat kepada Ben.

Ben mengambil bungkusan itu dengan senyuman. Dia melihat sekilas ke dalam bungkusan berkenaan. Haruman bau wang yang banyak nyata memukau dirinya. "Baiklah, aku pergi dahulu ya", balasnya lalu berlalu pergi begitu sahaja.

Dua lelaki tadi melihat sahaja gerak geri Ben. Salah seorang daripada berada di tempat pemandu, bersuara kepada rakannya, "Bagus budak itu ya. Selepas ini, makin ramai yang akan cari kita untuk selesaikan masalah rumahtangga orang", kata lelaki itu sambil ketawa. Kereta berkenaan bergerak keluar meninggalkan kawasan tersebut.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status